Jawatan kosong terus ke email anda, daftar email anda dibawah :

Delivered by FeedBurner

Jawatan Kosong Perkeso Januari 2012

on 31 December 2011

Iklan Jawatan kosong Perkeso

1. Pegawai Penyelidik Gred 24
2. Akauntan Gred 23

tarikh tutup permohonan pada 15 januari 2012

iklan jawatan kosong di perkeso tarikh tutup jawatan pada 15 januari 2012 jawatan Pegawai Penyelidik Gred 24 Akauntan Gred 23
Tag : , ,

Jawatan Kosong Penolong Pengurus Perundangan di PKPS Januari 2012

on 29 December 2011

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) :

- Penolong Pengurus Perundangan


Tarikh tutup permohonan jawatan kosong 11 januari 2012


sumber iklan jawatan kosong sila KLIK SINI
Tag : , , ,

Jawatan Kosong Guru Sandaran Tidak Terlatih (gstt) yayasan terengganu 2012

Yayasan Terengganu dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia kerakyatan Negeri Terengganu yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu iaitu jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Gred DC41.

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang BERKELAYAKAN SAHAJA bagi memenuhi jawatan-jawatan berikut : -

1. JAWATAN : GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT)

BAGI SUBJEK BERIKUT :-
Bahasa Inggeris
Sains
Bahasa Arab
Kemahiran Hidup Bersepadu

2. PENEMPATAN :
Semua Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu.
Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu

3. TARAF JAWATAN : Sandaran

4. * KADAR ELAUN BULANAN

Kelayakan
Gred/Elaun
Tangga Elaun
Ijazah Kepujian
DC 41
P1T5 RM1,653.73 – T10 RM2,046.98


* Tertakluk kepada perubahan Skim Perkhidmatan serta pindaan dari semasa ke semasa.

5. SYARAT LANTIKAN :
  • Terdiri daripada warganegara serta rakyat Negeri Terengganu Darul Iman.
  • Umur tidak melebihi 35 tahun bagi siswazah
  • Mempunyai kelayakan akademik yang diiktiraf
  • Mempunyai kepujian Bahasa Melayu diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya dan mendapat kepujian dalam empat (4) mata pelajaran lain.
  • Bagi lantikan guru agama, calon-calon hendaklah mempunyai kelulusan kepujian Bahasa Arab sekurang-kurangnya di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam mata pelajaran Ugama Islam Tinggi atau Empat Thanawi atau setaraf dengannya.
  • Seseorang calon boleh juga ditawarkan dan dilantik ke dalam kategori yang rendah daripada kelayakan yang diperolehi mengikut keperluan dan kepentingan Perkhidmatan.

6. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN :
Pegawai-pegawai yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

7. CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah melalui dibuat secara atas talian (online) SAHAJA.

Klik --> Borang Permohonan Online

8. SEMAKAN PERMOHONAN
Semakan dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat pada bila-bila masa di bahagian "SEMAKAN PERMOHONAN" sehingga tarikh tutup.

Klik --> Semakan Permohonan

Bagi calon-calon yang berminat boleh membuat permohonan menggunakan laman sesawang secara online yang disediakan. Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada 10 Januari 2012.
  • Pemohon yang mengisi borang dalam Sistem on-line diminta terlebih dahulu membaca syarat dan maklumat jawatan yang dipohon
  • Pastikan maklumat yang diberi adalah benar. Pemohon yang mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan akan disenaraihitamkan dan boleh diambil tindakan.
  • Calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
  • Permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tutup iklan tidak akan diproses.
  • Keputusan pemilihan calon oleh Yayasan Terengganu adalah muktamad.
  • Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.
  • Calon boleh menghubungi terus Bahagian Khidmat Pengurusan (Unit Perjawatan & Perkhidmatan) di talian berikut : 09-6221733 samb. 313,314,315 ATAU emailkan kepada upjwtn@ytrg.terengganu.my bagi sebarang pertanyaan mengenai jawatan.
sumber iklan jawatan kosong KLIK SINI


Tag : , , , ,

Pengajian Latihan Pramedik USM 2012

on 28 December 2011

pengajian latihan pramedik usm 2012
Tag : ,

Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Pulau Pinang

on 27 December 2011


PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARI WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN DAN BERUMUR TIDAK KURANG DARI 18 TAHUN UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN BERIKUT :

1. Penolong Juruaudit W27
2. Pembantu Tadbir W17
3. Penolong Pegawai Tadbir N27

tarikh tutup permohonan pada 29 disember 2011

maklumat lanjut iklan jawatan kosong sila KLIK SINI

Tag : , , ,

Jawatan Kosong Di Pusat Pendidikan Al Amin Sebagai Pegawai Sumber Manusia


mengalu-alukan calon yang berperibadi muslim/muslimah, berdedikasi dan komited untuk menjadi sebahagian dari warga Pusat Pendidikan Al Amin

Jawatan : Pegawai Tadbir & Sumber Manusia


Syarat Kelayakan:
  1. Diploma Sumber Manusia atau lain-lain yang berkaitan (Ijazah dikira 'overqualified).
  2. Pengalaman minimum 2 tahun akan diberi keutamaan.
  3. Kemahiran berkomunikasi yang baik, mempunyai disiplin yang tinggi dan berakhlak luhur.
  4. Tidak merokok dan berperibadi muslim.
  5. Warganegara Malaysia
  6. Mempunyai kenderaan sendiri dan lesen memandu/menunggang yang sah.
  7. Memperolehi kredit dalam Bahasa Melayu diperingkat SPM/SPMV.
Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada 31 Disember 2011

Borang permohonan yang diisi awal akan terus diproses untuk temuduga (jika berjaya disenarai pendek) dan diambil bekerja jika berjaya.

Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. Sekiranya tuan/puan tidak dihubungi selewat-lewatnya sebulan selepas tarikh tutup permohonan, sila anggap permohonan anda tidak berjaya.

Jika berminat sila isi borang secara on line dengan klik di SINI.

Antara fasiliti yang PPAAB tawarkan adalah KWSP,SOCSO,Ganjaran Persaraan, Subsidi Haji/Umrah, Elaun Perubatan, Sumbangan Hospitalisasi, Bonus Tahunan, Kenaikan Gaji Tahunan, Kemudahan Pinjaman Kakitangan Tanpa Faedah, Subsidi Sarapan/Makan Tengahari/Minum Petang dan lain-lain tertakluk kepada 'Skim Perkhidmatan PPAA'.

