Jawatan kosong terus ke email anda, daftar email anda dibawah :

Delivered by FeedBurner

Pengambilan Perajurit Muda TLDM Jun - Julai 2012

on 17 June 2012


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMILIHAN AWAL CALON PERAJURIT MUDA (PTM) LELAKI DAN WANITA TENTERA LAUT DRAJA MALAYSIA (TLDM) SIRI 207/2012 DI SELURUH NEGERI SABAH, SARAWAK DAN SEMENANJUNG MALAYSIA

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempelawa belia dan beliawanis tanahair untuk berkhidmat sebagai anggota TLDM peringkat rendah (Lain-Lain Pangkat) lelaki dan wanita di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan.

1. KELAYAKAN AKADEMIK.

a. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu, keutamaan diberikan kepada calon yang mendapat kepujian dalam subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

b. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. LAIN-LAIN KELAYAKAN

a. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 23 tahun pada tarikh angkat sumpah 24 Sep 2012.

b. Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.

c. Berat badan minima 49 kg (Lelaki) 40.5 kg (Wanita), tinggi sekurang-kurangnya 1.62 meter (Lelaki) 1.60 meter (Wanita), Body Mass Index (BMI) di antara 19 - 26.9 (Lelaki) 18 - 23 (Wanita). Cara pengiraan: BMI : ( Berat/kg ) Tinggi(meter) / Tinggi(meter)

d. Ukuran dada biasa 76 sm dan kembang 81 sm (Lelaki sahaja).

e. Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta sesentuh serta tidak kabur warna.

3. SIJIL DAN DOKUMEN
a. Pemohon dikehendaki membawa bersama sijil dan dokumen yang ASAL. Kad Pengenalan (MY Kad), Sijil Kerakyatan Malaysia (jika ada), Sijil Kelahiran Pemohon, Penyata/Sijil SPM/SPMV/SKM/PMR, Sijil Berhenti Sekolah (tamat tingkatan 5), Sijil Penglibatan Sukan/Persatuan dan Sijil Akademik lain.

b. Pemohon juga dikehendaki membawa bersama sekeping gambar terbaru berukuran pasport (gambar tidak akan dikembalikan) dan sampul surat berukuran 16 sm x 23 sm bersetem RM1.00 beralamat sendiri.

c. Kepada pemegang Kad Pengenalan Sementara, kemasukan untuk menyertai perkhidmatan ATM ditangguhkan sehingga pemohon memiliki MY Kad.

4. PUSAT PEMILIHAN
a. Sila hadir di pusat pemilihan yang tercatat seperti di Jadual Pemilihan.Waktu pendaftaran dibuka mulai jam 0900 pagi hingga 1000 pagi, permohonantidak akan diterima selepas tamat waktu pendaftaran. Pemohon dikehendakiberpakaian sukan, baju ‘T’ berkolar, seluar panjang sukan, berkasut sukan dan berstokin.

KLIK SINI UNTUK TARIKH TEMUDUGA DAN TEMPAT TEMUDUGA

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Markas Tentera Laut
Cawangan Pengurusan Perkhidmatan Sumber Manusia - Bantuan
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel Pengambilan LLP)
Telefon: 03 – 20713177/6925
Laman Web: www.navy.mil.my
Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Powered by Blogger.
 
© jawatan kosong 2013 | All Rights Reserved
D.I.Y Themes By Belajar SEO