Jawatan kosong terus ke email anda, daftar email anda dibawah :

Delivered by FeedBurner

162,180 jawatan Kosong ditawar sektor awam, swasta

on 15 July 2012

Banyak kerja kosong belum diisi

Beliau berkata, 256 atau 6.7 peratus tawaran sektor awam itu adalah pekerjaan pada peringkat pengurusan dan profesional, 538 (14 peratus) berkemahiran, 3,025 (78.7 peratus) separa mahir dan 25 (0.6 peratus) pekerjaan asas.

Katanya, tawaran sektor swasta pula meliputi 25,032 (13.2 peratus) peringkat pengurusan dan profesional, 4,225 (2.2 peratus) berkemahiran, 61,042 (32.2 peratus) separa mahir dan 99,895 (52.4 peratus) pekerjaan asas.

“Hingga akhir bulan lalu, sebanyak 31,559 penempatan pekerjaan sudah dibuat membabitkan 8,477 (26.9 peratus) peringkat pengurusan dan profesional, 2,554 (8.1 peratus) berkemahiran, 16,168 (51.2 peratus) separa mahir dan 4,360 (13.8 peratus) pekerja asas,” katanya ketika menjawab soalan Matulidi Jusoh (BN-Dungun) di Dewan Rakyat, semalam.

Bagaimanapun, katanya, setakat Disember lalu kadar pengangguran negara 3.2 peratus membabitkan kira-kira 391,200 daripada sejumlah 12,059,700 tenaga buruh di negara ini.
Katanya, kadar pengangguran di bawah paras empat peratus dianggap wujud disebabkan keadaan guna tenaga penuh.

Selain itu, katanya, antara punca pengangguran graduan kurangnya permintaan atau keperluan industri dan majikan terhadap bidang pengajian mereka.

Katanya, faktor lain kebanyakan majikan meletakkan pengalaman bekerja sebagai kriteria permohonan, selain kelemahan graduan seperti kurangnya kemampuan berkomunikasi serta menulis dan bertutur dalam bahasa Inggeris.

“Ada juga graduan bersikap memilih tempat bekerja atau mengharapkan gaji tinggi, selain tidak mendapat maklumat mencukupi mengenai peluang pekerjaan,” katanya.

Maznah berkata, kementerian juga mendapati ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan JobsMalaysia untuk memperdaya pencari kerja dengan mengenakan bayaran tertentu, malah dakwaan ia mencecah sehingga RM500.

Sehubungan itu, katanya, tindakan sewajarnya akan diambil dan meminta mereka yang terpedaya untuk membuat laporan rasmi kepada kementerian.

sumber : http://www.bharian.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Powered by Blogger.
 
© jawatan kosong 2013 | All Rights Reserved
D.I.Y Themes By Belajar SEO