Jawatan kosong terus ke email anda, daftar email anda dibawah :

Delivered by FeedBurner

JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG - KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA

on 28 February 2011

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia yang bertanggungjawab memajukan pergerakan Pertubuhan Peladang di seluruh negara mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:
  1. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI
  2. PEMBANTU AKAUNTAN
  3. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN
  4. PEMBANTU EHWAL EKONOMI
  5. JURUTEKNIK
CARA MEMOHON BAGI CALON-CALON LUAR LPP
Permohonan dari calon-calon luar LPP (termasuk yang sedang berkhidmat dengan kerajaan) hendaklah dibuat melalui Laman Web JobsMalaysia (Kementerian Sumber Manusia) di http://www.jobsMalaysia.gov.my. Semua permohonan tidak perlu dicetak/ di pos ke LPP.Setiap pemohon hanya boleh memohon satu (1) jawatan sahaja.
CARA MEMOHON BAGI PEKERJA LANTIKAN LPP
Permohonan dari kalangan “staff” LPP perlu mengisi “Borang Permohonan Perkerjaan” yang boleh didapati di laman web lpp: http://www.lpp.gov.my dan disertakan salinan sijil-sijil akademik/transkrip, kad pengenalan (yang disahkan), penama untuk rujukan serta sekeping gambar berukuran passport dan menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas penjuru kiri sampul surat serta menghantar borang pekerjaan tersebut terus ke alamat penuh Lembaga Pertubuhan Peladang Kuala Lumpur. Pemohon tidak perlu mendaftar di laman web JobsMalaysia.
TEMPOH PERCUBAAN
Semua lantikan ke jawatan seperti di atas dikehendaki melalui tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun dan boleh disahkan dalam perkhidmatan setelah lulus peperiksaan dan syarat syarat lain yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan jawatan berkenaan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 14 MAC 2011 (ISNIN)
SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI
Tag : ,

JAWATAN KOSONG DI PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN KOTA BHARU


JAWATAN : JURUTEKNIK KOMPUTER (FT17)

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah di hantar ke alamat berikut :
YANG MULIA
TUAN KETUA JAJAHAN
PEJABAT T ANAH DAN JAJAHAN
15000 JALAN HOSPITAL, KOT A BHARU
Sebelum atau pada : 14 MAC 2011

Arahan/peraturan:
1.Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gam bar berukuran passport, salinan kad pengenalan, surat beranak, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen/testimonial yang berkaitan.
2. Permohonan yang lewat atau tidak menurut peraturan di atas tidak akan dilayan.
3. Hanya calon-calon yang layak selepas saringan sahaja akan dipanggil temuduga.
4. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
 

SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI
Tag : ,

IKLAN JAWATAN KOSONG 2011 KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR MALAYSIA

IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi jawatan di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

JAWATAN
  1. Pembantu Am Pejabat Gred N1
  2. Pekerja Awam Gred R1
  3. Pekerja Awam Khas Gred R3
  4. Pemandu Kenderaan Gred R3
  5. Penghantar Notis Gred N3
CARA MEMOHON

(a)Permohonan hendaklah menggunakan Borang NRE 1/2011 dengan menyertakan bersama dokumen berikut :
(i) Salinan Surat Akuan Beranak;
(ii) Salinan Kad Pengenalan;
(iii) Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
(iv) Salinan Sijil Persekolahan;
(v) Sekeping gambar berukuran pasport yang terbaru (tidak dikembalikan) serta; dan
(vi) Sijil-sijil yang berkaitan.

(Nota : Semua salinan dokumen hendaklah disahkan)
(b) Calon-calon yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan memastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.

(c) Permohonan hendaklah menggunakan format Borang NRE 1/2011 yang asal serta boleh didapati terus di Kementerian atau Jabatan berkenaan. Borang salinan fotostat adalah dibenarkan.

(d) Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK tanpa diberi sebarang jawapan :
i) tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;
ii) tidak lengkap atau tidak terang;
iii) tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
iv) tidak ditulis nombor kad pengenalan;
v) tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat; dan
vi) tidak ditandatangani.
(e) Alamat Permohonan dan Tarikh Tutup:
(i)Sila kemukakan permohonan kepada: 
Ketua Setiausaha
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 9, Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
62574 PUTRAJAYA
(u.p.: Seksyen Perkhidmatan)
Tel : 03-88861277/03-88861299
(ii) Tarikh tutup : 31 Mac 2011
CATATAN AM
(a) Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga.
(b) Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.
(c) Segala perbelanjaan menghadiri temu duga adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.
(d) Calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang telah disahkan serta gambar berukuran passport semasa temuduga.
SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI
Tag : ,

JAWATAN KOSONG 2011 DI TH Travel & Services Sdn Bhd

on 27 February 2011

TH TRAVEL & SERVICES SDN BHD merupakan Syarikat Milik Penuh LEMBAGA TABUNG HAJI

Sebuah syarikat pelancongan yang berpestij, menawarkan ganjaran dan faedah yang kompetatif. Selaras dengan perkembangan syarikat, Calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:-

1. EKSEKUTIF KERJA AKAUN - PEJABAT WILAYAH UTARA (PULAU PINANG)

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
a) Memiliki Ijazah atau Diploma dalam bidang perakaunan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
b) Mempunyai dua (2) tahun pengalaman bekerja di dalam bidang berkaitan.
c) Mempunyai pengetahuan dalam bidang Percukaian Malaysia (Malaysian Taxation) dan piawaian FRS.
d) Berkemahiran penggunaan perisian Akaun, cth: Abacus/E-Travel
e) Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
f) Mempunyai sijil dan mahir dalam penggunaan program Microsot Office.
g) Seorang yang analatikal dan teliti dalam setiap perkara secara terperinci.
h) Mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi, berkemahiran berkomunikasi, disiplin yang tinggi, boleh bekerja lebih masa serta di bawah penyeliaan yang minimum.
i) Boleh bekerja dengan jadual yang ketat dan had waktu yang telah ditentukan.
PERMOHONAN

Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan RESUME yang lengkap beserta salinan sijil akademik, pengalaman kerja, sesalinan kad pengenalan dan sekeping gambar bersaiz passport tidak lewat daripada 28 Mac 2010 ke:-
PERKHIDMATAN SOKONGAN
TH TRAVEL & SERVICES SDN BHD
ARAS 24, MENARA TH SELBORN
153 JALAN TUN RAZAK
50400 KUALA LUMPUR
(u.p: Cawangan Sumber Manusia)
Email: rashdan@thts.com.my / norzafura@thts.com.my
Hanya calon yang telah disenarai pendek dan resume yg memikat sahaja akan dipanggil untuk temuduga.


SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI
Tag : , ,

20 SEBAB KENAPA LEPASAN SPM GAGAL MEMILIH KERJAYA

on 26 February 2011

Hari ini saya ingin berkongsikan dengan anda semua mengenai satu topik yang membuatkan adik-adik kita Lepasan SPM 2010 khususnya tertanya-tanya. Kenapa begitu ramai pelajar cemerlang GAGAL untuk mengikuti sebarang kursus kerjaya selepas SPM?

1) Ramai pelajar yang akur dan patuh dengan kehendak ibu bapa.
2) Ramai pelajar salah pilih kursus yang tepat dan bersesuaian.
3) Ramai pelajar yang tiada minat yang mendalam tentang sesuatu kursus.
4) Ramai pelajar yang kurang pendedahan tentang kerjaya selepas SPM.
5) Ramai pelajar gagal temuduga kerana tiada persiapan awal.
6) Ramai pelajar belum pernah menghadiri bengkel atau tiada pengalaman dalam ceramah kerjaya selepas SPM.
7) Ramai pelajar tidak faham tentang pernyataan hasrat kerjaya selepas SPM.
8) Ramai Pelajar dan guru serta ibu bapa tidak faham tentang meritokrasi.
9) Banyak pihak pandang sambil lewa sewaktu memilih kursus.
10) Kurang pendedahan tentang syarat kemasukan Universiti.
11) Ramai pelajar bincang sesama mereka yang tidak tahu apa-apa.
12) Guru-guru kerjaya masih tidak faham dan tidak cekap dalam menjelaskan aspek kerjaya selepas SPM.
13) Ramai pelajar yang berpandukan syarat minima dalam pemilihan.
14) Ramai pelajar yang pilih kursus tidak mengikut apa yang mereka minati.
15) Semua perlu ingat!! Kalau gagal dapat tempat kerjaya atau kursus.Rugi 1 tahun.
16) Ramai pelajar yang degil!! Tidak mahu mendengar pandangan orang lain.
17) Ramai pelajar pilih “U” yang ternama dan hebat sahaja.
18) Ramai pelajar tidak mahu pilih universiti yang jauh-jauh.
19) Ramai pelajar yang dibimbing oleh kakak dan abang yang tidak tahu.
20) Ramai pelajar lebih rendah ikut jejak pelajar lebih tinggi.

