Jawatan Kosong Terus Ke Email Anda:

Delivered by FeedBurner

Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Kerian

on Thursday, June 14

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan kosong dan keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan

1. PEGAWAI PENILAIAN (W41)
2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN (U29)
3. PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA (N27)

(i) Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga.

(ii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

(iii) Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan/Badan Berkanun/Kuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.

PERMOHONAN:
(i) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Rasmi MDK 1 (PKDM) yang boleh diperolehi di Pejabat Majlis Daerah Kerian atau dimuat turun melalui laman web: www.mdkerian.perak.gov.my dengan bayaran proses sebanyak RM 2.00 untuk satu borang. Bagi permohonan secara pos, sampul surat beralamat sendiri (saiz A4) dan bersetem RM 0.50 perlu dikemukakan bersama bayaran RM 2.00 (Wang Pos) (Atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah Kerian).

(ii) Borang Rasmi MDK 1 (PKDM) boleh diperolehi di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan (Tingkat Bawah), Majlis Daerah Kerian.

(iii) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Ijazah/Diploma/Sijil Persekolahan, surat beranak, kad pengenalan dan gambar berukuran pasport serta dikemukakan kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KERIAN
NO 1 WISMA MDK
JALAN PADANG
34200 PARIT BUNTAR
PERAK DARUL RIDZUAN

(iv) Tarikh tutup permohonan ialah pada 04 JULAI 2012.

maklumat lanjut jawatan sila klik sini
borang jawatan sila klik sini
Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Post a Comment