Sumber iklan jawatan kosong http://www.al-amin.edu.my
Tag : , , , ,

Jawatan Kosong Di Jabatan Latihan Khidmat Negara

on 26 December 2011


Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian Pertahanan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia untuk mengisi lantikan  Sambilan di Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian Pertahanan Malaysia.
  1. PENOLONG PEGAWAI KESATRIA
  2. PEMBANTU KESATRIA
  3. TIMBALAN KOMANDAN KEM (LATIHAN
  4. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S17 (WANITA
permohonan jawatan kosong adalah secara online untuk memohon sila KLIK SINI
p/s sila gunakan internet explorer sebagai browser
Tag : , , , ,

Jawatan Kosong Sirim sebagai Juruteknik januari 2012

on 25 December 2011

Jawatan Kosong Sirim sebagai Juruteknik tarikh tutup 6 januari 2012

Tag : , , ,

Jawatan Kosong UTMspace Disember 2011

on 24 December 2011

logo utm 2012
Calon-calon yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:
1. Pustakawan
Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda / Kepujian Dalam Bidang Pengurusan Perpustakaan daripada Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf atau kelulusan lain yang setaraf dengannya.

2. Pembantu Eksekutif C (Kaunter) – 2 Kekosongan
Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil yang diiktiraf atau kelulusan lain yang setaraf dengannya.

3. Pembantu Perpustakaan
Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil yang diiktiraf atau kelulusan lain yang setaraf dengannya.

4. Pembantu Pejabat
Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Sijil Rendah Pelajaran / tamat Sekolah Kebangsaan yang diiktiraf atau kelulusan lain yang setaraf dengannya

5. Handyman
Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Sijil Rendah Pelajaran / tamat Sekolah Kebangsaan yang diiktiraf atau kelulusan lain yang setaraf dengannya Berpengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun.

Calon yang berminat boleh membuat permohonan secara bertulis dengan menghantar resume dan surat permohonan ke alamat berikut:

Pengurus Kanan,
Unit Pengurusan Modal Insan,
School of Profesional and Continuing Education (UTMSPACE)
Universiti Teknologi Malaysia,
34-50, Jalan Kebudayaan 1,
Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor.
Faks: +607- 5205725
Email : muhathir@utmspace.edu.my

maklumat lanjut iklan jawatan sila klik sini
Tag : , , , ,

Jawatan Kosong Di Akademi Sains Malaysia

on 23 December 2011

 
The Academy of Sciences Malaysia invites Malaysians to apply for the following post:

1. ASSISTANT ADMINISTRATIVE OFFICER (N27)  CONTRACT

Job description
Responsible for assisting managing the work in financial management, procurement and development,
management, personnel services, office administration, management official, to manage the Consular
and Law Enforcement.

Terms of Appointment:
i) STPM or equivalent qualification recognized by the Government.
or

ii) Diploma in Public Administration is recognized by the Government from institutions of higher
learning or qualifications recognized equivalent.
or

iii) Diploma in Property Management is recognized by Government of institutions of higher
learning or recognized qualification equivalent thereto.
and

iv) a credit B.M. (Including the Oral Examination) in the SPM or equivalent qualification recognized
by the Government.

Salary Schedule:
P1T1 RM1410 – RM4185 P1T20

In addition to basic salary, appropriate allowances will also be paid. Those interested please reply
by sending a letter or fax to the following address enclosing copies of your recent photo, certificates,
biodata and relevant details of working experiences.

Closing Date: 6 January 2012
________________________________________
Send your application to:
Chief Executive Officer
Academy of Sciences Malaysia
902-4, Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-26949898 Fax: 03-26945858
Email: admin@akademisains.gov.my

maklumat lanjut iklan jawatan sila klik sini
Tag : , ,

Jawatan Kosong Di Kolej Islam Sains Dan Teknologi (kist)


JAWATAN KOSONG TERKINI DI KIST GROUP HOLDINGS SDN BHD

  1. Eksekutif Grafik (KIST Printing, Terengganu)
  2. Editor (KIST Printing, Terengganu) 
  3. Server Administration (KISTECH Kelantan)
  4. Pensyarah Pra- Sekolah (KIST Bachok)
  5. Eksekutif Pemasaran 
Perhatian kepada pemohon :
a) Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan perjawatan di ;-
- Kampus Utama Ibnu Sina, Bachok, Kelantan.
- Kolej Islam Sains dan Teknologi cawangan Terengganu.
- emel : mohd.hr.kgh@kist.edu.my
norazwani.hr.kgh.edu.my dan suryani.hr.kgh@edu.my

b) Bagi pemohon yang tinggal berjauhan dan berminat mengisi kekosongan jawatan tersebut,
pemohon boleh mendapatkan borang permohonan dengan menghantar sampul surat beralamat sendiri,
bersaiz A4 bersetem RM1.00 dan wang pos atas nama KOLEJ ISLAM SAINS DAN TEKNOLOGI berjumlah RM5.00 untuk bayaran wang proses.

c) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

d) Tarikh tutup permohonan adalah 31 Disember 2011

e) Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta  sijil-sijil yang disahkan hendaklah dihantar ke alamat :-

Bahagian Sumber Manusia
KIST Group Holdings Sdn.Bhd.
Wisma KIST, Lot 500, Taman Permai Demit, Kubang Kerian,
16150 Kota Bharu, Kelantan.
Telefon: 09 – 7666420/ 422


makluamt lanjut iklan jawatan sila klik sini
Tag : , , ,

Jawatan Kosong Jurulatih Sambilan Sukan UTHM

on 22 December 2011

Jawatan Kosong Jurulatih Sambilan Sukan UTHM

Pusat Sukan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang sukan yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Jurulatih Sambilan Sukan secara KONTRAK seperti berikut :



Syarat Pemohon
  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada semua (Warga UTHM yang berkelayakan digalakkan untuk memohon)
  • Mempunyai pengalaman dalam bidang sukan yang dipohon sekurang-kurangnya lebih dari 3 tahun.
  • Berumur sekurang-kurangnya lebih dari 21 tahun dari tarikh memohon.
  • Dokumen -dokumen sokongan yang berkaitan seperti sijil kejurulatihan dll.

Cara Memohon

Borang permohonan boleh didapati di Laman Web UTHM ataupun di Pejabat Am Pusat Sukan UTHM.

Borang yang telah lengkap diisi bolehlah terus dihantar atau poskan kepada :
Bahagian Pembangunan Dan Galakan Sukan Dan Rekreasi
Pusat Sukan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja Batu Pahat Johor.