Itu adalah antara beberapa penyebab kegagalan anda dalam mengikuti sebarang kursus kerjaya selepas SPM. Insyallah jika perkara di atas dielak dan sentiasa bermuhasabah diri, anda terutamanya pelajar lepasan SPM akan berjaya!

Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini?
Dapatkan rujukannya di www.LepasanSPM.com

SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI
Tag : , ,

MASIH BELUM DAPAT KERJA ? RESUME MUNGKIN PUNCANYA

on 25 February 2011

Rakan saya Syed Faiz telah pun mengeluarkan satu ebook panduan yang bakal membantu anda jika anda masih lagi belum mendapat kerja walaupun dah banyak menghantar permohonan pekerjaan numun sehingga kini masih belum menerima sebarang panggilan kerja atau temuduga.

Mungkin kesilapan anda masih belum dipanggil temuduga sehingga kini adalah disebabkan oleh RESUME. Ya.. nampak macam kesalahan kecil kan ? tapi percayalah resume adalah tiket utama untuk mendapatkan kerja


Disebabkan itu beliau menulis sebuah panduan lengkap bagi mambantu pencari-pencari kerja menulis Resume dengan betul dan Memikat Ebook beliau yang bertajuk

RAHSIA MENULIS RESUME..

ok.. dalam ebook panduan ini nanti anda akan dijelaskan sejelas jelasnya berkenaan RESUME .. antaranya Apa tu resume? Bagaimana nak hantar resume?
Proses penapisan resume  Bagaimana nak tulis resume 99% berjaya dipanggil ke temuduga?  7 Teknik memikat << paling penting :)  Apa perlu ada dalam resume?  Selain resume, apa lagi patut saya buat untuk dapat kerja dan banyak lagi .. saya dah baca dan saya rasa ianya mmg lengkap setiap subtopik diterangkan dengan jelas dan mudah difahami

jika dah berpuluh resume anda hantar tapi masih belum dipanggil sebarang temuduga atau panggilan kerja.. saya pasti RESUME anda bermasalah anda ingin mendapatkan ebook ni sila layari http://www.resumekerja.com
Laporan Percuma Rahsia Resume Kerja Klik Sini
SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI
Tag : , , ,

JAWTAN KOSONG SEBAGAI PEGAWAI SYARIAH KERJAAN NEGERI KELANTAN (SPN KN)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut

JAWATAN : PEGAWAI SYARIAH

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
Gred LS41
P1 T1 RM1989.45 - P1 T24 RM4700.07
P2 T1 RM2085.46 - P2 T24 RM4982.51
P3 T1 RM2185.65 - P3 T24 RM5274.82
CARA MEMOHON DAN TARIKH TUTUP :

Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang SPN KN. 1 yang boleh didapati di pejabat ini dengan harga RM1.00. Sila hantarkan permohonan anda ke alamat berikut :-
SETIAUSAHA
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI
KELANTAN
TINGKAT BAWAH, BLOK 6 KOTA DARULNAIM
15503 KOTA BHARU.
Sebelum atau pada : 01 MAC 2011
SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI
Tag : ,

JAWATAN KOSONG 2011 DI MAJLIS PEMBANDARAN KUATAN (MPK)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap bagi jawatan-jawatan berikut. Keutamaan akan diberi kepada rakyat negeri Pahang Darul Makmur

1. PEGAWAI PENGUATKUASA N41
2. ARKITEK J41
3. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
5. PENOLONG JURUTERA J29
6. PENOLONG AKAUNTAN W27
7. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W27
8. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
9. PEMBANTU PENGUATKUASA N17
10. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17
11. PEMBANTU AKAUNTAN W17
12. PEMBANTU PENILAIAN W17
13. JURUTEKNIK (MEKANIKAL) J17
14. JURUTEKNIK J17
15. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA J17
16. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U17
17. PENGHANTAR NOTIS N3
18. PENYELAMAT N1
19. PEMBANTU AM PEJABAT N1
20. PERKERJA AWAM R1
21. PEMANDU R3
22. TUKANG K3 R9
23. PENGAWAL KESELAMATAN KP11


Maklumat lengkap mengenai iklan ini boleh didapati dengan melayari laman sesawang MPK: http://www.mpk.gov.my

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah menggunakan Borang MPK/PERJ.1 yang boleh dimuat turun di
laman web MPK atau hadir sendiri ke Ibu Pejabat MPK, Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan.

ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP
Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut:-
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN
JALAN TANAH PUTIH
25100 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
Sebelum atau pada 2 Mac 2011.
 
Permohonan berikut akan DITOLAK
(i) Tidak lengkap atau tidak terang.
(ii) Tidak mematuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan di dalam skim perkhidmatan.
(iii) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat.
(iv) Tidak ditandatangani.
UMUR PADA TARIKH IKLAN DITUTUP
(a) Calon-calon yang dilantik terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun.
(b) Calon-calon bagi lantikan kenaikan pangkat secara lantikan hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
CATATAN AM
(a) Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk di temu duga.
(b) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
(c) Pemohon yang pernah membuat permohonan pada iklan-iklan yang lalu dinasihatkan mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.
SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI
Tag : ,

JAWTAN KOSONG JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR SEBAGAI PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR - IKLAN JAWATAN KOSONG

1. JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S27
(Pegawai Penyelaras Masjid Daerah)

2. KLASIFIKASI PERKHIDMATAN

Jawatan S27 : Perkhidmatan Sosial

3. JADUAL GAJI
Jawatan Gred S27 : P1T1: RM1204.55 - P1T26:RM3027.10
P2T1: RM1274.13 - P2T26:RM3213.25
P3T1: RM1346.73 - P3T26:RM3405.26
4. TARAF JAWATAN : KONTRAK
5. UMUR (Pada tarikh iklan ditutup)
(a) Calon-calon lantikan terus mesti tidak kurang dari 18 tahun.
(b) Bekas Anggota Tentera atau Polis yang telah menamatkan perkhidmatan
dengan baik hendaklah tidak melebihi 45 tahun.
6. WARGA NEGARA MALAYSIA

7. SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a)
(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab; atau
(ii) Syahadah Institut Tahfiz dan Latihan al-Quran daripada Maahad Tahfiz Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S27:P1T5); atau
(iii) Diploma dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajiaan tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S27:P1T5);

dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

8. CARA MEMOHON

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Untuk Jawatan Kontrak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS-BPN.1) yang boleh diperolehi di alamat Bahagian Khidmat Pengurusan/Unit Sumber Manusia JAIS Tingkat 1, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, No. 2, Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5, 40676 Shah Alam, Selangor.

(b) Semua Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan Kad Pengenalan, salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa dan salinan Sijil Kelahiran serta Sijil-Sijil Persekolahan yang berkaitan.

(c) Permohonan hanya dibuka untuk anak Selangor atau bermastautin melebihi 15 tahun disertakan surat pemastautin.

(d) Semua salinan sijil hendaklah diakui sah.

(e) Permohonan yang berikut akan ditolak :-
(i) Tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan
(ii) Tidak lengkap atau tidak terang.
(iii) Tidak memenuhi syarat- syarat kelayakan.
(iv) Tidak besertakan gambar.
(v) Tidak ditandatangani.
9. ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP
(a) Permohonan hendaklah sampai kepada:
PENGARAH
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR,
TINGKAT 1, MENARA SELATAN,
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH,
NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK,
SEKSYEN 5, 40676 SHAH ALAM.
Sebelum atau pada 2 MAC 2011.
(b) Hanya calon-calon yang memenuhi syarat-syarat permohonan serta disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi untuk sesi temuduga. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan ini ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI
Tag : ,

JAWATAN KOSONG 2011 DI MPSJ

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun keatas untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. PEGAWAI PERUBATAN UD41 - TETAP - KEKOSONGAN 1
2. PENOLONG JURUKUR BAHAN J29 -KONTRAK -1
3. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29 -KONTRAK -1
4. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17- KONTRAK- 2
5. PEMBANTU PENGUATKUASA N17 -KONTRAK- 5
6. PEMBANTU PERTANIAN G17 -KONTRAK-1
7. PEMBANTU AKAUNTAN W17 -TETAP -1
8. PEKERJA AWAM R1- KONTRAK -4


CARA MEMOHON.

a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong yang boleh didapati di Kaunter Informasi Aras 1 Majlis Perbandaran Subang Jaya atau boleh didapati melalui internet: www.mpsj.gov.my.

b) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan:-
i) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.
ii) Salinan Sijil-Sijil Persekolahan yang telah disahkan dari salinan asal.
iii) Salinan Kelulusan Akademik (sila sertakan surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil / diploma / ijazah dari IPTS dan luar negara- (jika
yang berkenaan).
iv) Transkrip keputusan peperiksaan semua semesta – (jika yang berkenaan).
v) Sekeping Gambar ukuran pasport (Warna).
vi) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas kiri sampul surat permohonan.
c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan Mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21.

