Jawatan Kosong Terus Ke Email Anda:

Delivered by FeedBurner

KURSUS SIJIL VETERINAR DI JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR MALAYSIA SESI 2012/2013

on Sunday, September 18

TAWARAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS SIJIL VETERINAR DI JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR MALAYSIA SESI 2012/2013

Pemohon adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang memiliki SPM / SPVM untuk mengikuti Kursus Sijil Veterinar di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Pengajian ini akan bermula pada 01 Januari 2012 dan mengambil masa selama 2 tahun.

(i) Warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 25 tahun (hingga 30 tahun bagi pegawai kerajaan) pada masa kursus bermula.

(ii) Berkelulusan SPM atau SPVM atau yang setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan yang sama seperti yang berikut :
(a) Lulus dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan
(b) Lulus dalam mata pelajaran Matematik dan
(c) Kepujian dalam salah satu mata pelajaran berikut : Sains, Sains Pertanian, Geografi, Perdagangan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Pengeluaran Ternakan, Pengeluaran Tanaman, Hortikultur Hiasan dan Landskap, Kejenteraan Ladang, Pengurusan Ladang, Ekonomi Rumahtangga, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Teknologi Bengkel Mesin, Kerja Menggegas dan Memesin, Prinsip Perniagaan, Asas Perakaunan, Perniagaan dan Keusahawanan, Teknologi Katering, Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan, Asas Pemprosesan Maklumat, dan

(iii) Berjaya dalam temuduga yang dijalankan.

(iv) Belum berkahwin (kecuali untuk pegawai kerajaan).

(v) Sihat tubuh badan.


TEMPAT LATIHAN DAN KEMUDAHAN

(i) Kursus ini dijalankan di Institut Veterinar Malaysia, Kluang, Johor .
(ii) Tempat penginapan dan makanan disediakan.

Untuk keterangan lanjut sila layari laman web www.agrolink.moa.my / www.dvs.gov.my atau ditalian 03 – 88702000/2205/2207/2195.

CARA PERMOHONAN

Borang permohonan boleh didapati di Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar, Aras 2, Wisma Tani, Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62630 Putrajaya atau di Institut Veterinar Malaysia, Kluang atau di Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri atau dengan menghantar sampul surat berukuran 25 cm x 34 cm, beralamat sendiri dan bersetem RM 0.50. Sila majukan borang permohonan yang telah lengkap diisi kepada :
Pengarah Bahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya
Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Aras 2, Wisma Tani
Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62630 Putrajaya
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 SEPTEMBER 2011

MAKLUMAN : Temuduga akan diadakan pada bulan Disember 2011. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan sama ada berjaya atau tidak selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA. Tiada surat menyurat akan dibuat mengenainya dan pemilihan adalah muktamad.
Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Post a Comment