Tel : 07-4537489/7486
Email : nasyrah@uthm.edu.my

Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada 09 Januari 2012 (Isnin)

maklumat lanjut iklan jawatan dan borang permohonan sila klik sini
Tag : , , , , ,

Jawatan Kosong Di UPM disember 2011

Tag : , , ,

Jawatan kosong Tabung Haji Januari 2012

Tabung haji mempelawa rakyat malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

1. Receptionist (kontrak) tarikh tutup 6 januari 2012

sila klik sini untuk iklan jawatan
Tag : , , ,

Jawatan Kosong Yadim disember 2011

IKLAN JAWATAN KOSONG YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM)
jawatan :

1. PENGETUA TADIKA GRED S41
2. GURU TADIKA GRED S 27

Borang permohonan jawatan boleh didapati daripada mana-mana pejabat YADIM. Atau boleh didapati melalui laman web : www.yadim.com.my

Semua permohonan hendaklah dialamatkan kepada:

Yang Dipertua
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Kompleks Pusat Islam
Jalan Perdana
50480 Kuala Lumpur.
(U.p : Unit Perancangan dan Perjawatan,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Tarikh tutup permohonan pada 23 Disember 2011

maklumat lanjut iklan jawatan dan borang permohonan sila klik sini

Tag : , , ,

Jawatan Kosong JKR Serawak Januari 2012

on 21 December 2011

Jawatan Kosong JKR Serawak Januari 2012 tarikh tutup permohonan 15 januari 2012


Tag : , ,

Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Kelantan (umk) Disember 2011

Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Kelantan Disember 2011


Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang tinggal berdekatan dengan Kampus Universiti Malaysia Kelantan, Taman Bendahara, Pengkalan Chepa dan mempunyai kenderaan sendiri.

maklumat lanjut iklan jawatan dan borang permohonan sila KLIK SINI
Tag : , , ,

Jawatan Kosong Di Orang Kampung Holdings (ok group)

on 19 December 2011


OK Group adalah merupakan syarikat pengilang minuman, ubatan berasaskan herba dan pemasaran yang beroperasi di Melaka. Bersesuaian dengan perkembangan syarikat, kami mempelawa calon-calon yang berwawasan dan berkelayakan untuk memenuhi jawatan-jawatan berikut:

PENGURUS KANAN OPERASI
EKSEKUTIF E – MARKETING
EKSEKUTIF PEMASARAN
DESIGNER (1 KEKOSONGAN)
PELATIH PENGURUSAN
EKSEKUTIF AKAUN
PENYELIA JUALAN -RSS (KL/ SELANGOR/JOHOR/PERAK)
EKSEKUTIF PRODUK
PEMBANTU MERCHANDISING
EKSEKUTIF MERCHANDISING
PENYELIA PENGELUARAN
EKSEKUTIF PENGELUARAN
EKSEKUTIF PENGELUARAN

Calon yang berminat sila hantar resume lengkap ke alamat di bawah melalui pos atau hadir sendiri ke alamat:

Orang Kampung Holdings (M) Sdn. Bhd.
No 3 & 5, Jalan Seri Emas 4, Tmn Seri Teluk Mas, 75460 Melaka
atau Email : okhsb@orangkampung.com
atau hubungi talian 06-2617081 / 06-2617018(Pn. Fazilah / Pn. Asiah) untuk sebarang pertanyaan.
Tarikh tutup permohonan : 31hb Disember 2011.

maklumat lanjut iklan jawatan kosong sila klik sini
Tag : , ,

Jawatan Kosong Di KTMB Januari 2012

on 16 December 2011


Jawatan Kosong Di KTMB Januari 2012

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Pembantu Trafik 
2. Pemandu Lokomotif Rendah

*klik nama jawatan untuk maklumat lanjut

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyertakan resume lengkap mengandungi pengalaman, butiran peribadi, salinan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran paspot dan sampul surat beralamat sendiri. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak. Permohonan hendaklah sampai pada atau sebelum 3 Januari 2012 ke alamat berikut:-

Pengurus Besar
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur

sumber iklan jawatan kosong  : http://www.ktmb.com.my/
Tag : , ,

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir DI Syarikat Air N. Sembilan

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir DI Syarikat Air Negeri Sembilan

1. PEMBANTU TADBIR

Pengisian bagi jawatan tetap sebagai Pembantu Tadbir di Bahagian Khidmat Pelanggan & Hal Ehwal Awam. Bertanggungjawab bagi penerimaan bayaran hasil kutipan di kaunter serta memberi perkhidmatan kepenggunaan yang berkualiti dalam sebarang urusan berkaitan pekhidmatan bekalan air, disamping menyalurkan maklumat kepada pelanggan.

Syarat-syarat
  1. Mempunyai Sijil / Diploma dalam bidang perakaunan dan berpengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang berkaitan.
  2. Kelulusan SPM dan kepujian dalam metematik serta berpengalaman bekerja sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang berkaitan.
  3. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta mesra pelanggan.
  4. Berkemahiran dalam penggunaan komputer; Microsoft Word, Excel & Power Point.
  5. Mengutamakan mutu dan hasil serta boleh bekerja dalam kumpulan.
Berminat sila email/hubungi kami dan lampirkan butir-butir peribadi anda dengan gambar berukuran pasport sebelum tarikh 23 Disember 2011 ke :

Bahagian Sumber Manusia Dan Pentadbiran
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd.,
Tingkat 2, Kompleks PKNNS,
Jalan Persiaran S2 B2,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus

Email : hr@sainswater.com

sumber iklan jawatan kosong : http://www.sainswater.com
Tag : , , , ,

Jawatan Kosong Juruteknik Di Sirim Disember 2011

on 15 December 2011


SIRIM Berhad merupakan sebuah anak syarikat milik penuh kerajaan yang terlibat di dalam pembangunan teknologi dan penyelidikan serta perkhidmatan kualiti. Kami sedang mencari individu yang bermotivasi tinggi untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. JURUTEKNIK / PEMBANTU PEREKA GRED 14

KELAYAKAN:
  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM); ATAU
  • Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan tiga (3) tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan grafik / pembungkusan / rekabentuk perindustrian / pembuatan mock-up atau model; ATAU
  • Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan SKM (Tahap 2) dalam bidang berkaitan grafik/ pembungkusan/rekabentuk perindustrian/pembuatan mock-up atau model.
KEPERLUAN:
  • Berpengetahuan dalam bidang lukisan grafik, fotografi, pembangunan pembungkusan, percetakan pembungkusan dan label.
  • Berpengetahuan dalam bidang rekabentuk perindustrian, pembuatan model/prototaip
  • Berkemahiran dalam penggunaan sistem komputer Macintosh (2D CAD) / (3D CAD) seperti lllustrator, Photo Shop, Solidworks, 3d Max dan sebagainya untuk menghasilkan kerja serta mampu menyelenggara alatan yang digunakan.
  • Matang dan berfikiran terbuka untuk menerima teknologi dan maklumat terkini.
  • Mahir dalam menyelesaikan masalah berkaitan tugas
Calon-calon yang berminat bolehlah membuat permohonan dengan melayari laman web www.sirim.my pada atau sebelum 26 Disember 2011.

