Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), sebuah agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mempelawa caloncalon yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:
1. JURUTEKNIK KOMPUTER
GRED : FT17
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT
KUMPULAN : SOKONGAN
STATUS : TETAP/KONTRAK
JADUAL GAJI MATRIK : P1 RM952.66 – RM2722.67
SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) dalam bidang elektrik atau elektronik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(d) Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(e) Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
PERHATIAN KEPADA PEMOHON
(a) Pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan atas lantikan tetap dikehendaki mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan/Saluran Tertentu di jabatannya dan menyertakan Laporan Penilaian Prestasi terkini.
(b) Borang permohonan yang lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil akademik
hendaklah dihantar melalui pos ke alamat kami seperti berikut:
Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor.
(c) Borang permohonan boleh didapati dari laman web MIROS: www.miros.gov.my
(d) Tarikh tutup permohonan pada 25 Julai 2012.
(e) Hanya permohonan yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. Sekiranya pemohon tidak menerima maklumbalas daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan tersebut dianggap TIDAK BERJAYA.
borang permohonan sila klik sini
sumber iklan : http://www.miros.gov.my

{ 0 comments ... read them below or add one }
Post a Comment