Jawatan Kosong Terus Ke Email Anda:

Delivered by FeedBurner

JAWATAN KOSONG DI MRSM (BALIK PULAU) OGOS 2011 - GURU GANTI

on Thursday, August 11


Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas pada tarikh iklan ditutup dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut :

1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH SAMBILAN (GURU GANTI)

Subjek :  Guru Matematik
  • Taraf Jawatan : Sambilan
  • Gaji : RM 82.69 sehari
  • Elaun Khidmat Awam (EKA) : RM 13.04 sehari
  • Elaun Sara Hidup (ESH) : RM 13.04 sehari
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Kelayakan :
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-Institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakaan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau;
  • Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-Institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, dan
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Calon-calon yang tidak memiliki Diploma Pendidikan tetapi memiliki kelayakan seperti yang dinyatakan di atas boleh juga memohon.
CARA MEMOHON

Pemohon hendaklah membuat surat permohonan beserta “Resume” yang mengandungi maklumat-maklumat berikut:
  • Nama jawatan yang dipohon
  • Butir-butir peribadi
  • No. telefon
  • Butir-butir akademik
  • Pengalaman kerja
  • Salinan sijil-sijil persekolahan (hendaklah disahkan benar)
  • Salinan kad pengenalan
  • Gambar terbaru berukuran passport.
Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada :

Pengetua
Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau
Jalan Pondok Upeh
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Sebelum atau pada : 19 Ogos 2011

sumber
Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Post a Comment