Sumber iklan jawatan kosong dan untuk memohon sila klik sini
Tag : , , , ,

Jawatan Kosong Di Pejabat Peguam Negara Disember 2011

on 14 December 2011

JAWATAN KOSONG JABATAN PEGUAM NEGARA

Permohon-pemohon adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Peguam Negara seperti berikut:

1. Jawatan : Junior Associate
2. Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
3. Taraf Jawatan : Kontrak
4. Gaji Asas : Mengikut Skim Gaji Gred 52

Tawaran ini dibuka kepada sesiapa yang berminat dan berkelayakan seperti:
i. Kelulusan asas memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan;
ii. Pengalaman dalam bidang berkaitan tidak kurang daripada 7 tahun. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki pengalaman dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Kewangan;
iii. Lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan fasih berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris; dan
iv. Mempunyai kemahiran dalam mengendalikan emel, Word dan Excel

BIDANG TUGAS:
1. Menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan I-CeLLS.
2. Menguruskan semua tuntutan pegawai/Executive di I-CeLLS.
3. Meneliti prestasi dan keperluan peruntukan bagi program-program dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan I-CeLLS.
4. Merancang kawalan perbelanjaan dan perolehan dari segi keperluan, pengubahsuaian, pemansuhan atau pengwujudan sesuatu program atau aktiviti baruI I-CeLLS.
5. Menyediakan maklum balas atau laporan yang diperlukan oleh I-CeLLS.
6. Menguruskan hal-hal pentadbiran yang berkaitan dengan belanjawan, sumber manusia dan lain-lain tugas yang diarah.
7. Membantu dalam merancang kawalan perbelanjaan dari segi keperluan, pengubahsuaian, pemansuhan atau pengwujudan sesuatu program atau aktiviti baru I-CeLLS.
8. Menguruskan semua hal-hal pentadbiran am termasuk urusan pemfailan dan dokumentasi
9. Mengurus setia mesyuarat-mesyuarat I-CeLLS.

KEUTAMAAN SYARAT LANTIKAN:
a. Warganegara Malaysia
b. Calon mestilah berusia tidak kurang daripada 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
c. Calon hendaklah mempunyai pengalaman kerja.
d. Calon mestilah mempunyai pengalaman dalam pengurusan sumber manusia dan kewangan serta yang berkaitan

 CARA MEMOHON.
i. Permohonan boleh dilakukan melalui laman Web Jabatan Peguam Negara : www:agc.gov.my
ii. Pemohon juga hendaklah menghantar resume berserta dengan borang permohonan perjawatan, di
iii. Jabatan Sumber Manusia, Jabatan Peguam Negara.
iv. Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil yang berkaitan dan telah disahkan.

PERMOHONAN HENDAKLAH DIHANTAR:
Borang yang lengkap diisikan hendaklah dihantar ke alamat di bawah. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat:

Jabatan Peguam Negara
Bahagian Pengurusan, No. 45,
Persiaran Perdana, Presint 4, 62100,
Putrajaya

Tel: 03-88722188 Fax No: 88905670

Semua permohonan hendaklah sampai tidak lewat dari tarikh tutup iklan pada 31 Januari 2012.

sumber : http://www.agc.gov.my

Tag : , , ,

Kekosongan Jawatan Di Lembaga Tabung Haji disember 2011


Iklan jawatan kosong di Lembaga Tabung Haji


Permohonan adalah dibuka kepada warganegara Malaysia (islam) bagi mengisi jawatan kosong berikut

1. Eksekutif Kewangan
2. Eksekutif Pentadbiran
3. Eksekutif Pemasaran
4. Eksekutif Juruukur Bahan
5. Eksekutif Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


tarikh tutup permohonan 23 disember 2011

maklumat lanjut iklan jawatan kosong sila KLIK SINI
Tag : , , ,

jawatan kosong di upm jawatan pembantu tenaga penganjar

on 13 December 2011



KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU PENGAJAR GRED UDP DI FAKULTI KEJURUTERAAN

Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk mengisi jawatan tersebut dengan syarat-syarat berikut:

Kelayakan:
(i) Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Kimia yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(ii) Mendapat CGPA sekurang-kurangnya 3.0 dan ke atas.
(iii) Kepujian Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Imbuhan Bulanan:
Honorarium RM2500.00

Taraf Jawatan:
Kontrak (bagi suatu tempoh yang ditetapkan).

Umur Pada Tarikh Tutup Iklan:
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Penempatan:
Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia.

Cara Memohon :
Permohonan hendaklah dibuat melalui borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (SOK/BUM/BR03/JAWATAN 01) yang boleh didapati dalam laman web Pejabat Pendaftar UPM atau diperolehi dengan cara muat turun daripada laman web di http://www.eng.upm.edu.my

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada;

Ketua,
Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar,
Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor


Tarikh Tutup Permohonan: Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Disember 2011

maklumat lanjut jawatan kosong dan  borang permohonan jawatan sila klik sini


Tag : , , , ,

TEMUDUGA TERBUKA JAWATAN JURUTEKNIK DI PNMB

on 11 December 2011

 
sumber iklna jawatan kosong : http://www.printnasional.com.my
Tag : , , , ,

JAWATAN KOSONG DI MBSA DISEMBER 2011


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan lantikan SAMBILAN seperti berikut di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.