PENTING :
i) Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi akan ditolak.
ii) Hanya calon yang ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.
iii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3
bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka
tidak berjaya.
iv) Sebarang tuntutan perbelanjaan adalah tanggungjawab pemohon sendiri
d) Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :-
YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA,
PERSIARAN PERPADUAN, USJ 5,
47610 SUBANG JAYA.
(u.p. : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)
KEUTAMAAN KEPADA RAKYAT NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 03 MAC 2011 (KHAMIS)

SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI
Tag : ,

JAWATAN KOSONG PEMBANTU TADBIR DI MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Anak Negeri Melaka) untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) seperti berikut :

JAWATAN : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
JUMLAH KEKOSONGAN : 2 kekosongan
TARAF JAWATAN : KONTRAK
JADUAL GAJI (Gred N17) : P1T1 RM820.38- P1T24 RM2151.35


SYARAT LANTIKAN

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

i. Warganegara Malaysia;
ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan;
iii. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

LAIN-LAIN SYARAT

Syarat lantikan :

i. Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer.
ii. Calon hendaklah berumur 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

CARA MEMOHON :


i. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan 1/2001 yang boleh didapati dari Majlis Agama Islam Melaka, Aras 1, Kompleks Majlis Agama Islam Melaka, Bukit Palah, 75400 Melaka dengan bayaran RM 2.00 setiap satu.

ii. Permohonan hendaklah disertakan dengan sesalinan sijil-sijil kelayakan dan dokumen yang disahkan. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan akan ditolak.

iii. Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan salinan kenyataan perkhidmatan yang telah dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) terkini dan dihantar melalui majikan masing-masing. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah di tulis NAMA JAWATAN yang dipohon

i. Alamat permohonan dan tarikh tutup permohonan :
Setiausaha,
Majlis Agama Islam Melaka,
Kompleks Majlis Agama Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400
Melaka.

(u.p. Unit Sumber Manusia MAIM)
Tarikh Tutup Permohonan : 11 Mac 2011 (Jumaat) 

 
SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI
Tag : ,

IKLAN JAWATAN KOSONG KERAJAAN NEGERI KELANTAN (SPN KN) SEBAGAI PENGAWAL KESELAMATAN KP11

on 24 February 2011

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan
berikut ::-
  1. JAWATAN : PENGAWAL KESELAMATAN KP11
CARA MEMOHON DAN TARIKH TUTUP :

Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang SPN KN. 1 yang boleh didapati di pejabat ini dengan
harga RM1.00.

Sila hantarkan permohonan anda ke alamat berikut :-
SETIAUSAHA
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI
KELANTAN
TINGKAT BAWAH, BLOK 6 KOTA DARULNAIM
15503 KOTA BHARU.
Sebelum atau pada : 01 MAC 2011

IKLAN JAWATAN KOSONG

SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI
Tag : ,

JAWATAN KOSONG DI PERBADANAN BINTULU (BDA) MAC 2011

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan kurang dari 54 tahun pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan berikut di Lembaga Kemajuan Bintulu.

1 : PENOLONG JURUTERA GRED J29 (BIDANG UKUR BAHAN)
2 : PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U17
3 : PEMBANTU PERTANIAN GRED G17JAWATAN 4 : TUKANG K3 GRED R9 (TUKANG KAYU)

Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(i) Tamat Tingkatan III sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan; atau
(ii) Pekerja-pekerja dalam perkhidmatan Pekerja Rendah Awam, Pekerja Rendah Awam Khas, Pemandu Kenderaan Bermotor, Operator Loji dan Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah yang telah disahkan dalam perkhidmatan;
2.
(i) Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ; ATAU
(ii) Lulus Ujian Kemahiran dalam bidang ketukangan yang berkenaan (sama ada yang mempunyai atau tidak mempunyai piawaian MLVK) yang dijalankan atau diperaku oleh ketua perkhidmatan sebagai setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/ Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2.
(Gaji permulaan ialah pada Gred R9: P1T2); DAN
(iii) Berumur kurang dari 54 tahun dari tarikh lantikan.
3. Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
Perhatian:-
(a) Borang permohonan dan maklumat lanjut boleh diperolehi/dimuat turun melalui laman web BDA: www.bda.gov.my
(b) Sekiranya tidak ada maklumbalas dari kami selepas tempoh 3 bulan, sila anggap permohonan anda tidak berjaya.
(c) Pegawai yang dilantik sementara akan diserap ke jawatan tetap tertakluk kepada rekod prestasi tahunan.
Sila hantar permohonan ke alamat di bawah sebelum atau pada 04 MAC 2011
PENGURUS BESAR
LEMBAGA KEMAJUAN BINTULU
IBU PEJABAT
WISMA BINTULU
NO.1, JALAN KIDURONG,
PETI SURAT 55
97007 BINTULU
(U.P.: SEKSYEN PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA)
SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI
Tag : ,

JAWATAN KOSONG 2011 DI PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS (PKENPs)

Permohonan adalah dipelawa dari warganegara Malaysia untuk mengisi jawatan-jawatan berikut :-

(i) Pegawai Tadbir N41
(ii) Penolong Jurutera J29
(iii) Penolong Pegawai Tadbir N27
(iv) Setiausaha Pejabat N27
(v) Pembantu Tadbir (P/O) N17
(vi) Pegawai Khidmat Pelanggan N17
(vii) Pembantu Tadbir (Kewangan) W17


Taraf Jawatan : Tetap
Keutamaan akan diberi kepada anak tempatan yang fasih bertutur dan mahir
menulis dalam Bahasa Inggeris.
Borang permohonan boleh didapati dengan muat turun web rasmi PKENPs http://www.pkenps.gov.my . 

Permohonan hendaklah sampai kepada :
Pengurus Besar
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis
(PKENPs)
173-191, Taman Kemajuan
Jalan Raja Syed Alwi
01000 Kangar, Perlis.
TARIKH TUTUP :- Pada atau sebelum 07 Mac 2011 .

Bagi Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun yang sedang Berkhidmat, pemohon hendaklah melalui Ketua Jabatan masing masing.
  • Tempoh Percubaan : Calon-calon yang dilantik adalah dikehendaki dalam percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
  • Peperiksaan : Calon-calon mesti menduduki peperiksaan perkhidmatan dalam tempoh percubaan.
SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI
Tag : ,

JAWATAN KOSONG DH41 DI MRSM BALING

1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41

Guru Sambilan untuk Tempoh 3 Bulan

Syarat Kelayakan:

Sekurang-kurangnya mempunyai IJAZAH of Mathematics, General ATAU; IJAZAH of Education

Tempat Kerja :
Negeri : KEDAH
Daerah : BALING

Gaji Ditawarkan : RM 1500

Tarikh Tutup Permohonan Pada 15 April 2011

Untuk Membuat Permohonan hendaklah melalui Portal : www.jobsmalaysia.gov.my

Info: Untuk mencari jawatan ini hendaklah melalui ruang Carian Segera dengan menggunakan kata kunci Maktab untuk mendapatkan ketepatan carian jawatan ini.

SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI
Tag : ,

IKLAN JAWATAN KOSONG DI MAJLIS AGAMA ISLAM PULAU PINANG (mainpp)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
  1. Jawatan : PEMBANTU UNDANG-UNDANG GRED L29
CARA MEMOHON

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan di dalam Perkhidmatan di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang boleh diperolehi secara PERCUMA melalui laman web. www.mainpp.gov.my.

(b) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm.

