Jawatan Kosong Terus Ke Email Anda:

Delivered by FeedBurner

Tekun bekerja walaupun berpuasa

on Sunday, July 31


Bulan Ramadan yang penuh barakah ini seharusnya menjadi pendorong dan penguat semangat untuk kita terus bekerja. Tanpa membuang masa di kantin atau kafe pastinya kita akan mempunyai lebih masa dan lebih tekun bekerja. Ketekunan adalah suatu sifat yang amat diperlukan oleh setiap pekerja untuk meningkatkan kecekapan. Insya-Allah. Ia jelas disebut dalam sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun.” (Riwayat Al-Baihaqi). Selain daripada itu setiap manusia perlu menginsafi diri kerana menurut Islam setiap kegiatan dan pekerjaan kita di dunia ini akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti seperti yang ternyata dalam firman Allah yang bermaksud;

“Tiap-tiap diri bertanggungjawab terhadap apa yang telah diperbuatnya”. (Al-Muddaththir :38). Ini bererti sekiranya kita tidak menunaikan kerja dengan penuh tanggungjawab seperti tidak amanah, bermalas-malasan dan kurang produktiviti lebih-lebih lagi dengan memberi alasan berpuasa semestinya kita tidak akan terlepas daripada hukuman dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.


Motivasi di waktu pagi

Anda rasa mengantuk di waktu pagi di bulan puasa ini? Hmm...mungkin waktu tidur yang lebih pendek dan sahur menjadi alasan yang diberikan mengapa dilanda rasa teramat mengantuk di pagi hari.

Berikut tujuh perkara terbaik yang patut anda lakukan agar kekal bermotivasi di waktu pagi. Sentiasa rasa bersyukur. Bersyukurlah anda masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan dan masih diberi peluang olehNYA untuk melakukan yang terbaik hari ini malah lebih cemerlang daripada yang kelmarin atau semalam. Buat senaman ringkas lepas solat subuh

1. Luangkan masa untuk membuat senaman regangan untuk mengembalikan kesegaran otot. Amalan ini boleh diteruskan walaupun di bulan puasa, jadi anda kekal segar, bertenang dan dipelihara daripada rasa mengantuk di pagi hari.

2. Tetapkan niat dan azam dalam hati bahawa anda mahu menjadi bersemangat sepenuhnya. Mulakan awal pagi anda dengan membaca artikel dan rencana pendek motivasi, dapat baca seminit dua sudah mencukupi. Seeloknya Dengarilah budi bicara dan pemikiran anda.Elakkan daripada membuka e mel, suratkhabar, membaca gossip atau berita negatif sebab ia boleh membangkitkan energi negatif lalu melemahkan semangat anda untuk rasa bermotivasi di pagi hari.

Luangkan masa mengikuti sesi motivasi 3 Pastikan anda meluang masa dengan sesi motivasi di tv dan radio di awal pagi. Ketika perjalanan pergi kerja, apa kata pasangkan radio anda untuk mendengar ceramah motivasi. Motivasi perlu sentiasa dibajai agar ia tidak mudah luput dan pudar daripada hati dan pemikiran.

4. Mulakan kerja dengan lafaz ‘bismimillah’
Bila mula masuk kerja bacakan bismillah. Moga anda dijauhkan dengan hasutan syaitan yang membuat anda terleka, terlalai dan rasa tidak bermaya apabila berada di tempat kerja. Masuk sahaja ke pejabat tetapkan niat untuk bekerja dengan gigih hari ini. Istiqamah! Letakkan sasaran untuk memajukan diri

5. Mulai pagi ini tetapkan sasaran apakah yang anda ingin capai dalam kerjaya anda.

6. Lebih baik lagi tetapkan sasaran ini setiap hari untuk menguatkan semangat bekerja anda. Cuba tetapkan berapa tugas yang boleh disempurnakan hari ini dan tempoh masa yang diperlukan untuk membereskan segala pekerjaan itu. Sentiasa bersedia memaafkan rakan kerja.

7. Penuhkan hati dengan memaafkan orang lain. Maafkan orang di waktu pagi adalah cara terbaik untuk melegakan rasa sakit hati dan dendam berpanjangan kepada rakan sejawat. Malah ia pastinya mampu melepaskan emosi negatif ini daripada terus membuku di dalam hati. Emosi negatif inilah kadang-kadang yang boleh menghilangkan semangat bekerja. Jadi dengan memaafkan orang pastinya anda akan diselubungi dengan aura positif dan lebih bermotivasi di tempat kerja sedari daripada awal pagi lagi.

Ayuh, buang fikiran negatif

1. Apabila pemikiran negatif mula memasuki minda , gantikan dengan segera dengan pemikiran yang positif.
2. Mula menggantikan perkataan “tidak boleh” kepada “ya, saya boleh” dan ‘mustahil’ kepada ‘mampu dilakukan’ sehingga ia menjadi sebagai tabiat kebiasaan.
3. Tetapkan hati, jangan mengalah dan mengubah corak pemikiran.
4. Visualisasikan pemikiran anda, daripada ‘saya takkan dapat kerja ini’ kepada anda melihat diri anda melakukan kerja tersebut dan berkata ‘saya boleh dapatkan kerja ini’
5. Buat komitmen dan kesungguhan untuk mengatasi fikiran negatif.
6. Pupuk strategi untuk menghadapi stigma negative Jangan bimbang untuk memberikan cabaran terhadap diri sendiri, anda yang mengawalnya
7. Tetapkan matlamat, tuliskan dan buat displin yang tegas untuk mengikutinya
8. Sentiasa bersama dan carilah orang yang bersikap positif.
9. Buat perkara yang anda gembira melakukannya dan sangat menggembirakan anda.
10. Amalkan pemakanan dan aktiviti hidup yang sihat.
11. Berfikir secara positif tidak semestinya bermaksud anda mengharapkan segalanya memberi hasil yang sempurna. Tapi yang pasti ia bermakna peluang untuk berjaya adalah lebih cerah kerana anda tidak akan mudah mengalah dan sentiasa bersikap positif dalam melakukan sesuatu pekerjaan itu.

sumber artikal asal klik sini
Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Post a Comment