1. JURUUKUR BAHAN

Borang (MBSA 1) boleh dibeli di Kaunter Bayaran (Tingkat G) Wisma MBSA dengan harga RM3.00 tunai/naskah.
Permohonan hendaklah dihantar kepada: Bahagian Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Shah Alam
Tingkat 1, Wisma MBSA, Peti Surat 7200
40706 Shah Alam, Selangor

Tarikh tutup permohonan adalah pada: 16 NOVEMBER 2011


maklumat lanjut iklan jawatan kosong sila klik sini
Tag : , , ,

JAWATAN KOSONG PENYELIA PERTAINIAN (kontrak) DI PKPS

Tag : , , ,

JAWATAN KOSONG UITM DISEMBER 2011

on 09 December 2011


Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Kontrak (OS29000) di Fakulti Perubatan UiTM Kampus Selayang/ Kampus Sg Buloh bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

1 PENOLONG PEGAWAI SOSIAL PERUBATAN
2 JURUTEKNIK (BIOMEDIKAL)



Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperoleh dengan melayari lama web UiTM di http://www.uitm.edu.my dan di http://www.medicine.uitm.edu.my atau juga boleh didapati sendiri di Fakulti Perubatan UiTM Shah Alam / UiTM Kampus Selayang / UiTM Kampus Sungai Buloh. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Sabtu, 17 Disember 2011

Sila kemukakan permohonan kepada :

DEKAN
FAKULTI PERUBATAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
KAMPUS SELAYANG
JALAN PRIMA SELAYANG 7
68100 BATU CAVES
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
NO.TEL: (03) 61264664 / 4641 / 4644 / 4629
EMAIL: webmastermedic@salam.uitm.edu.my

maklumat lanjut iklan jawatan dan borang permohonan sila klik sini
Tag : , , ,

JAWATAN KOSONG SEBAGAI PENOLONG PEGAWAI PERANGKAAN DI IPPBM



iklan jawatan kosong sebagai Penolong Pegawai Perangkaan E27 (Sementara) Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
 
SYARAT LANTIKAN
a) Kelayakan

(i) Kelayakan Masuk : Diploma
Syarat Lantikan Asas : Diploma dalam bidang Perangkaan atau yang setaraf dengannya
E27 : RM1,271.10

Atau;

b) Kelayakan
(ii) Kelayakan Masuk: STPM
Syarat Lantikan Asas: Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
E27 : RM1,204.55

Dan;

Syarat Bahasa Melayu: Lulus


Mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan perisian SPSS Kepada anda yang berminat dan mempunyai kelayakan yang dinyatakan adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan bagi melaksanakan tugasan seperti berikut:

(i) Bertanggungjawab membantu dalam memantau pelaksanaan program dan aktiviti pengumpulan, pemprosesan dan penyebaran data;
(ii) Membantu penganalisaaan data dalam bidang kependudukan, demografi, tenaga manusia dan alam sekitar untuk perancangan pembangunan belia Malaysia;
(iii) Membantu dalam tugasan yang diarahkan dari masa ke semasa.

Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Rabu, 14 Disember 2011


CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

a. Muat turun borang permohonan, klik di sini >> BORANG PERMOHONAN



Lengkapkan borang tersebut dan hantarkan berserta "resume" ke alamat emel perjawatan@ippbm.gov.my ; atau




b. Permohonan secara terus kepada Unit Pentadbiran & Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, IPPBM.


Sila kemukakan permohonan kepada:


Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia,
Aras 10, Menara KBS,
No.27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya



Tel : 03-8871 3254/3753/3705
Faks : 03-8871 3342
Emel : perjawatan@ippbm.gov.my


maklumat lanjut iklan sila klik sini


Tag : , , , ,

JAWATAN KOSONG MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG MAINPP

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
  1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17
  2. PEKERJA AWAM (PENGGALI KUBUR) GRED R1
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan di dalam Perkhidmatan di bawah
bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang boleh diperolehi secara PERCUMA
melalui laman web.: www.mainpp.gov.my.

PERMOHONAN HENDAKLAH DISAMPAIKAN KEPADA;
Setiausaha,
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang,
Tingkat 8 & 9, Menara UMNO,
No. 128 , Jalan Macalister,
10400 PULAU PINANG.

pada atau sebelum 16 Disember 2011.


Iklan jawatan kosong
Borang Permohonan Jawatan Kosong

sumber iklan jawatan kosong : http://www.mainpp.gov.my
Tag : , , ,

JAWATAN KOSONG DI PERHEBAT DISEMBER 2011


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk berkhidmat di PERHEBAT sebagai Pegawai Hal Ehwal Agama.

JAWATAN
: Pegawai Hal Ehwal Agama Gred 21 (1 Kekosongan)
GAJI : Gred 21 : RM2,555.34 – RM6,271.55

SYARAT KELAYAKAN :
  • Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
  • Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan;
  • Mempunyai kemahiran ’interpersonal’ yang tinggi dan berkebolehan berhubung secara berkesan di semua peringkat adalah satu kelebihan;
UMUR : Calon mestilah berumur melebihi 30 tahun mulai tarikh tutup iklan.
TARAF JAWATAN : Kontrak

Permohonan boleh dibuat melalui surat dengan menyertakan butir-butir peribadi, pengalaman, salinan sijil-sijil akademik yang disahkan serta gambar berukuran pasport kepada :-

Ketua Pengarah
Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera
Kompleks PERHEBAT, Kem Sungai Buloh
Peti Surat 65, 47000 Sungai Buloh
Selangor Darul Ehsan
(U.P : Pengarah Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran)

dan hendaklah sampai pada atau sebelum 15 Disember 2011.

Sila tulis nama jawatan di sudut kiri atas sampul surat. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ditemuduga

sumber iklan jawatan kosong >> http://www.perhebat.net.my/
Tag : , , ,

JAWATAN KOSONG DI PERBADANAN HARTA PEWIRA DISEMBER 2011

Perbadanan Perwira Harta Malaysia adalah merupakan syarikat pemaju hartanah yang sedang berkembang. Sejajar dengan itu kami mencari calon-calon yang berpengalaman dan profesional bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. PENGURUS KAWALAN KREDIT
2. EKSEKUTIF KAWALAN KREDIT
3. EKSEKUTIF AKAUN
4. PEMBANTU JURUKUR BAHAN
 
tarikh tutup 12 disember 2011
Tag : , ,

Jawatan Kosong Pengajar Pra- Diploma UTHM

on 08 December 2011



K-Utech Edu Sdn. Bhd. (anak syarikat UTHM Holdings) akan menjalankan dua buah program yang dikenali sebagai:

1. Program Persediaan Diploma
2. "Engineering Apprenticeship Program" (EAP)

Kedua-dua program ini disertai oleh pelajar-pelajar lepasan SPM 2011 yang berminat dalam bidang kejuruteraan.

