Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan berikut di Keretapi Tanah Melayu Berhad.
1. KERANI KAUNTER (PERKHIDMATAN ETS/ ANTARABANDAR /KOMUTER)
-Calon hendaklah berumur tidak melebihi 30 tahun
-Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
-Mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) serta lulus dalam
Matematik serta Bahasa Inggeris
-Bermotivasi dan mempunyai kemahiran perkhidmatan pelanggan yang baik
-Boleh berkomunikasi dengan baik di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
-Sedia bertugas mengikut syif.
-Bersedia bertugas di mana-mana lokasi di dalam rangkaian perkhidmatan KTMB.
Spesifikasi Tugas
- Bertanggung jawab mengenai urusan pelanggan di kaunter tiket berkaitan pembelian dan
tempahan tiket
-Bertanggung jawab untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai perkhidmatan yang
disediakan kepada para pelanggan
-Mengendali akaun dan penyata penjualan tiket
-Melayani pertanyaan pelanggan samada di kaunter tiket atau kaunter pertanyaan secara
berdepan atau melalui telefon
|
Tarikh |
21 hingga 22 Mac 2012
|
|
Lokasi |
1st Class Lounge , Aras 3, KL Sentral,
|
|
Masa pendaftaran |
9.00 pagi – 2.00 petang
|
-Kad pengenalan
-Sijil-sijil asal persekolahan
-1 salinan fotostat kad pengenalan dan sijil persekolahan
-Resume berserta 1 keping gambar berukuran passport yang terkini













































