1. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (ICT)
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENGURUSAN MAKLUMAT & ICT
KUMPULAN PERKHIDMATAN : SOKONGAN/PELAKSANA
TARAF JAWATAN : SAMBILAN
GRED GAJI/JADUAL GAJI : RM 54.00 sehari
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(d) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(e) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(f) Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(g) Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(h) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
TEMPOH PERKHIDMATAN : 1 hingga 3 bulan dan tidak melebihi 6 bulan.
CARA MEMOHON :
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang SPAJ.03 yang boleh cetak daripada Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ) - http://spaj.johordt.gov.my
2. Borang-borang yang sempurna diisi hendaklah disertakan gambar berukuran pasport terkini dan juga SALINAN PHOTOSTAT Sijil Beranak, Kad Pengenalan, Sijil LCE/SRP/PMR, Sijil MCE/SPM/SPMV, Sijil STP/STPM/STAM, Sijil Berhenti Sekolah, Diploma atau Ijazah beserta salinan transkrip yang lengkap setiap semester berserta Cetakan Pengiktirafan Kelayakan JPA dan dicatatkan nama jawatan berkenaan di
penjuru kiri atas setiap sampul surat. Calon-calon dikehendaki menyatakan semua kelayakan yang ada semasa memohon apa jua jawatan yang diiklankan. Kelayakan tersebut hendaklah diisi didalam borang permohonan. [Sekiranya permohonan tidak disertakan syarat sepertimana yang di atas, pihak kami akan
menolak permohonan tersebut].
4. Hanya calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sekirannya
pemohon tidak menerima sebarang jawapan selepas (3) tiga bulan dari tarikh permohonan
dihantar adalah dianggap sebagai tidak berjaya.
5. Sila kunjungi kami Facebook & Twitter SPAJ untuk mengetahui isu semasa dan status
terkini.
PERMOHONAN YANG LENGKAP HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA:
Setiausaha,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor,
Aras 3, Blok A, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak,
Kota Iskandar,
79000 Nusajaya, Johor Darul Ta’zim.
Tarikh Tutup Permohonan : 19 Jun 2012
Iklan jawatan klik sini
Borang jawatan klik sini

{ 0 comments ... read them below or add one }
Post a Comment