Program Persediaan Diploma menjurus kepada pengukuhan pengetahuan berhubung sains matematik dan kejuruteaan. Manakala EAP pula lebih menekankan kepada pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang-bidang kejuruteraan seperti kejuruteraan elektrik, mekanikal dan awam, di samping kemahiran penguasan dalam bahasa inggeris komunikasi, teknologi maklumat dan keusahawanan.

JAWATAN

Pengajar bertaraf Kontrak atau Sambilan

K-Utech Edu mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara KONTRAK / SAMBILAN seperti berikut :-

a. Kejuruteraan Elektrik
b. Kejuruteraan Mekanikal
c. Kejuruteraan Awam
d. Teknologi Maklumat
e. Sains Kejuruteraan
f. Matematik
g. Bahasa Inggeris
h. Keusahawanan

SYARAT KELAYAKAN

(a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (CGPA 2.7 dan ke atas) DAN

(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Keutamaan adalah kepada calon-calon mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan)

CARA MEMOHON

a) Borang permohonan boleh diperolehi di sini
http://uhsb.uthm.edu.my/kutechedu/borang_pengajar.pdf

b) Borang yang lengkap diisi berserta sijil dan dokumen yang berkaitan dan telah disahkan hendaklah dicatatkan nama jawatan di penjuru sebelah kiri atas sampul surat dan dihantar ke alamat di bawah :-

K-UTECH EDU SDN BHD
No 65 Jalan Universiti 1,
Taman Universiti,
86400 Parit Raja, Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.

c) Borang permohonan yang tidak lengkap dan lewat tidak akan dilayan.
d) Sebarang pertanyaan sila hubungi :-

MOHAMAD FIRDAUS B SAIRI

Tel: 07 453 5143
Fax: 07 453 5068

Atau email kepada : mfirdaus_sairi@yahoo.com

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH SEBELUM ATAU PADA 15 DISEMBER 2011

 sumber iklan jawatan kosong sila klik sini
Tag : , , ,

review panduan lengkap temuduga kpli-sr j-qaf 2011


Selepas membaca Modul Panduan Lengkap Temuduga KPLI-SR j-QAF pada saya ia sememangnya panduan yang lengkap dan menyeluruh bermula dari kupasan berkenaan program itu sendiri sehnggalah teknik serta tips hadiri temuduga seperti persiapan sebelum temuduga, adab semasa temuduga dan apa yang perlu anda buat selepas temuduga.

Ia bukan sahaja sesuai untuk yang nak temuduga disember ini sahaja, malah untuk mereka yang ingin mengetahui berkenaan Kursus Peguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah J-qaf secara menyeluruh juga sesuai untuk memilikinya. Jom lihat apa yang terkandung dalam panduan ini
Pakej Utama Panduan Lengkap Temuduga KPLI-SR j-QAF

Modul 1 : PENGENALAN PROGRAM KPLI-SR j-QAF
  • Program KPLI-SR j-QAF
  • Kelayakan Asas
  • Keutamaan Calon
  • Calon Yang Tidak Layak Memohon
  • Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan
  • Kesesuaian Ijazah
  • Struktur Program
  • PENGENALAN PROGRAM j-QAF
  • Program j-QAF
  • Konsep j-QAF
  • Objektif Program j-QAF
  • Kepentingan Program j-QAF
  • Model Program j-QAF
  • Projek Perintis j-QAF
  • Pelaksanaan Program j-QAF Secara Menyeluruh
  • Pengambilan & Latihan Guru j-QAF
  • Keperluan Guru j-QAF
Modul 2 : Kerjaya Sebagai Guru j-QAF
  • Pengenalan Guru j-QAF
  • Kelayakan Asas
  • Permohonan Program KPLI-SR j-QAF
  • Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (MTeST)
  • Temuduga KPLI-SR j-QAF
  • Pendaftaran & Latihan KPLI-SR j-QAF
  • Peringkat Yang Dilalui Untuk Menjadi Guru j-QAF
  • Soalan Berkaitan Perihal Guru j-QAF Di Sekolah
  • Pengisian Jawatan Guru j-QAF 11
  • Sifat Yang Perlu Ada Sebagai Guru j-QAF
  • Bidang & Tanggungjawab Guru j-QAF
  • Peluang Peningkatan Kerjaya Guru j-QAF
Modul 3 : Komponen Temuduga KPLI-SR j-QAF
  • Pengenalan Temuduga KPLI-SR j-QAF
  • Komponen 1 Temuduga KPLI-SR j-QAF
  • Komponen 2 Temuduga KPLI-SR j-QAF
  • Komponen 3 Temuduga KPLI-SR j-QAF
  • Komponen 4 Temuduga KPLI-SR j-QAF
  • Kriteria Yang Dinilai Oleh Panel Penemuduga
  • Format Penilaian Markah Temuduga
Modul 4 : Persediaan Temuduga KPLI-SR j-QAF
  • Faktor-Faktor Kegagalan Calon Dalam Seisi Temuduga
  • Kriteria-Kriteria ‘Sulit’ Yang Diberi Perhatian Oleh Panel
  • Penemuduga
- PERSEDIAAN SEBELUM TEMUDUGA KPLI-SR j-QAF
  • Langkah 1 Persediaan Sebelum Temuduga
  • Langkah 2 Persediaan Sebelum Temuduga
  • Langkah 3 Persediaan Sebelum Temuduga
  • Langkah 4 Persediaan Sebelum Temuduga
  • Pemilihan Pakaian Untuk Seisi Temuduga KPLI-SR j-QAF
  • Rujukan Etika Pemakaian Temuduga SPA
  • Lain-Lain Keperluan Untuk Persediaan Sebelum Temuduga
  • Koleksi Doa Memohon Kejayaan Yang Boleh Diamalkan
- PERSEDIAAN SEMASA HARI TEMUDUGA
  • Bersiap Di Awal Pagi
  • Bertolak Ke Tempat Temuduga
  • Pendaftaran Calon Temuduga
  • Seisi 1 Temuduga KPLI-SR j-QAF
  • Seisi 2 Temuduga KPLI-SR j-QAF
  • Seisi 3 Temuduga KPLI-SR j-QAF
  • Tidak Tahu Jawapan Yang Ditanya Oleh Panel Penemuduga
  • Kelemahan Calon Semasa Menjawab Soalan
- SELEPAS SEISI TEMUDUGA
  • Tindakan Selepas Selesai Temuduga
  • Keputusan Temuduga KPLI-SR j-QAF
  • Tips Motivasi Untuk Calon Temuduga
[+] Bonus Contoh 2 Esei / Karangan Bahasa Arab Beserta Terjemahan Bahasa Melayu
[+] Bonus Contoh Ejaan Jawi Lebih 100 Perkataan Bahasa Melayu
bagi yang kurang konfiden nak hadiri temuduga KPLI-SR j-QAF, sangat dicadangkan untuk anda memiliki panduan ini dijamin anda akan berpuas hati dengan kandunganya dan pastinya akan membantu anda lebih yakin untuk menghadiri temuduga tu nanti (:

