Jawatan Kosong Terus Ke Email Anda:

Delivered by FeedBurner

Jawatan Kosong Di JKN Melaka Januari 2014

on Monday, January 13

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Kesihatan Melaka (JKN Melaka) seperti berikut

1. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17
Klasifikasi perkhidmatan : Pekerja Sambilan Harian (PSH)
Bilangan kekosongan : 12 kekosongan
Jadual gaji : RM 54.00 sehari
Tempoh : Dari tarikh lantikan sehingga 1 April 2014

Syarat-syarat seperti :

i) Warganegara Malaysia;
ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun;
iii) a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.dan
 b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 iv) Berpengetahuan dan mahir menggunakan komputer dan aplikasi komputer seperti Microsoft Word, Excel dan lain-lain.

Senarai tugas :

Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi jabatan/bahagian yang berkenaan meliputi tugas-tugas berikut :-

i) Pengurusan rekod termasuk penyediaan laporan bulanan dan statistik;
ii) Penyelenggaraan fail dan dokumen;
iii) Menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan;
iv) Pengurusan personel seperti mengemaskini rekod cuti dan perkhidmatan anggota; dan
v) Pengurusetiaan majlis, kursus dan sebagainya.

Kepada sesiapa yang berminat, sila hantar permohonan ke alamat di bawah beserta resume bergambar, salinan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan dan surat iringan dengan menyatakan jawatan yang dipohon. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Unit Sumber Manusia,
Bahagian Pengurusan
Tingkat 4, Wisma Persekutuan
Jalan Business City, MITC
75450 Ayer Keroh, Melaka
Tel : 06-2345959
(u.p. : Puan Nor Zaidah binti Md. Galeh / Harlin binti Sumali)

Tarikh tutup : 20 Januari 2014 (Isnin)
Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Post a Comment