Jawatan kosong terus ke email anda, daftar email anda dibawah :

Delivered by FeedBurner

Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Kulim Januari 2012

on 18 January 2012


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk memenuhi jawatan seperti berikut:
  1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG
  2. PEGAWAI PENGUATKUASA
  3. PEGAWAI TADBIR
  4. JURUAUDIT
  5. JURUTEKNIK KOMPUTER
  6. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK
  7. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
  8. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
  9. PEMBANTU AWAM
Maklumat lanjut iklan sila KLIK SINI

Semua borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman Portal MPKK http://www.mpkk.gov.my/guest/e-borang

Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21 dan pastikan Laporan Prestasi tahunan terkini disertakan.

Setiap permohonan hendaklah disertakan perkara-perkara berikut:-
  • 2 keping gambar berukuran passport
  • Salinan Sijil Kelahiran
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Sijil Peperiksaan
  • Lain-lain Sijil yang berkaitan.
  • Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah.
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 25 sm x 32 sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon.
Permohonan yang tidak lengkap, tidak jelas dan tidak mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan akan DITOLAK. Permohonan hendaklah sampai di alamat seperti berikut:-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN KULIM,
104-120 LORONG KOTA KENARI 5/1, KOTA KENARI,
09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN
(u.p: Bahagian Sumber Manusia)

Tarikh Tutup Permohonan: 31 Januari 2012
Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Powered by Blogger.
 
© jawatan kosong 2013 | All Rights Reserved
D.I.Y Themes By Belajar SEO