(c) Permohonan yang berikut akan ditolak:-
i) Tidak menggunakan borang permohonan jawatan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
(ii) Tidak disertakan gambar atau salinan dokumen yang diperlukan.
(iii) Tidak lengkap atau tidak terang.
(iv) Salinan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak disahkan oleh Pegawai yang berkelayakan.
(v) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
(iv) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat; dan
(iiv) Tidak ditandatangani.
PERMOHONAN HENDAKLAH DISAMPAIKAN KEPADA;
Setiausaha,
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang,
Tingkat 8 & 9, Menara UMNO
No.128, Jalan Macalister
10400 PULAU PINANG
pada atau sebelum 04 Mac 2011.
SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI
Tag : ,

JAWATAN KOSONG FEBRUARI 2011 DI PERBADANAN PULAU PINANG

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan yang tersebut di bawah:-

Jawatan : Pegawai Tadbir (Gred N41) – Tetap

Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran & Sokongan
Kumpulan : Pengurusan Dan Profesional
Jadual Gaji :
P1T1 RM1,690.28 – P1T27 RM4,640.28
P2T1 RM1,784.90 – P2T27 RM4,918.55
P3T1 RM1,883.70 – P3T27 RM5,220.62
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM300.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM250.00
Bantuan Sara Hidup : RM300.00
Kekosongan : 1

KELAYAKAN

(i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T3); atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T4) ; dan

(iv) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT-SYARAT UMUM BAGI JAWATAN DI ATAS

(a) Had Umur: berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b) Penaklukan Di Bawah Syarat Skim Perkhidmatan: Calon-calon yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat dari masa ke semasa.

CARA MEMOHON

(a) Borang permohonan boleh didapati daripada:-
Pengurus Kanan
Bahagian Khidmat Pengurusan
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
No. 1, Pesiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Tel: 04-6340111 Fax: 04-6448111
dengan bayaran tunai RM1.00 atau dalam bentuk Wang Pos RM1.00 (bayar kepada: PDC) dengan mengemukakan sampul surat berukuran 23sm x 11sm bersetem 50 sen dan beralamat sendiri.
(b) Pemohon-pemohon boleh juga menggunakan Borang Permohonan yang boleh didapati dengan melayari Portal PDC di alamat berikut: http://www.pdc.gov.my

(c) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil-sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan.

(d) Calon-calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan-Badan Berkanun/Kerajaan Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing.

(e) Tarikh tutup permohonan ialah pada 28 Februari 2011. Borang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup akan ditolak.

(f) Permohonan hanya dibenarkan bagi calon-calon yang mempunyai kelayakan sebagaimana
disyaratkan sahaja.

(g) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(h) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh enam (6) bulan selepas dari tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI
Tag : ,

KEKOSONGAN JAWATAN DI LEMBAGA PELABUHAN KELANG

on 23 February 2011

LEMBAGA PELABUHAN KELANG mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berdedikasi, bermotivasi tinggi, bertanggungjawab terhadap tugas dan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:

1. PENOLONG AKAUNTAN GRED W27 (KONTRAK)
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27 (KONTRAK)
3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 (TETAP)
4. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17 (TETAP/KONTRAK)


Cara Memohon :

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong yang boleh diperolehi dari Jabatan Sumber Manusia, Lembaga Pelabuhan Kelang, Beg Berkunci 202, Jalan Pelabuhan Utara, 42005 Pelabuhan Klang atau boleh didapati dengan mencetaknya melalui laman web rasmi LPK iaitu www.pka.gov.my.

(b) Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan/Badan Berkanun/Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta dengan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Terkini, Penyata Perkhidmatan dan Penyata Cuti yang kemaskini.

(c) Salinan sijil-sijil akademik, transkrip, pengiktirafan kelayakan JPA, kad pengenalan, sijil kelahiran dan dokumen berkaitan yang telah disahkan hendaklah disertakan bersama-sama dengan borang permohonan.

(d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

Pengurus Besar,
Lembaga Pelabuhan Kelang,
Beg Berkunci 202, Jalan Pelabuhan Utara,
42005 Pelabuhan Klang.
[u.p. Pengurus (Sumber Manusia)].

Tarikh Tutup Permohonan Pada 04 MAC 2011.

Tag : ,

JAWATAN KOSONG DI PENTADBIRAN NEGERI PERLIS

Permohonan Adalah Dipelawa Kepada Warganegara Malaysia, Anak Negeri Perlis Yang Berkelayakan Bagi Mengisi Kekosongan Jawatan Sepefti Berikut Di Pentadbiran Negeri Perlis.

Jawatan : Tukang K2
Klasifikasi: Perkhidmatan Mahir/Separuh MahirfFidakMahir
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Gred lawatan : R1l
Jadual Gaji :
P1 T1 RM 892.54 - P1 T15 RM 1647.28
PZTL RM 94B.OB - P2 T15 RM 1725.64
P3 T1 RM 1005.25 - P3 T15 RM 1805.63
KELAYAKAN

(i) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c)(i) tamat Tingkatan III sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan; atau
(ii) pekerja-pekerja dalam perkhidmatan Pekerja Awam, Pekerja Awam Khas, Pemandu Kenderaan, Operator Loji dan Pemandu/Operator Jentera Pemunggah yang telah disahkan dalam perkhidmatan;

(d)(i) mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam
bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiKiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

(b) lulus Ujian Kemahiran dalam bidang ketukangan yang berkenaan (sama' ada yang mempunyai atau tidak
mempunyai piawaian MLVK) yang dijalankan atau diperaku oleh ketua perkhidmatan sebagai setaraf dengan
Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Peftengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2;

(e) berkebolehan beftutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan   
(ii) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Tukang K3 adalah layak dipertimbang oleh Pihak
Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Tukang K2 Gred R11, teftakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(d) di atas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan;
CARA MEMBUAT PERMOHONAN

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang SUK.Ps.(PSM).1 (Pin.2011)
yang boleh didapati di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
(b) Semua permohonan hendaklah diseftakan dengan:
(i) Sijil-Sijil Persekolahan dan sekeping gambar berukuran passport.
(ii) Permohonan hendaklah di hantar dalam sampul surat berukuran
32 sm x 23 sm.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan ialah pada 28 Februari 2011.


ALAMAT PERMOHONAN
Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
(Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri
Persiaran Wawasan
O1OOO KANGAR

SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI
Tag : ,

JAWATAN KOSONG DI SYARIKAT AIR TERENGGANU (SATU) 2011

Kami merupakan satu-satunya Syarikat yang diberi lesen membekalkan air bersih kepada semua pelanggan domestik dan industri di Negeri Terengganu Darul Iman. Dalam usaha memantapkan lagi pengurusan organisasi, Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. mempelawa pemohon-pemohon daripada WARGANEGARA MALAYSIA RAKYAT NEGERI TERENGGANU yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

1. PEGAWAI (TEKNIKAL) GRED SG2T
2. PENOLONG PEGAWAI, AGIHAN (JURUGEGAS) GRED SG3T
3. PENOLONG PEGAWAI, PENGELUARAN (OPERATOR LOJI) GRED SG3T
4. PEN. PEGAWAI, KHIDMAT PELANGGAN (PEMBACA METER AIR) GRED SG3


SEMUA JAWATAN BERTARAF KONTRAK DAN HANYA TERBUKA KEPADA PEMOHON LELAKI SAHAJA

Cara Memohon:

1. Borang permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman web www.satuwater.com.my

2. Borang permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :-
i. Gambar berukuran pasport (warna)
ii. Salinan sijil kelahiran dan kad pengenalan yang disahkan.
iii. Salinan sijil kelulusan akademik yang disahkan.
iv. Salinan lesen memandu berkaitan yang disahkan.
v. Salinan kad pengenalan bapa sekiranya pemohon lahir di luar Terengganu yang disahkan.
vi. Sijil Kerakyatan Negeri Terengganu, jika bapa dan pemohon lahir di luar Negeri Terengganu yang disahkan.
vii. Salinan dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang disahkan, jika ada.
3. Permohonan daripada Pegawai-pegawai Kerajaan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perkara 21.

