Permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
jawatan :-
1. Inspektor (Lelaki/Wanita)
2. Sarjan (Lelaki/Wanita)
3. Konstabel (Lelaki/Wanita)
4. Konstabel Sokongan (Lelaki/Wanita)
Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (PMR / SPM / STPM / Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (PhD) pada tarikh pendaftaran. Sila rujuk Skim Perkhidmatan PDRM.
| Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) juga boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
mulai 20 Mac 2012 yang lalu. Ini adalah kerana SPA telah berkongsi
kepakaran pelaksanaan aplikasi eSMSM dengan Suruhanjaya Pasukan Polis
untuk permohonan jawatan. Ia juga adalah selaras dengan hasrat SPA untuk bekerjasama dan mewujudkan amalan perkongsian pintar antara agensi kerajaan yang mempunyai kepakaran dalam bidang IT serta berkongsi pengalaman dengan agensi lain khususnya dalam bidang ICT. Untuk makluman, SPA hanyalah menguruskan urusan permohonan sahaja manakala perjawatan/urusan pengambilan adalah diuruskan oleh PDRM sendiri. Oleh yang demikian, segala pertanyaan mengenai perjawatan/urusan pengambilan hendaklah dirujuk dengan pihak PDRM di Portal PDRM www.rmp.gov.my. |

{ 6 comments ... read them below or add one }
eh..? ni yg baru ke? bukan tahun ni xde?sbb intake tahun lepas baru nak start training...
Wednesday, January 23, 2013 at 7:52:00 PM GMT+8
oke :)bgus le tue... tahun ney ramai yg nak mohon masuk konstabel sokongan haaa... inshaallah... kepade yg mohon tue... semoge berjaya yer :)
Friday, January 25, 2013 at 10:58:00 AM GMT+8
um...pnt lah mmhon...spa plh org yg mcm ne,,,\tgi 170..
brt lbh ckp 54kg..
tp sll on9 spa..
xpnh tpilih pn..
kcewa la....
Sunday, January 27, 2013 at 1:05:00 AM GMT+8
Ad ag x nie..
Monday, January 28, 2013 at 11:00:00 AM GMT+8
Bleh apply...
Friday, February 1, 2013 at 6:17:00 PM GMT+8
Umo dh 30 boleh lagi kot..walaupun tau umo 28 jak..minat punya pasal ni..
Tuesday, April 30, 2013 at 7:53:00 PM GMT+8
Post a Comment