Jawatan Kosong Terus Ke Email Anda:

Delivered by FeedBurner

7 tips untuk jadi pekerja cemerlang

on Monday, October 24


Tip Pekerja Cemerlang.
Jika anda ingin menjadi pekerja cemerlang, jadikanlah 7 tip asas ini sebagai amalan harian.

1. Muhasabah niat bekerja.
Aspek dalaman iaitu hati dan niat diperhalusi. Untuk menjadi pekerja cemerlang, niat hati kita mestilah ikhlas dan bersih. Buat muhasabah diri, kaji untuk apa kita setiap hari ke tempat kerja, adakah semata-mata hanya kerana tanpa menghiraukan kecemerlangan dalam kerjaya atau minat pada bidang kerja tu? atau keduanya sekali?Jika ingin cemerlang kita mestilah rajin dan bersungguh dalam pekerjaan kita dan bersemangat bukan bekerja main lepas tangan aje.

2. Lakukan Lebih Dari Apa Yang Perlu.

Dengan inisiatif sendiri, lakukan lebih dari apa yang perlu kita lakukan dalam bidang kerja kita. Misalnya, jika kawan sekerja masuk kerja jam 9 pagi hingga 5 petang, Kita pula masuk jam 8.30 pagi hingga 7 petang, tanpa mengharap elaun lebih masa. Timbulkan rasa seronok bekerja, sehingga tidak sedar masa berlalu.

3. Komited.

Untuk menjadi pekerja cemerlang, kita perlu komited sepenuhnya, rajin dan belajar kemahiran-kemahiran lebih dari bidang tugas yang diperlukan. Jadi proaktif dengan rajin membantu kawan-kawan lain tanpa mengharapkan sedikit pun balasan. Tapi, rajin biar kena tempatnya, nanti kita akan dipergunakan.

4. Bijak Menyelit.
Setiap tempat kerja pasti akan wujud sedikit 'politik'. Skill komunikasi interpersonal amat penting di sini. Kita perlu bijak menyesuaikan. Pekerja yang cemerlang adalah seseorang yang tahu di mana ruang yang dia boleh menyelit tanpa perlu menjadi mangsa pada politik tempat kerja.

5. Belajar Tanpa Henti.
Pekerja yang cemerlang sentiasa memajukan dirinya dan prestasi kerjanya. Selain itu, dia akan sentiasa menambah ILMU, sama ada teori, praktikal ataupun penaakulan. Dia tahu apa yang perlu dipelajari dan tahu kemahiran apa yang perlu dikuasai. Dia menumpukan usaha pada benda yang benar-benar mendatangkan hasil, bukannya nak kuasai semua ilmu dan kemahiran dalam masa singkat.

6. Hormat Semua Orang.
Hormat-menghormati merupakan satu elemen penting menjadi pekerja cemerlang. Baik mereka itu pekerja gred rendah sehinggalah pegawai atasan. Paling penting jangan sekali-kali mencari kekurangan atau kesilapan orang lain, kerana tak semua orang boleh menerimanya. Jadilah kita insan ayng sentiasa disenangi dan sentiasa ikhlas dengan semua pihak. Pekerja yang cemerlang diukur dari segi perbuatan dan pencapaiannya, bukan percakapan. Jadi banyakan bekerja dan kurang bercakap.

7. Penampilan Kemas, Segak dan Teratur.

Pekerja yang cemerlang sentiasa mempamerkan kekemasan diri pada pakaian, gaya ketika bekerja, gaya jalan, gaya ketika makan, gaya berbual dan kekemasan di ruang tempat kerjanya. Anda boleh menilai attitude kerja seseorang hanya dengan melihat meja kerjanya saja.

Akhir kata, beri komitmen pada kerja Anda sebaik mungkin dan jangan terlalu mengharap balasan dalam bentuk kerja lebih masa atau pujian semata. Ini resipi utama seorang pekerja cemerlang. Lebih banyak anda memberi, lebih banyak juga anda akan menerima. Tumpukan pada 7 tip ini dan kecemerlangan dalam kerjaya akan datang.

artikal asal : - http://ipptar.kpkk.gov.my
Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Post a Comment