4. Hanya borang permohonan yang lengkap diisi beserta kesemua dokumen-dokumen di para 2 sahaja yang akan diproses.

5. Hanya calon yang berkelayakan selepas tapisan dan lulus Peperiksaan Khas SATU sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

6. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup permohonan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

7. Nama Jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :-
Ketua Pegawai Eksekutif
Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd.
Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu
(U.P. Bahagian Perkhidmatan Korporat II)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 10 MAC 2011
SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI
Tag : ,

KEKOSONGAN JAWATAN DI INSTITUT INTERGRITI MALAYSIA (IIM)

Institut Integriti Malaysia (IIM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun semasa iklan ditutup serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut:

1. SETIAUSAHA PEJABAT GRED IIM 27 T1
2. PEMBANTU TADBIR (PEKERANIAN/OPERASI) GRED IIM 17 T1

Cara Memohon:

a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang (IIM/AD15 Pind.2011) yang boleh diperoleh di laman rasmi IIM www.iim.com.my.

b) Semua permohonan hendaklah disertakan salinan sijil/dokumen sokongan, salinan kad pengenalan yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) dan dihantar kepada:
Presiden
Institut Integriti Malaysia (IIM)
Menara Integriti
Persiaran Duta Off Jalan Duta
50480 Kuala Lumpur
(u.p : Pengurus Sumber Manusia)
c) Sila tuliskan Nama Jawatan Yang Dipohon di sebelah atas kiri sampul surat permohonan.

d) IIM berhak menolak pemohon yang mengemukakan permohonan yang tidak lengkap dan sebarang rayuan adalah tidak dilayan.

Tarikh Tutup Permohonan Pada 15 Mac 2011.

Tag : ,

SISTEM PERMOHONAN JAWATAN (SPJ) SECARA ONLINE JPM

on 22 February 2011

Senarai jawatan yang boleh dipohon melalui sistem ini ialah:
  1. Pengawal Keselamatan KP11
  2. Pemandu Kenderaan R3
  3. Penghantar Notis N3
  4. Pekerja Awam R1
  5. Pembantu Am Pejabat N1
Pemohon juga wajib mempunyai emel yang sah untuk membuat permohonan.
Permohonan bagi jawatan-jawatan seperti Pemandu Kenderaan (R3), Penghantar Notis (N3), Pekerja Awam (R1), dan Pembantu Am Pejabat (N1) dihentikan sementara sehingga dimaklumkan kelak. Sebarang pertanyaan sila hantar emel kepada spj@pajpm.gov.my.

UNTUK MEMOHON LAYARI http://spj.jpm.gov.my:8080/
TARIKH TUTUP : TERBUKA


Tag : ,

CARA MENULIS RESUME DENGAN BETUL DAN MEMIKAT

Menulis resume memanglah mudah tetapi untuk jadikan ianya memikat agak sukar jika anda tidak tahu caranya. Mencipta resume tanpa perancangan akan menghasilkan sebuah resume yang kucar-kacir jadinya. Oleh itu, anda perlukan bantuan dan sedikit tips bagaimana menjadikan resume anda benar-benar mantap. Mantap dalam perspektif ini adalah, bakal majikan anda seolah-olah dikunci oleh anda. Apa yang anda muatkan di dalam resume anda, bakal majikan tiada alasan untuk menolak resume anda. Inilah yang anda perlukan sebenarnya jika anda sedang mencari pekerjaan iaitu – resume memikat gaya majikan.

Apakah yang dimaksudkan memikat tu?

Baiklah, memikat yang saya maksudkan ini adalah keseluruhan isi kandungan resume anda memenuhi citarasa dan mesra majikan. Walaupun resume anda baru sahaja di semak sambil lalu, tetapi bakal majikan tidak sabar-sabar untuk memanggil anda ke temuduga. Ia seolah-olah jawatan yang anda mohon itu memang disediakan untuk anda. Resume anda pada pandangan majikan menggambarkan diri anda yang sebenar.

Cuba anda lihat, anda meletakkan pertaruhan diri anda ke dalam sehelai kertas…menulis segala informasi yang berkaitan diri anda seperti pencapaian dan tahap pengajian anda. Anda tambahkan lagi dengan elemen-elemen memikat di dalam resume anda. Jika bakal majikan melihat resume anda, kebarangkalian beliau menolak resume anda adalah rendah. Inilah sasaran anda sebenarnya, untuk meyakinkan bakal majikan buat pertama kalinya. Setelah anda berjaya meyakinkan bakal majikan, beliau akan tertarik dengan anda dan berminat untuk mengetahui anda dengan lebih lanjut. Disinilah akan timbulnya panggilan ke temuduga. Untuk ke temuduga, resume anda yang perlu ditonjolkan dahulu. Melalui resume bakal majikan akan dapat menilai siapakah anda. Oleh itu, penting sekali untuk anda memberi tumpuan untuk menghasilkan satu resume yang benar-benar mantap dan mesra majikan.



Resume anda akan berlainan dengan resume orang lain. Resume anda, andalah yang berhak untuk memenuhi kesemua ruang di dalamnya. Cara anda mempromosikan diri melalui resume itulah yang perlu anda fokuskan. Anda di ibaratkan sebagai seorang ajen yang ingin menjual produk anda kepada bakal pelanggan. Produk yang saya maksudkan disini adalah resume anda dan bakal pelanggan yang saya maksudkan ini merujuk kepada bakal majikan anda. Untuk memikat bakal pelanggan anda, cara promosikan produk tersangatlah penting. Hal ini dapat memastikan produk anda terjual. Walau sehebat mana sekalipun produk anda tetapi tiada usaha untuk promosikan produk anda, agak sukar untuk anda lakukan jualan walaupun satu produk.

Sebagai kesimpulan, resume yang hebat ditambah pula anda muatkan unsur memikat di dalamnya akan menaikkan rating untuk resume anda dipilih ke temuduga. Akan tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu rahsianya. Rahsia yang akan membuatkan bakal majikan terkunci dengan resume anda. Saya yakin anda mampu lakukan yang terbaik demi masa depan anda. Resume yang Hebat akan membantu anda mendapat pekerjaan yang HEBAT :)
Tag : ,

JAWATAN KOSONG 2011 DI MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK (MAIPk)

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada RAKYAT DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan beragama Islam yang berkelayakan, untuk memohon kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPK) bagi jawatan berikut:
  1. Penolong Pegawai Sistem Maklumat (Kontrak)
  2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) (KontraK)
  3. Pembantu Tadbir Kewangan (Kontrak)
  4. Juruteknik Komputer (Kontrak)
  5. Guru Al-Quran (Kontrak)

CARA MEMOHON
  • Pemohon hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan (MAIPk Pind 1/2007) yang boleh didapati melalui laman web http://www.maiamp.gov.my atau dengan mengambil sendiri di kaunter Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan atau mengirim sampul surat berukuran 23 sm x 10 sm beralamat sendiri bersetem 0.50 sen.
  • Pemohon dalam perkhidmatan kerajaan / Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah memajukan borang permohonan
  • melalui ketua jabatan masing-masing dengan melampirkan Laporan Sulit dan Penyata Perkhidmatan yang terkini mengikut
  • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.
  • Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan / surat beranak, sijil
  • berhenti sekolah, sijil persekolahan dan dokumen-dokumen lain berkaitan yang telah disahkan.
  • Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 4 MAC 2011 (JUMAAT) ke alamat berikut:-
Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
  • Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
  • Permohonan-permohonan yang tidak memberi keterangan lengkap di dalam borang yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.
  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
  • Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


Tag : ,

JAWATAN KOSONG DI JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA 2011

on 21 February 2011

JAWATAN KOSONG  DI JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA 2011

Nama Jawatan : Penolong Pegawai Perangkaan (E27)

Keterangan Kekosongan :

Status Jawatan Kosong : Kontrak
Bilangan Kekosongan : 19

Nama Jawatan : Pembantu Perangkaan (E17)

Keterangan Kekosongan :

Status Jawatan Kosong : Kontrak
Bilangan Kekosongan : 270

PERMOHONAN ADALAH SECARA ONLINE DI www.jobsmalaysia.gov.my

Tarikh Tutup Permohonan :01 Mac 2011

Tag : ,

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan adalah seperti berikut :-

1. JURU AUDIT W41 1
2. PEGAWAI LATIHAN (GURU BAHASA INGGERIS) E41 1
3. PENOLONG JURUTERA J29 1
4. PENGAWAL KESELAMATAN KP11 1

Syarat-syarat lantikan beserta maklumat lanjut boleh diperolehi melalui laman web MAIWP di
http://www.maiwp.gov.my

Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Perjawatan MAIWP/BKP/BP/08 yang boleh
diperolehi dengan melayari laman web MAIWP juga boleh didapati sendiri di Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan (MAIWP), Tingkat 1, No. 150, Bangunan PERKIM, Jalan Ipoh, 51200
Kuala Lumpur.

