CareerXcell, sebuah agensi pekerjaan telah memulakan inisiatif pada awal tahun ini dengan mengambil OKU bekerja dan ditempatkan di beberapa posisi seperti meja bantuan,kaunter khidmat pelanggan, kemasukkan data dan sebagainya.
Taklimat yang diberikan kepada hampir 30 orang OKU yang hadir meliputi syarat-syarat kelayakan kelulusan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), elaun bagi mereka yang layak dan peluang bekerja di syarikat dan organisasi sekitar Kelana Jaya.
Kebanyakan warga OKU yang masih bersekolah hadir bersama ahli keluarga dan guru-guru jelas teruja kerana menyedari sumbangan warga OKU tidak dipinggirkan. Pada masa yang sama, peluang pekerjaan yang disediakan turut mengajar warga OKU untuk berdikari.
Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan peluang pekerjaan kepada warga OKU bolehlah melayari laman sesawang www.careerxcell.com atau menghubungi 03-2171 2137.
SUMBER

{ 0 comments ... read them below or add one }
Post a Comment