Jawatan Kosong Terus Ke Email Anda:

Delivered by FeedBurner

Jawatan Kosong Pengajar Pra- Diploma UTHM

on Thursday, December 8



K-Utech Edu Sdn. Bhd. (anak syarikat UTHM Holdings) akan menjalankan dua buah program yang dikenali sebagai:

1. Program Persediaan Diploma
2. "Engineering Apprenticeship Program" (EAP)

Kedua-dua program ini disertai oleh pelajar-pelajar lepasan SPM 2011 yang berminat dalam bidang kejuruteraan.

Program Persediaan Diploma menjurus kepada pengukuhan pengetahuan berhubung sains matematik dan kejuruteaan. Manakala EAP pula lebih menekankan kepada pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang-bidang kejuruteraan seperti kejuruteraan elektrik, mekanikal dan awam, di samping kemahiran penguasan dalam bahasa inggeris komunikasi, teknologi maklumat dan keusahawanan.

JAWATAN

Pengajar bertaraf Kontrak atau Sambilan

K-Utech Edu mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara KONTRAK / SAMBILAN seperti berikut :-

a. Kejuruteraan Elektrik
b. Kejuruteraan Mekanikal
c. Kejuruteraan Awam
d. Teknologi Maklumat
e. Sains Kejuruteraan
f. Matematik
g. Bahasa Inggeris
h. Keusahawanan

SYARAT KELAYAKAN

(a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (CGPA 2.7 dan ke atas) DAN

(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Keutamaan adalah kepada calon-calon mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan)

CARA MEMOHON

a) Borang permohonan boleh diperolehi di sini
http://uhsb.uthm.edu.my/kutechedu/borang_pengajar.pdf

b) Borang yang lengkap diisi berserta sijil dan dokumen yang berkaitan dan telah disahkan hendaklah dicatatkan nama jawatan di penjuru sebelah kiri atas sampul surat dan dihantar ke alamat di bawah :-

K-UTECH EDU SDN BHD
No 65 Jalan Universiti 1,
Taman Universiti,
86400 Parit Raja, Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.

c) Borang permohonan yang tidak lengkap dan lewat tidak akan dilayan.
d) Sebarang pertanyaan sila hubungi :-

MOHAMAD FIRDAUS B SAIRI

Tel: 07 453 5143
Fax: 07 453 5068

Atau email kepada : mfirdaus_sairi@yahoo.com

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH SEBELUM ATAU PADA 15 DISEMBER 2011

 sumber iklan jawatan kosong sila klik sini
Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Post a Comment