Thursday, February 11, 2016

8 Idea Kerja Sambilan Untuk Tambah Pendapatan


1. Pegawai promosi

Kerja seorang pegawai promosi ini adalah mempromosikan barang jualan dan juga menerangkan mengenai produk yang dijual. Gaji seorang promoter biasanya diberi dalam lingkungan RM400-500 sehari tetapi komisen dikira per jam atau bilangan produk terjual. Jika bernasib baik pelbagai elaun akan diberikan.

Pegawai promosi biasanya mendapat gaji asas yang agak tinggi – RM1,400-RM1,800 sebulan.

2. Pembantu jualan di kiosk @ pasaraya

Di kebanyakan pusat membeli belah, biasanya terdapat booth-booth kecil atau kiosk yang menjual barang-barang seperti kerongsang, ubat-ubatan tradisional, tudung, baju ataupun makanan ringan. Booth seperti ini memang sering menggunakan pekerja sambilan, sama ada syif siang atau malam. Gajinya pula dalam lingkungan RM900-1,300 sebulan.

3. Restoran makanan segera

Restoran makanan segera sudah lama menjadi lokasi kerja sambilan yang paling popular. Mana tidaknya, hampir setiap masa kerja kosong diiklankan di sana sini. Banyak bahagian di restoran makanan segera yang memerlukan pekerja sambilan seperti delivery, juruwang dan juga pelayan.

4. Blogger

Semakin ramai pelajar serta suri rumah tangga yang menjadikan blogger sebagai kerja sambilan yang bukan sahaja menyeronokkan malah, mampu memberikan pulangan yang lumayan. Silap hari bulan boleh menjadi sepopular seperti artis mahupun ahli politik.

Penulisan lebih kepada review produk atau sesuatu servis. Pihak pengiklan biasanya sanggup membayar dalam lingkungan RM500-1,000 untuk sesuatu review, bergantung kepada populariti sesebuah blog.

5. Pensyarah sambilan / guru tuisyen

Pensyarah sambilan memerlukan kelayakan khusus paling tinggi berbanding kerja-kerja sambilan yang lain. Kebiasaannya institut pengajian tinggi akan membuka penawaran jawatan kosong untuk tenaga pengajar sambilan.

6. Despatch / runner

Bagi yang ingin menambahkan pendapatan, menjadi seorang despatch atau runner memang sangat berbaloi lebih-lebih lagi bisnes online sedang meletup. Banyak peniaga-peniaga online di luar sana memerlukan khidmat despacth atau runner.

Mudah sahaja jika anda berminat, buat sahaja satu akaun Facebook page bagi perkhidmatan ini, pasti ramai akan mencari anda. Jika berminat memohon jawatan despatch secara sambilan, boleh layari di sesawang terutama sekali laman web jawatan kosong.

7. Ejen jualan

Pekerjaan sambilan sebagai ejen jualan sangat terkenal dalam kalangan pelajar-pelajar universiti. Biasanya mereka menjadi agen jualan untuk produk-produk kesihatan dan sebagainya. Dalam masa sebulan, bergantung kepada berapa ramai pelanggan tetap mereka, pendapatan seorang agen jualan boleh mencecah RM1,000 atau lebih.

8. Perunding Kewangan

Perunding atau konsultan sambilan mempunyai waktu kerja flexible. Syarikat-syarikat insurans biasanya menawarkan jawatan kosong perunding sambilan dengan kelayakan diploma atau ijazah yang mana pendapatan bulanan boleh mencecah RM2,000-3,000. Apa yang lebih menarik, latihan juga akan diberikan.

Sumber dari http://www.sinarharian.com.my/

Friday, January 15, 2016

[Seminar Online] Persediaan Exam Pegawai Tadbir Diplomatik M41 - PERCUMA


Tim Infokerjaya akan buat webinar kepada calon PTD 2016 pada hari Ahad jam 10AM.

Kita sembang santai bagaimana persediaan anda 19 Januari ini. Ada maklumat-maklumat khas yang Tim Infokerjaya nak sampailkan. Daftar untuk sesi 'Webinar (Seminar Online) PERCUMA AHAD JAM 10AM

Tiada Bayaran Dikenakan ! 

Thursday, January 14, 2016

[Video Panduan] Bagaimana Exam Online SPA Dijalankan ?

Ini adalah video tutorial bagaimana Exam Online SPA dijalankan. Harap boleh beri sedikit gambaran bagaimana exam dijalankan. Tengok video dibawah

Semoga bermanfaat

sumber : SPAJPM

Tuesday, January 5, 2016

Penafian ! Kami Tiada Kaitan Dengan SPA

Sehubungan dengan kenyataan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengatakan kami menggunakan NAMA dan LOGO SPA untuk mempromosi nota rujukan Exam PTD.Kami menafikan bahawa kami menggunakan NAMA dan LOGO SPA untuk mempromosi nota tersebut.

Ingin kami nyatakan Nota rujukan exam yang akan dikeluarkan adalah oleh pihak TIM Info kerjaya sendiri melalui pengalaman calon exam PTD yang lepas dan melalui penyelidikan PIHAK TIM INFO KERJAYA. Ia tiada kaitan sama sekali dengan SPA. Kami juga telah membuang gambar / image yang ada kaitan dengan Kerajaan atau dengan jabatan kerajan.

Kami juga faham dan hormati kenyataan dari pihak SPA adalah bertujuan menjaga kredibiliti mereka sebagai pembuat soalan (soalan adalah sulit) dan badan yang bertanggungjawab memastikan proses pengambilan calon berkhidmat dalam perkhidmatan awam adalah telus.

Terima kasih

- admin

Friday, January 1, 2016

Bagaimana Calon Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Ditapis ?


Bagi memasuki perkhidmatan PTD, seseorang calon itu perlu terlebih dahulu mendaftar dengan pihak Suruhanraya Perkhidmatan Awam sama ada melalui Borang SPA 8 ataupun secara online di laman http://www.spa.gov.my. Secara umumnya, semua calon akan melalui tiga tapisan sebelum mereka dilantik sebagai pegawai PTD.

Thursday, December 31, 2015

Gambaran Format soalan exam PTD M41

Ini sekadar informasi umum berkaitan dengan Exam online PTD M41 Jan 2016 untuk mereka yang pertama kali menduduki exam online PTD M41. Seperti yang diketahui format exam PTD 19 Jan 2016 hanya ada 2 seksyen sahaja

  • Seksyen A – Pengetahuan Am (40 minit)
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah (45 minit)

Monday, December 28, 2015

Exam Online Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah mengeluarkan senarai calon yang berjaya menduduki Peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41. Semakan boleh dibuat melalui link dibawah