Jawatan kosong terus ke email anda, daftar email anda dibawah :

Delivered by FeedBurner

Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Langkawi

on 14 June 2012

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Kedah Darul Aman,Warganegara Malaysia yang berkelayakan serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut.

1. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA
2. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA

SYARAT-SYARAT LANTIKAN

JAWATAN 1
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

1. a. Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Desa yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya: (Gaji permulaan ialah pada Gred J 41 : P1 2359.72) ; atau

b. Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta ijazah sarjana atau diploma lepas ijazah dalam bidang perancangan bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred J 41 : P1 2774.84) ; atau

c. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta ijazah sarjana atau diploma lepas ijazah dalam bidang perancangan bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya: (Gaji permulaan ialah pada Gred J 41 : P1 2567.28) ; atau

d. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang geografi, ekonomi, sains sosial, antropologi atau perangkaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta ijazah sarjana atau diploma lepas ijazah dalam bidang perancangan bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred J 41 : P1 2359.72) ; dan

c. lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Unian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J 41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;-

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 di atas; dan

(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

JAWATAN 2 

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

1. sijil dalam bidang perancangan bandar dan desa yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi atau politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; (Gaji permulaan ialah pada Gred J 17 : P1 1417.59) ; dan

2. lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


C. KUMPULAN PERKHIDMATAN :
JAWATAN 1 : Pengurusan Dan Profesional
JAWATAN 2 : Pelaksana

D. KELASIFIKASI PERKHIDMTAN : JAWATAN 1 DAN 2 : Perkhidmatan Kejuruteraan

E TARAF JAWATAN : TETAP

F. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Calon-calon yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON

i) Borang permohonan boleh didapati dengan mengambil sendiri di Bahagian Perkhidmatan dan Perjawatan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan 07000 Kuah, Langkawi Kedah Darul Aman atau melayari laman web majlis - www.mplbp.gov.my.

ii) Pemohon-pemohon sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memajukan borang permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 Bab A dengan menyertakan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan Terkini.

iii) Borang yang lengkap diisi hendaklah berserta salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran dan sijil-sijil kelulusan yang diperakui sah sebagai salinan sebenar. Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon disudut atas sebelah kiri sampul surat dan alamatkan kepada :

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI
BANDARAYA PELANCONGAN
07000 KUAH, LANGKAWI
KEDAH DARUL AMAN

Tarikh tutup Pada atau sebelum 28 Jun 2012

iv) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

v) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh enam (6) bulan selepas dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Iklan Jawatan Kosong klik sini
Borang Jawatan Kosong klik sini
Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Powered by Blogger.
 
© jawatan kosong 2013 | All Rights Reserved
D.I.Y Themes By Belajar SEO