Jawatan Kosong Terus Ke Email Anda:

Delivered by FeedBurner

Jawatan Kosong Sebagai Pekerja Pelabuhan Di Lembaga Pelabuhan Rajang

on Wednesday, March 7



Pemohon-pemohon lelaki yang sihat tubuh badan dan berumur 18 hingga 40 tahun adalah dipelawa untuk memenuhi kekosongan bagi jawatan Pekerja Pelabuhan (Kontrak) selama 12 bulan.

Pemohon yang berpengalaman dan memiliki lesen memandu kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)/*kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P) adalah digalakkan untuk memohon.

Pekerja Pelabuhan (Kontrak) akan dibayar gaji pokok sebanyak RM26.89 sehari. Selain itu, mereka juga akan dibayar elaun-elaun seperti berikut:

•Insentif Wilayah sebanyak RM5.77 sehari;
•Imbuhan Tetap Khidmat Awam sebanyak RM3.12 sehari;
•Imbuhan Tetap Perumahan sebanyak Rm180.00 sebulan (dikira secara prorate mengikut jumlah hari bekerja);
•Elaun tanej untuk pengendalian kargo menurut kadar yang ditentukan oleh pihak Lembaga;
•Elaun lebih masa jika dikehendaki untuk bekerja lebih masa menurut kadar yang ditetapkan.

Tugas dan tanggungjawab;
Menjalankan tugas-tugas pemunggahan kargo konvensional dan kargo berkontena ke atas/dari kapal yang berlabuh di dermaga di Lembaga Pelabuhan Rajang.

Borang permohonan boleh didapati dari pejabat Lembaga Pelabuhan Rajang Sibu dan Sarikei atau di laman sesawang rasmi LPR di http://www.rajangport.gov.my . Borang yang telah lengkap diisi dalam satu (1) salinan hendaklah dikembalikan kepada :

borang jawatan sila klik sini


Pengurus Besar,
Lembaga Pelabuhan Rajang,
96000 Sibu

selewat-lewatnya pada atau sebelum 9 Mac 2012. Sila sertakan bersama satu (1) salinan sijil kelayakan yang berkaitan dan sekeping gambar berukuran passport. Hanya pemohon yang berkelayakan sahaja akan disenarai pendek. Sekiranya pemohon tidak dihubungi dalam masa sebulan dari tarikh tutup, maka permohonan tersebeut dianggap tidak berjaya.

sumber iklan klik sini
Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Post a Comment