Jawatan Kosong Terus Ke Email Anda:

Delivered by FeedBurner

Surat Tawar Kerja AADK Palsu

on Monday, July 30


Waspada surat tawar kerja AADK

KOTA KINABALU 28 Julai - Dengan mengenakan bayaran RM35, sebuah sindiket dikesan cuba menipu orang ramai kononnya mereka berpeluang mendapat kerja dengan gaji permulaan lumayan iaitu hampir RM2,000 sebulan.

Ia merupakan modus operandi satu aktiviti penipuan yang menawarkan surat permohonan jawatan dan temuduga palsu daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sabah.

Pengarahnya, Bakri Bibi yang mendedahkan perkara itu berkata, pihak tidak bertanggungjawab itu turut mempamerkan cop rasmi, logo dan tandatangan Ketua Pengarah AADK bagi mengaburi mata pemohon.

"Mereka mendakwa terdapat pekerjaan kosong sebagai Pembimbing dengan menawarkan gaji sejumlah RM1,400 dan elaun rumah RM450 sebulan yang sebenarnya tidak wujud. Cawangan AADK tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya," katanya di sini semalam.

Tambah Bakri, perkara itu mula disedari dua hari lepas setelah dimaklumkan oleh kakitangannya bahawa terdapat panggilan daripada orang ramai yang bertanyakan mengenai jawatan berkenaan.

"Kami lalu bertindak mendapatkan surat tawaran itu daripada seorang mangsa yang tertera nombor telefon lelaki yang disyaki sebagai dalang aktiviti tersebut.

"Pegawai saya menghubungi nombor itu dan kami mengesahkan memang wujud penipuan di dalam hal ini kerana secara tiba-tiba lelaki itu bertanyakan sudah bayar RM35?" katanya sambil menambah bahawa difahamkan terdapat beberapa individu yang sudah berhenti kerja kerana terpengaruh dengan surat tawaran itu.

Sehubungan itu, Bakri meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau menjadi mangsa kepada aktiviti penipuan ini supaya menghubungi talian 088-261845 atau 088-261846.

sumber : http://www.utusan.com.my
Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Post a Comment