Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mempelawa seluruh warga Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan Akademik dan Bukan Akademik (Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan) di Universiti ini.
1 PEMBANTU KESELAMATAN KP17
2 PENGAWAL KESELAMATAN KP11
- Semua permohonan jawatan bukan akademik WAJIB menggunakan Sistem Permohonan Jawatan secara online dan klik pada Iklan Perjawatan Bukan Akademik untuk mengisi Borang Permohonan On-Line yang disediakan mulai 10 – 15 Julai 2012;
- Pemohon-pemohon yang tidak menggunakan permohonan jawatan secara online tidak akan dipertimbangkan;
- Syarat-syarat lantikan boleh didapati melalui laman web UTeM seperti di atas dengan klik pada jawatan yang hendak dipohon.
- Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk menjalani ujian saringan atau temuduga.
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam dua (2) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah dianggap tidak berjaya.
- Tarikh tutup permohonan melalui sistem permohonan jawatan secara online mestilah tidak lewat dari 15 Julai 2012.

{ 0 comments ... read them below or add one }
Post a Comment