Jawatan kosong terus ke email anda, daftar email anda dibawah :

Delivered by FeedBurner

Skim Latihan Satu Malaysia (SL1M) Tabung Haji

on 08 June 2012

Tabung Haji adalah sebuah organisasi yang menjadi Tunggak Kejayaan Ekonomi Ummah dan Pengurusan Haji yang Terbilang. Bagi menjayakan aspirasi Negara serta menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), TH mempelawa siswazah-siswazah yang memenuhi syarat kelayakan untuk menjalani Program Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) TH.

SYARAT KELAYAKAN
  • Graduan Warganegara Malaysia Beragama Islam;
  • Belum mendapat pekerjaan selepas 6 bulan bergraduat atau graduan yang bekerja tetapi tidak setaraf
  • dengan kelulusan;
  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang diiktiraf dengan purata minima
  • PNGK (CGPA) 2.5 ke atas;
  • Menguasai Fardhu Ain dan boleh membaca Al-Quran dengan baik;
  •  Umur tidak melebihi 26 tahun;
  • Belum pernah mengikuti mana-mana Program Skim Latihan 1 Malaysia.
  • Keutamaan kepada graduan dalam bidang pengajian berikut:
  • • Pengajian Islam • Teknologi Maklumat • Kewangan • Perakaunan
  • • Ekonomi • Pengajian Perniagaan • Pengurusan/Pentadbiran • Perbankan Islam
  • • Sumber Manusia • Kaunseling/Psikologi • Hartanah • Perundangan
  • • Multimedia • Perhubungan Awam • Komunikasi • Insurans
  • • Penerbitan
Matlamat utama SL1M TH adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran graduan bagi mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan. Pelatih SL1M TH akan menjalani latihan di TH sehingga 1 tahun dan akan diberi elaun latihan serta perlindungan takaful sepanjang tempoh latihan.

CARA MEMOHON
  • Graduan yang layak dan berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara online melalui web
  • TH www.tabunghaji.gov.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Jun 2012.
  • Graduan yang telah hadir dan menjalani Temuduga Terbuka pada 24 Mei 2012 yang lalu tidak perlu memohon.
  • Graduan yang disenarai pendek akan dihubungi dalam tempoh satu (1) minggu sebelum tarikh temuduga.
PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:-
Tabung Haji Contact Center (THCC)
03- 6207 1919

Sumber iklan klik sini
permohonan sila klik sini
Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

 
© info kerjaya | jawatan kosong 2013 | All Rights Reserved
D.I.Y Themes By Belajar SEO