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)
ARAS 10, BANGUNAN PERKIM
NO. 150, JALAN IPOH
51200 KUALA LUMPUR
TARIKH TUTUP : SEBELUM ATAU PADA 4 MAC 2011

TARIKH TUTUP SEBELUM ATAU PADA : 4 MAC 2011

Borang Perjawatan
borang_perjawatan2011.pdf (

Tag : ,

JAWATAN KOSONG DI FINAS

Jawatan Kosong di FINAS

Sejajar dengan tanggungjawab sebagai pemangkin kepada kecemerlangan industri perfileman Malaysia, FINAS berusaha melaksanakan pelbagai transformasi untuk melangkah ke Persada Dunia. Bagi memenuhi matlamat tersebut, FINAS menjemput warganegara Malaysia yang berkelayakan, berpengalaman dan berminat dalam bidang perfileman serta berdedikasi bagi mengisi kekosongan jawatan yang bertaraf tetap seperti berikut:

PENGAMBILAN SECARA TETAP

1. PENOLONG AKAUNTAN – W27

(a) Jawatan : JURUTERA – J41
(b) Taraf Jawatan : Tetap
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Kewangan
(e) Gred dan Jadual Gaji :Gred W27

P1T1 RM 1209.09 – P1T26 RM 3031.64
P2T1 RM 1278.67 – P2T26 RM 3217.79
P3T1 RM 1351.27 – P3T26 RM 3409.80

Syarat Lantikan
(f) warganegara Malaysia
(g) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
(h)
 i. Diploma dalam bidang Pengajian Perdagangan, Pengajian Bank atau Pengajian Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W27: P1T5); atau
ii. Licentiate of Chartered of Secreataries and Administrator of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W27: P1T8);
iii. (i) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Pembantu Akauntan adalah layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Akauntan Gred W27, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;

(a) Mempunyai kelayakan salah satu di para h (i) dan (ii) di atas ; atau
(b) Lulus peperiksaan Khas; dan
(c) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) - N17


(a) Jawatan : PEGAWAI TADBIR – N41
(b) Taraf Jawatan : Tetap
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran & Sokongan
(e) Gred dan Jadual Gaji : Gred N17

P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 – P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 – P3T24 RM2397.95

Syarat Lantikan


(f) Warganegara Malaysia
(g) (g) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(h)
i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T1); atau
ii. Sijil Perancang Bandar dan Wilayah daripada UITM yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T6); atau
iii. Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setarafdengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T8); atau
iv. Sijil dalam bidang Kejuruteraan Ukur Tanah atau Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T9);
(i) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan


Pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah adalah layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;

(a) Mempunyai kelayakan salah satu di para h (i), (ii), (iii) dan (iv) di atas; atau
(b) Lulus Peperiksaan Khas dan
(c) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

CARA MEMOHON


(a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang PKFNM 1/96 yang boleh diperolehi secara percuma dari Unit Pengurusan Sumber Manusia, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor (Tel: 03-41041300) atau dari laman web http://www.finas.gov.my. Borang salinan pendua boleh digunakan.

(b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan 'resume' dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Semua salinan dokumen mesti disahkan.

ALAMAT DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN

(a) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan dialamatkan kepada :

Ketua Pengarah
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor
(u.p.: Unit Pengurusan Sumber Manusia)

(b) Tarikh tutup: 7 Mac 2011


CATATAN AM

(a) Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
(b) Segala perbelanjaan bagi menghadiri temuduga jawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.
(c) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan/maklumat selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Borang Permohonan Jawatan di FINAS

Tag : ,

TIPS PERNIAGAAN EBOOK

on 19 February 2011

Tag : ,

CAREER OPPORTUNITIES IN SIRIM BERHAD 2011

on 18 February 2011

CHALLENGING CAREER OPPORTUNITIES IN SIRIM BERHAD

SIRIM Berhad is a well-established corporate entity responsible to lead and enhance technology and quality in Malaysia. We urgently seek qualified and dynamic professionals who are ready for a challenging career to join us as:

PRODUCT CERTIFICATION AND INSPECTION DEPARTMENT

A. CERTIFICATION SPECIALIST (1 vacancy) Code: SGMPCI 25-1

i) Responsibilities:

1. To develop new schemes related to Product Certification and Inspection Services.
2. To effectively manage the creation of new business opportunities and development of new schemes related to Product Certification Schemes and Inspection Services.

ii) Basic Requirement:

Degree in Mechanical / Electrical / Material / Civil / Chemical Engineering preferably with more than 15 years working experience in certification and inspection. Candidates must have excellent knowledge in accreditation requirements and high ability to develop new product certification and inspection schemes.

iii) Additional requirement:

1. Ability to manage project team.
2. Able to work under minimum supervision.
3. Technically sound in various categories of consumers and industrial products and inspection services.

B. CERTIFICATION EXECUTIVE (1 Vacancy) Code: CMCS 20-1

i) Responsibilities:

To process and evaluate applications and recommend for approval for certification, to produce quality certification report and to supervise the process of issuance of import permit for communication products.

ii) Basic Requirements:

Degree in Communication / Electronics Engineering / Telecommunication / Multimedia. Working experience in the related field is an added advantage.

C. EXECUTIVE (1 vacancy) Code: TECS 20-1

i) Responsibilities:

To prepare, maintain, review and update all the quality manuals, procedures, documents and records related to accreditation To maintain and extend new scope of accreditation to ISO/IEC Guide 65 for all Product Certification activities and ISO/IEC 17020 for Inspection activities. To arrange and facilitate accreditation audits from accreditation bodies and monitor corrective actions taken and implemented by respective Sections after raised by accreditation bodies.

ii) Basic Requirements:

Degree in Science or Engineering with 2-3 years working experience in quality assurance related activities. Good oral and written communication skills in both English and Bahasa Malaysia.

iii) Additional Requirements:

1. Knowledge and understanding of standards used for Product Certification and Inspection activities.
2. Knowledge in standards/guidelines for accreditation of Certification and Inspection bodies (ISO/IEC Guide 65 and ISO/IEC 17020).
3. Knowledge in conformity assessment principles and procedures.

CORPORATE SERVICES DEPARTMENT

A. SENIOR EXECUTIVE (4 vacancies) Code: SMBD 21/22-4

i) Responsibilities:
To organize and manage the sales, marketing and business development activities of SIRIM QAS International Sdn Bhd.

ii) Basic Requirement:

Degree in Marketing / Business Administration / Management / Economics / Civil Engineering / Mechanical Engineering / Science with minimum of 3 years working experience in sales / &nbspmarketing / business development preferably in the business of conformity assessment.

B. SENIOR EXECUTIVE (2 vacancies) Code: CCB 21-2

i) Responsibilities:

1. To develop and execute SIRIM QAS Internationals brand building program. This includes developing the brand manual, managing the brand collaterals, ensuring consistent applications of the brand throughout the organization and developing new brand collaterals e.g. website and corporate video.

2. To identify, plan and implement the corporate communication activities of the company. This includes development of corporate publications and managing public relations and media relations as well as handling procurement for advertisement placements.

ii) Basic Requirement:

Bachelor Degree in Marketing / Business Administration / English / Mass Communication or equivalent with minimum of 3 years relevant working experience.

MANAGEMENT SYSTEM CERTIFICATION DEPARTMENT

A. SENIOR AUDITOR (1 vacancy) Code: SUSC-CDM 23-1

i) Responsibilities:

To carry out CDM validation and verification audits and assist in marketing and sales of the CDM validation and verification scheme.

ii) Basic Requirements:

Degree in Chemical / Palm Oil Milling / Chemical Technology / Electrical Engineering with minimum of 10 years working experience of which 6 years in Palm Oil Milling, Power Plant, Landfill Operations and Biogas related operations or other CDM Project related consultancy.

B. AUDITOR (1 vacancy) Code: SUSC-EMS 21-1

i) Responsibilities:

To carry out Energy Management System audit.

ii) Basic Requirements:

Degree in Chemical / Palm Oil Milling / Chemical Technology / Electrical Engineering with minimum of 4 years working experience in related area.