Jika berminat anda boleh terus dapatkanya di >> http://www.kplij-qaf.com
Tag : , ,

JAWATAN KOSONG DI PERKESO DISEMBER 2011

Iklan Jawatan Kosong Perkeso Disember 2011


sumber iklan jawatan dan borang permohonan jawatan kosong sila klik sini
Tag : , ,

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBANDARAN KLANG

on 07 December 2011


Permohonan adalah dipelawa kepada orang ramai yang berkelayakan pada tarikh tutup iklan untuk membuat permohonan jawatan kosong seperti berikut.


1. Pegawai undang-undang Gred L41
2. Penolong Pegawai undang-undang Gred L29
3. Pembantu Penguatkuasa Gred N17
4. Juruteknik Komputer Gred FT17

Permohonan hendaklah dibuat dalam borang MPK(BP) Perjawatan Pindaan 6/2010 yang boleh dibeli dengan harga RM2.00 dari Bahagian Sumber Manusia atau dimuat turun secara percuma dengan melayari laman web MPK di www.mpklang.gov.my

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah di hantar kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
BANGUNAN SULTAN ALAM SHAH
JALAN PERBANDARAN
41675 KLANG
SELANGOR DARUL EHSAN
(U/P: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)


PADA ATAU SEBELUM : 08hb. Disember, 2011

maklumat lanjut iklan jawatan klik sini
borang jawatan kosong klik sini
Tag : , , ,

JAWATAN KOSONG DI PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI SELANGOR PPPNS


Jawatan : Juruteknik Awam(J17) Contract For Service
Bil. Kekosongan : 2 Kekosongan di Pejabat Sabak Bernam & Kuala Selangor dan
Pejabat Gombak dan Hulu Selangor

Syarat Lantikan :
1. Minimum kelayakan Sijil Dalam Bidang Kejuruteraan Awam Sahaja
2. Mempunyai lesen memandu yang sah

Tempoh Kontrak : Satu Tahun (1)

Warganegara : Malaysia
Pesara kerajaan juga boleh memohon

Lampiran :
a) Resume (beserta 1 keping gambar berukuran passport)
b) Salinan Kad Pengenalan
c) Sijil-Sijil Berkenaan
- (Semua salinan sijil hendaklah DIAKUI SAH)

Calon-calon yang berminat sila kemukakan Resume yang lengkap beserta gambar pada atau selewat-lewatnya 9 Disember 2011 (Jumaat).

Untuk Pertanyaan Lanjut, Sila Hubungi Puan Mazuin binti Tayep/ Puan Halimah Mohamad Di Talian 03-78849299 Samb. 9254

sumber iklan jawatan : http://sel.icu.gov.my/
Tag : , , ,

Temuduga KPLI JQAF 2011 | 2012

on 06 December 2011

keputusan ambilan calon Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLIsr Jqaf) 2012 dah pun keluar. Kepada yang terlibat anda boleh semak keputusanya di http://apps1.moe.gov.my/kpli/tdjan2012/


Tahniah buat anda yang melepasi ujian MTeST dan dipanggil untuk seisi temuduga KPLI-SR j-QAF. Seisi temuduga merupakan saringan terakhir untuk pengambilan calon pelatih guru j-QAF. Ianya satu tahap yang cukup penting dan getir buat calon temuduga.

Persediaan Temuduga KPLI-SR j-QAF


Sebagai calon temuduga KPLI-SR j-QAF, anda seharusnya membuat persediaan yang secukupnya sekiranya anda betul-betul ingin bergelar guru j-QAF. Berikut adalah beberapa tips ringkas untuk persediaan anda menghadiri seisi temuduga KPLI-SR j-QAF :


1-Persediaan awal

2-Buat latihan / simulasi temuduga KPLI-SR j-QAF

3-Meningkatkan aspek kemahiran komunikasi

4-Penyediaan sijil / dokumen berkaitan yang disusun mengikut turutan.

5-Amalkan doa penerang hati dan buat solat hajat.

 
Pelbagai lagi tips persediaan temuduga KPLI-SR j-QAF untuk calon temuduga ambilan Jan 2012. Layari http://www.kplij-qaf.com

Tag : , , , , ,

JAWATAN KOSONG JURUTEKNIK DI UNITEN

on 05 December 2011

Iklan Jawatan Kosong : Juruteknik (Kontrak)




Nama Jawatan
Juruteknik
Gred Jawatan
Kontrak
Bahagian
Universiti Tenaga Nasional
Lokasi
Kampus UNITEN Putrajaya
Tarikh Mula Permohonan
 30/11/2011
Tarikh Tutup Permohonan
 14/12/2011
Syarat-syarat Kelayakan
         Warganegara Malaysia

         Memiliki Sijil dalam bidang Kejuruteraan Elektrik Kuasa, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Teknologi Maklumat dan Kejuruteraan Awam dari Politeknik tempatan dan universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan.

         Mempunyai SPM, dengan memperolehi sekurang-kurangnya peringkat 6C dalam matapelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik serta lulus dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.

         Tidak rabun warna dan sihat tubuh badan

         Tidak Menghidap Sebarang Penyakit Kronik.

         Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup iklan.

         Boleh bekerja dalam satu pasukan


Peringatan :
         Salinan Kad Pengenalan dan salinan sijil-sijil akademik yang telah disahkan benar perlu di fotostat di atas kertas A4 dan dimajukan bersama-sama borang permohonan.
Borang Permohonan
UNITEN 188C Download Borang
Lain-lain Maklumat
Gaji RM1,140. Elaun pengangkutan RM100. Elaun elektrik RM78


Cara Memohon
Calon-calon yang berminat bolehlah membuat permohonan dengan memajukan borang UNITEN188C, berserta salinan dokumen-dokumen berkaitan yang telah disahkan kepada

Pengurus Kanan (Sumber Manusia)
Universiti Tenaga Nasional
Aras 2, Bangunan Pengurusan
KM 7, Jalan Ikram-Uniten
43000 Kajang
Selangor
Nota
         Permohonan hendaklah sampai kepada kami pada atau tidak lewat dari 14 Disember 2011. Borang permohonan yang tidak lengkap dan yang diterima selepas tarikh tutup iklan tidak akan dilayan.

