Jawatan Kosong Terus Ke Email Anda:

Delivered by FeedBurner

info - Exam PTD

on Saturday, March 30


"Peperiksaan Memasuki Skim Perkhidmatan PTD Pada 13 April 2013"

SEMBRONG, KLUANG 20 Mac ----- Pengerusi S.P.A YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengumumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) akan mengadakan Peperiksaan Memasuki Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) pada 13 April 2013 . Beliau berkata demikian dalam Sidang Media yang diadakan selepas mengadakan Sesi Interaksi Dengan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan/Negeri, Badan-Badan Berkanun, Persatuan-Persatuan dan Badan Bukan Kerajaan Bagi Daerah Kluang yang diadakan di Sekolah Menengah Sains Sembrong Kluang Johor. Turut hadir, Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato' R. Segarajah, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan pegawai-pegawai kanan. Sesi interaksi ini adalah merupakan yang ke-15 diadakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam juga turut diadakan yang disertai oleh 15 Kementerian/Jabatan dari daerah Kluang. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga telah melawat booth dan menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan. Satu sesi taklimat kerjaya juga turut diadakan yang dihadiri oleh pelajar Sekolah Menengah Sains Sembrong, Kluang, Johor. ----- MediaSPA

Contoh soalan exam PTD
Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Post a Comment