C. AUDITOR (2 vacancies)

i) Responsibilities:

To plan, lead and manage audits of organizations management systems to the following standards ISO 9001, ISO 14001, OHSAS 18001, MS 1722, TS 16949 and other related management systems certification schemes.

ii) Basic Requirements:

1. Degree in Computer Science / IT / Information Security Management System / Public Administration / Education with minimum of 4 years working experience in the related area. Candidates with working experience in IT / Information Security Management System would have an added advantage. Code: SVC 21-1

2. Degree in Science / Mechanical Engineering or related disciplines with minimum 4 years working experience in the mechanical and automotive industries. Code: M&A 21-1

iii) Additional Requirements:

1. Minimum 4 years full time practical workplace experience with at least 2 years in Quality Assurance related activities.
2. Have passed the ISO 9000 lead auditors course.
3. Preferably 1 year third party auditing/inspection experience or has maintained registration with recognized auditor certification body. The registration must be current.
4. Fluent in Bahasa Malaysia and English both spoken and written.
5. Willing to travel and possess own transport.

TESTING SERVICE DEPARTMENT

A. TECHNICIAN (9 vacancies)

i) Responsibilities:

1. To conduct testing activities and general maintenance of laboratory equipment in accordance to ISO/IEC 17025. Code: EEST 15-5
2. To assist in COA verification activities. Code: CCST 15-2
3. To assist in PPE and toys testing activities. Code: MST 15-1
4. To assist in chemical analysis and testing. Code: CEST 15-1

ii) Basic Requirement:

Polytechnics Certification in Electrical / Electronic / Mechanical / Chemistry / Civil Engineering.

A. ADMINISTRATIVE ASSISTANT (5 vacancies) Code: Admin 13/14-5

i) Responsibilities:

Provide administrative, clerical services and office support activities in order to ensure effective and efficient operation.

ii) Basic Requirement:
SPM with 5 credits including Bahasa Malaysia and English.
Minimum 2 years experience as a clerk / administrative work or the related field.

iii) Additional Requirement:
Must be able to work as a team and as an individual.
Familiar with computer applications and Microsoft Office tools.

3. Willing to work overtime.

4. Good oral and written skills in both English and Bahasa Malaysia.

Interested candidates are invited to submit a comprehensive resume, certified copies of relevant certificates complete with telephone number, expected salary and passport sized photograph (n.r.) to the address below not later than 28 February 2011. Please indicate the position applied for and its code in the resume and on the top left-hand corner of the envelope.
Head
Human Resource and Administration Section
SIRIM QAS International Sdn Bhd.
Block 8, No 1, Persiaran Dato' Menteri
40911 Shah Alam , Selangor Darul Ehsan
Only shortlisted candidates will be notified.
Tag : ,

TIPS PEMILIHAN KERJAYA LEPASAN SPM #2

on 17 February 2011

10 TIPS PEMILIHAN KERJAYA UNTUK LEPASAN SPM >> SILA TONTON VIDEO INI


download tips kerjaya untuk lepasan spm di http://lepasanspm.com



SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI
Tag : , , ,

JAWATAN KOSONG DI TNB 2011

Tawaran adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan yang disyaratkan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Pemandu Kenderaan T/Biasa di Tenaga Nasional Berhad.
Syarat-syarat Kelayakan
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dengan memperolehi sekurang-kurangnya peringkat lulus (8E) dalam matapelajaran Bahasa Malaysia
  3. Memiliki lesen memandu kelas E
  4. Calon yang memiliki lesen GDL dan E bersendi adalah satu kelebihan
  5. Tidak rabun warna dan sihat tubuh badan (tidak menghidap sebarang penyakit kronik)
  6. Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan
  7. Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia
  8. Calon lelaki sahaja
Cara Memohon

Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan secara ‘on-line’. Sila layari http://emadis.tnb.com.my

Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui link di atas, tidak akan dilayan.
Tarikh Tutup: 2 Mac 2011

Hanya pemohon yang telah disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 2 bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan adalah dianggap tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

Penempatan

Seluruh Bahagian di Tenaga Nasional Berhad.
Taraf jawatan : Tetap
Tempoh percubaan : 6 bulan

Tag : ,

JAWATAN KOSONG 2011 PENYELIA KAFA - PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S17

IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang bermaustatin di Negeri Pulau Pinang bagi lantikan ke jawatan kosong di Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang .

JAWATAN: PENYELIA KAFA/PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S17 (KONTRAK)
1. Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
2. Bilangan kekosongan : 3
3. Gaji dan Elaun Sebulan:
Gaji Pokok RM 820.20
Elaun COLA RM 300.00
Elaun Perumahan RM 180.00
Elaun Khidmat Awam RM 115.00
JUMLAH RM 1415.20
4. Syarat Lantikan :
i. Warganegara Malaysia bermaustatin di Negeri Pulau Pinang.
ii. Berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
iii. Sihat tubuh badan.
iv. Kelayakan:
a. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam subjek Agama Islam dan Lulus Bahasa Arab; atau
b. Lulus Peperiksaan Sijil 4 Thanawi atau Sijil Tinggi Agama Malaysia; dan
c. Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
SPM.
d. Tidak menjawat sebarang jawatan rasmi lain.
v. Berkemahiran menggunakan komputer. (Microsoft Word, Excel & Powerpoint)
vi. Mempunyai lesen memandu B2 dan D yang sah.
5. Diskrpisi tugas :
i. Sistem Maklumat Guru KAFA.
ii. Merekod pelantikan dan penempatan Guru KAFA.
iii. Mengurus dan memantau perjalanan KAFA.
iv. Kursus dan Latihan untuk Guru KAFA
6. Cara Memohon:
i. Mengisi borang yang disediakan. (Boleh didapati di Ibu Pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang atau di Pejabat-pejabat Agama Daerah).
ii. Menyertakan salinan dokumen dan sijil yang disahkan.
a. Satu salinan Kad Pengenalan
b. Satu salinan Sijil Lahir
c. Satu Salinan Lesen Memandu
d. Dua keping Gambar berukuran passport. (warna)
e. Satu salinan sijil-sijil akademik yang berkaitan.
f. Salinan sijil-sijil yang dirasakan perlu.
iii. Menyertakan satu resume ringkas.
iv. Borang yang lengkap diisi yang disertakan salinan dokumen, sijil dan resume ringkas
hendaklah dihantar ke Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau
Pinang; atau secara pos dialamatkan ke:
Pengarah,
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang,
Lebuh Pantai,
10300 Georgetown,
Pulau Pinang
(u.p: Bahagian Pendidikan)
Permohonan hendaklah sampai ke Bahagian Pendidikan, JHEAIPP sebelum atau pada 23 Februari 2011.

v. Permohonan yang berikut akan ditolak:
a. Dokumen dan sijil tidak disahkan.
b. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
c. Lewat diterima selepas tarikh tutup.
vi. Catatan:
a. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
b. Pemohan yang tidak menerima jawapan selepas tempoh 3 bulan dari tarikh iklan ditutup
dianggap permohonan mereka tidak berjaya.
c. Segala perbelanjaan bagi urusan temuduga hendaklah ditanggung oleh calon-calon; dan
d. Hanya calon-calon yang berjaya dalam urusan temuduga yang akan dihubungi.
 BORANG DAN IKLAN JAWATAN KLIK SINI

Tag : ,

JAWATAN KOSONG 2011 DI MUIP SEBAGAI PEGAWAI PENYELARAS PENTADBIRAN MASJID DAN SURAU DAERAH

PERMOHONAN BAGI LANTIKAN PEGAWAI PENYELARAS PENTADBIRAN MASJID DAN SURAU DAERAH

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang



Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan
kepada Rakyat Negeri Pahang.


Keutamaan juga diberi kepada calon-calon yang mempunyai sifat kepimpinan
yang baik supaya dapat memberi bimbingan yang berkesan dalam pengurusan
masjid da surau serta menyelaras aktiviti- aktivitinya.


Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 10 MAC 2011.