         Hanya pemohon yang telah disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

sumber iklan klik sini
Tag : , ,

JAWATAN KOSONG DI TABUNG HAJI DISEMBER 2011

on 04 December 2011

 
Seiring dengan visi dan misi TH, permohonan adalah dibuka kepada warganegara Malaysia (Islam) yang berkelayakan bagi mengisi jawatan seperti berikut:-

1. PENGURUS BESAR (KONTRAK)

2. PENGURUS PERANCANGAN STRATEGIK (KONTRAK)

3. PENGURUS PELABURAN EKUITI PERSENDIRIAN (KONTRAK)
4. PENGURUS PELABURAN HARTANAH (KONTRAK)
5. PENGURUS DANA (KONTRAK)

Pemohon-pemohon yang berminat boleh menghantar ‘resume’ yang lengkap beserta dokumen-dokumen seperti berikut:-
a) Salinan sijil-sijil akademik dan sijil-sijil lain yang berkaitan
b) Sekeping gambar terkini berukuran passport
c) Menulis nama jawatan yang dipohon pada ‘resume’ dan sampul surat selewat–lewatnya sebelum atau pada hari Jumaat, 16 Disember 2011, jam 5.00 petang ke:-

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Lantai 27, Lembaga Tabung Haji,
201 Jalan Tun Razak,
Peti surat 11025,
50400 KUALA LUMPUR


TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 16 DISEMBER 2011

maklumat lanjut iklan jawatan kosong sila klik sini
Tag : , , ,

JAWATAN KOSONG DI DBKL DISEMBER 2011


Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:-

1
PEGAWAI TADBIR N41
TETAP/KONTRAK
2
JURUTERA MEKANIKAL J41
TETAP/KONTRAK
3
PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA N27
TETAP/KONTRAK
4
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
TETAP/KONTRAK
5
PENOLONG PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR C27
TETAP/KONTRAK
6
PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29
TETAP/KONTRAK
7
PEMBANTU MAKMAL C17
TETAP


Permohonan jawatan kosong ini hendaklah menggunakan Borang DBKL(P)-J/1 yang boleh dimuat turun (download) dari Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan melayari http://www.dbkl.gov.my

Permohonan hendaklah sampai kepada:-

PENGARAH
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
(BAHAGIAN PERJAWATAN DAN PENGAMBILAN)
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
TINGKAT 3, MENARA TUN RAZAK
JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR


Tarikh Tutup Iklan: 16 Disember 2011

maklumat lanjut iklan jawatan dan borang permohonan jawatan kosong sila klik sini
 
Tag : , ,

JAWATAN KOSONG DI MARA LINER

on 03 December 2011

iklan jawatan kosong di mara liner

1. KETUA MEKANIK
2. MEKANIK
3. PEMANDU BAS
4. PENYELIA
5. PENOLONG PENYELIA
6. PEMBANTU MEKANIK


CARA MEMOHON
Borang Permohonan boleh didapati di Bahagian Kenderaan MARA, Pejabat-pejabat MARA Liner dan di dalam Laman Web MARA. Sila sertakan Salinan Sijil Yang Telah Disahkan. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa dua (dua) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat seperti berikut sebelum 14 Disember 2011.

Unit Sumber Manusia
Bahagian Kenderaan MARA
TINGKAT 6, Ibu Pejabat MARA
NO. 21, Jalan Raja Laut
50609 KUALA LUMPUR
Tel: 03-26132478 /2506 /2508 /2505
No. Fax: 03-26912925

makluamat lanjut iklan jawatan dan borang permohonan jawatan kosong sila klik sini
Tag : , , ,

JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)

on 02 December 2011


Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjemput warganegara malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong seperti berikut :
  1. PEGAWAI KESELAMATAN  
  2. PEGAWAI KEWANGAN
  3. PENOLONG PEGAWAI SAINS  
  4. PEMBANTU TADBIR (P/O)
  5. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN   
  6. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) 
  7. PEMBANTU PERTANIAN

Tarikh tutup permohonan untuk jawatan-jawatan bukan akademik ialah pada 14 Disember 2011 (Rabu).

maklumat lanjut iklan jawatan dan cara permohonan jawatan kosong sila klik sini
Tag : , , ,

TEMUDUGA TERBUKA DI LITRAK SEBAGAI JURUTOL


Tag : , , ,

JAWATAN KOSONG DI INSTITUT PERUBATAN MOLEKUL UKM (UMBI)


Projek The Malaysian Cohort yang berurusetia di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet dan ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kami menjemput anda WARGANEGARA MALAYSIA, BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

1. PEMBANTU PENYELIDIK Q17 (MAKMAL & JURUTEKNIK KOMPUTER)

  • Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang belum berkahwin/ bujang dan boleh
    bekerja di lapangan atau luar Kuala Lumpur
  • Makanan, minuman, pengangkutan & penginapan ditanggung semasa bertugas di lapangan
  • Dilindungi oleh Skim Insuran Takaful Berkelompok
Taraf jawatan : Kontrak
Tarikh tutup : 9 Disember 2011 (Jumaat)

Sila layari www.mycohort.gov.my ATAU emel ke alamat berikut ATAU datang sendiri ke pejabat untuk mendapatkan borang permohonan dan sebarang maklumat lanjut.

Hanya borang lengkap berserta 1 keping gambar berukuran pasport, 1 salinan Kad Pengenalan, 1 salinan Sijil Kelahiran, salinan sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitan sahaja akan dipertimbangkan. Hantarkan permohonan anda ke alamat berikut:-

Sekretariat The Malaysian Cohort
Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI)
Tingkat 7, Blok Klinikal, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur
(u.p Bahagian Pentadbiran/ perjawatan)
Tel : 03-91710415 Fax : 03-91710397

Emel : the_malaysian_cohort@yahoo.com.my

maklumat lanjut iklan jawatan dan borang permohonan jawatan kosong sila klik sini
Tag : , , , , , , ,
 
© info kerjaya | jawatan kosong 2013 | All Rights Reserved
D.I.Y Themes By Belajar SEO