Pemohon- pemohon adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan kepada pemastautin di Pulau Pinang dan berpengalaman dalam bidang pembersihan perbandaran) yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Seberang Perai seperti berikut
1. JAWATAN : PEKERJA AWAM GRED R1
2. KUMPULAN PERKHIDMATAN : KUMPULAN SOKONGAN
3. KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PERKHIDMATAN MAHIR,SEPARUH MAHIR DAN TIDAK MAHIR
4. GRED/JADUAL GAJI :
GRED R1: P1 RM 731.69 - P1 RM 1411.63
P2 RM 779.68 - P2 RM 1483.56
P3 RM 829.51 - P3 RM 1557.34
5. SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
i) Terdiri daripada warganegara Malaysia
ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii) Berpelajaran di peringkat Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan boleh bertutur,membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan (Gaji permulaan ialah pada Gred R1 = P1 RM823.98)
6. TARAF JAWATAN : Kontrak
7. ELAUN-ELAUN : i) Imbuhan Tetap Khidmat - RM 95.00
ii) Imbuhan Tetap perumahan - RM180.00
iii) Bantuan Sara Hidup – RM300.00
8. DESKRIPSI TUGAS : i) Melakukan kutipan sampah dari rumah ke rumah
ii) Kutipan sampah dari stesen ke stesen (tong kompak) dan longgok haram
iii) Melakukan kerja-kerja pembersihan am (potong rumput dan pembersihan
parit dan longkang)
iv) Membersih sekitar tempat pembuangan sampah
v) Mencuci lori sampah
vi) Menyelenggara peralatan-peralatan kerja harian
9. CARA MEMOHON :
(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong di Laman web Majlis Perbandaran Seberang Perai (BORANG)
(b) Semua maklumat yang diisi dalam borang hendaklah ditulis dengan jelas dan terang dengan HURUF BESAR
(c) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, sijil-sijil keputusan peperisaan dan tamat persekolahan.
10. PERMOHONAN YANG BERIKUT AKAN DITOLAK :
(a) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan
(b) Tidak menggunakan Borang yang telah ditetapkan
(c) Tidak Lengkap atau tidak terang
(d) Tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan
(e) Tidak ditandatangani.
CATATAN AM
i. Hanya calon-calon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan sahaja adalah layak untuk ditemuduga.
ii. Jika tidak menerima sebarang jawapan dari MPSP dalam tempoh 6 bulan maka permohonan tuan/puan dianggap tidak berjaya.
11. Pemohon yang berminat sila hadir seperti di bawah untuk temuduga terbuka
Tarikh : 24 JUN 2012 (AHAD)
Masa : 8.30 pagi hingga 03.30 petang
Tempat :
Majlis Perbandaran Seberang Perai
Jalan Perda Utama
Bandar Perda
14000 Bukit Mertajam
12. Pemohon diminta membawa alat tulis, sijil akademik asal dan salinan dan sekeping gambar ukuran passport semasa menghadiri temuduga tersebut.
Sumber iklan klik sini


{ 0 comments ... read them below or add one }
Post a Comment