1. MUAT TURUN IKLAN JAWATAN KOSONG.pdf
2. MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN.pdf
Tag : ,

TIPS PEMILIHAN KERJAYA UNTUK LEPASAN SPM

on 16 February 2011




Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih informasi mengenai kerjaya lepasan SPM, bolehlah memuat turun ebook ini SEKARANG! KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD

SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI
Tag : , ,

JADUAL PEMILIHAN AWAL PERAJURIT TUDM 2011

Zon Utara:
TarikhHariNegeriTempat
19 Feb 2011SabtuPerakSMK Darul Ridwan Taiping
20 Feb 2011AhadPulau PinangDewan Seri Bayu, Teluk Air Tawar
21 Feb 2011IsninPerlisSMK Arau
22 Feb 2011SelasaKedahSMK Dato’ Syed Ahmad, Kuala Nerang
23 Feb 2011RabuKedahSekolah Model Khas, Baling
24 Feb 2011KhamisPerakSM Vokasional Slim River
Zon Pantai Timur:
TarikhHariNegeriTempat
12 Mac 2011SabtuPahangSMK Paya Besar Kuantan
13 Mac 2011AhadTerengganuSekolah Menengah Teknik Dungun
14 Mac 2011IsninTerengganuSMK Chung Hwa Wei Sin, K. Terengganu
15 Mac 2011SelasaKelantanSMK Dato’ Ahmad Maher, K. Bharu
16 Mac 2011RabuKelantanSMK Sultan Yahya Petra, Kuala Krai
17 Mac 2011KhamisPahangSMK Clifford Kuala Lipis
Zon Selatan
TarikhHariNegeriTempat
16 Apr 2011SabtuJohorSMK Seri Aman Kota Tinggi
17 Apr 2011AhadJohorSMK Tinggi Segamat
18 Apr 2011IsninMelakaSekolah Menengah Pay Fong
20 Apr 2011RabuNegeri SembilanSMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah
Zon Tengah
TarikhHariNegeriTempat
25 Apr 2011IsninSelangorSMK Sri Tanjung, Kuala Selangor
26 Apr 2011SelasaSelangorSMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang


Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi hingga 9.00 pagi.

Pakaian: Pakaian Sukan (T-shirt berkolar, seluar sukan, kasut sukan berstokin).

Dokumen yang perlu dibawa: Dokumen asal dan salinan (Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil SPM, Sijil Berhenti Sekolah, sampul surat dan setem RM1.00) serta lain-lain sijil jika ada.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sel Kerjaya dan Pengambilan di talian 03-26812412.

Klik untuk download Kerjaya Tentera Udara Diraja Malaysia

Tag : ,

JAWATAN KOSONG 2011 DI LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU (KADA)

on 15 February 2011

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun semasa iklan ditutup serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut
  1. PENOLONG JURUTERA (MEKANIKAL) GRED J29
  2. JURUTEKNIK (MEKANIKAL) GRED J17
  3. PELUKIS PELAN GRED J17PENOLONG AKAUNTAN GRED W27

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
a) Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang LKPK 1. Borang permohonan boleh diperolehi dengan memuat turun daripada laman web www.kada.gov.my.
(b) Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar dan disertakan bersama-sama dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil-sijil lain berkaitan yang telah disahkan sebelum atau pada 28 Februari 2011(Isnin). Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
(c) Semua permohonan hendaklah ditulis jawatan yang dipohon disebelah kiri bahagian atas sampul surat permohonan dan hendaklah dihantar ke alamat :-
Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu
Peti Surat 127
Jalan Datuk Lundang
15710 Kota Bharu, Kelantan
(UP: Pengarah Bahagian Pengurusan)
(d) Permohonan yang berikut akan ditolak :-
i) Tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan;
ii) Tidak Lengkap dan tidak jelas ;
iii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan ;
iv) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan/Pengarah Bahagian/ Ketua Unit bagi pegawai yang sedang berkhidmat;
(v) Tidak ditandatangani.

PANGGILAN TEMUDUGA :-
(a) Hanya calon-calon yang layak selepas asas penapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga
(b) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam(6) bulan daripada tarikh iklan ini hendaklah menganggap yang permohonannya tidak berjaya.
Iklan Jawatan Kosong
Borang LKPK1
Tag : ,

JAWATAN KOSONG 2011 DI LEMBAGA KEMAJUAN BINTULU SERAWAK

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)

1. Pengawal Keselamatan (KP11) (10 Kekosongan)
2. Penolong Pegawai Eksekutif Kejuruteraan (J27)

Untuk maklumat lanjut jawatan dan permohonan boleh dilakukan di laman web berikut:
http://www.jobsmalaysia.gov.my

sila taip nama jawatan atau jabatan berkaitan diruangan CARIAN SEGERA

Info: Untuk membuat carian jawatan ini, sila taip jawatan atau jabatan berkaitan diruangan CARIAN SEGERA dengan menggunakan kata kunci Majlis untuk mendapatkan ketepatan carian jawatan.

Tarikh Tutup Permohonan: 28 Mac 2011
Tag : ,

JAWATAN KOSONG 2011 KERAJAAN NEGERI KELANTAN

IKLAN JAWATAN KOSONG KERAJAAN NEGERI KELANTAN


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan
berikut ::-
  1. PEGAWAI SYARIAH
  2. PENGAWAL KESELAMATAN 
* klik nama jawatan untuk maklumat lanjut
CARA MEMOHON DAN TARIKH TUTUP :

Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang SPN KN. 1 yang boleh didapati di pejabat ini dengan
harga RM1.00. Sila hantarkan permohonan anda ke alamat berikut :-
SETIAUSAHA
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI
KELANTAN
TINGKAT BAWAH, BLOK 6 KOTA DARULNAIM
15503 KOTA BHARU.
Sebelum atau pada : 01 MAC 2011

Tag : ,

Mengapa ramai pelajar cemerlang GAGAL mengikuti sebarang kursus kerjaya selepas SPM?

Kenapa ada segelintir pelajar cemerlang GAGAL untuk mengikuti sebarang kursus kerjaya selepas SPM?

Artikal ini ditulis khas untuk adik-adik lepasan spm. Ok, di sini saya akan menyenaraikan 20 aspek mengapa kebanyakan bakal belia dan beliawanis lepasan SPM 2010 kita sering GAGAL.

1)    Ramai pelajar yang akur dan patuh dengan kehendak ibu bapa.
2)    Ramai pelajar salah pilih kursus yang tepat dan bersesuaian.
3)    Ramai pelajar yang tiada minat yang mendalam tentang sesuatu kursus.
4)    Ramai pelajar yang kurang pendedahan tentang kerjaya selepas SPM.
5)    Ramai pelajar gagal temuduga kerana tiada persiapan awal.
6)    Ramai pelajar belum pernah menghadiri bengkel atau tiada pengalaman dalam ceramah kerjaya selepas SPM.
7)    Ramai pelajar tidak faham tentang pernyataan hasrat kerjaya selepas SPM.
8)    Ramai Pelajar dan guru serta ibu bapa tidak faham tentang meritokrasi.
9)    Banyak pihak pandang sambil lewa sewaktu memilih kursus.
10)    Kurang pendedahan tentang syarat kemasukan Universiti.
11)    Ramai pelajar bincang sesama mereka yang tidak tahu apa-apa.
12)    Guru-guru kerjaya masih tidak faham dan tidak cekap dalam menjelaskan aspek kerjaya selepas SPM.
13)    Ramai pelajar yang berpandukan syarat minima dalam pemilihan.
14)    Ramai pelajar yang pilih kursus tidak mengikut apa yang mereka minati.
15)    Semua perlu ingat!! Kalau gagal dapat tempat kerjaya atau kursus.Rugi 1 tahun.
16)    Ramai pelajar yang degil!! Tidak mahu mendengar pandangan orang lain.
17)    Ramai pelajar pilih “U” yang ternama dan hebat sahaja.
18)    Ramai pelajar tidak mahu pilih universiti yang jauh-jauh.
19)    Ramai pelajar yang dibimbing oleh kakak dan abang yang tidak tahu.
20)    Ramai pelajar lebih rendah ikut jejak pelajar lebih tinggi.


Itu adalah antara beberapa penyebab kegagalan anda dalam mengikuti sebarang kursus kerjaya selepas SPM. Insyallah jika perkara di atas dielak dan sentiasa bermuhasabah diri, anda terutamanya pelajar lepasan SPM akan berjaya!

dapatkan lebih banyak tips di www.LepasanSPM.com

Tag : ,

JAWATAN KOSONG SEBAGAI PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN DI KETENGAH

on 14 February 2011

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang LKTT: 1 (Pind. 1/2010) yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu dan di Pejabat Cawangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah Bandar Bukit Besi, Bandar Ketengah Jaya, Bandar Seri Bandi dan Bandar Ceneh Baharu atau dengan memuat turun dari laman sesawang, http://www.ketengah.gov.my

Permohonan hendaklah sampai kepada:-

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Karung Berkunci No. 3
23409 Bandar Al Muktafi Billah Shah
DUNGUN, TERENGGANU

TARIKH TUTUP : sebelum atau pada 28 FEBRUARI 2011 .

MUAT TURUN :

Iklan Jawatan Kosong
Borang Permohonan Jawatan

Tag : ,
 
© info kerjaya | jawatan kosong 2013 | All Rights Reserved
D.I.Y Themes By Belajar SEO