Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Daerah Mersing :-
1.Skim Perkhidmatan : Penolong Pegawai Undang-Undang Fajar Able Parking Johor Sdn. Bhd.
- Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
- Klasifikasi : Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman
- Gred : L29
- Peringkat Gaji Minimum Gaji Maksimum
2. Jadual Gaji Minimum-Maksimum : P1 RM1663.65 RM3567.33
3. Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred L29 : JGMM-P1=RM1663.65);
(ii) diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; (Gaji permulaan ialah pada Gred L29 : JGMM-P1=RM1889.26); dan
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
4. Taraf Jawatan : KONTRAK
5. Tarikh Tutup Permohonan : 29 JUN 2012
6. Cara Memohon :
(a) Permohonan-permohonan hendaklah dikemukakan dengan mengisi borang yang boleh didapati di laman web Majlis Daerah Mersing http://www.mdmersing.gov.my.
(b) Permohonan-permohonan hendaklah disertakan dengan salinan-salinan Sijil Persekolahan, Kad Pengenalan, dokumen-dokumen sokongan dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) dan hendaklah dihantar kepada :-
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH MERSING
NO.243, JALAN IBRAHIM
86800 MERSING, JOHOR
(c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Penguasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Bil.21.
(d) Permohonan yang tidak mematuhi / memenuhi syarat-syarat di atas tidak akan dipertimbangkan.
(e) Perbelanjaan kerana menghadiri temuduga ditanggung oleh pemohon-pemohon sendiri. Calon-calon adalah diingatkan bahawa mereka yang ditapis untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi adalah dianggap tidak berjaya.
Maklumat lanjut iklan klik sini
borang iklan klik sini

{ 0 comments ... read them below or add one }
Post a Comment