Jawatan Kosong Terus Ke Email Anda:

Delivered by FeedBurner

JAWATAN KOSONG (SAMBILAN) 2011 LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

on Friday, May 6



LHDN merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional, dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai Kumpulan Pengurusan kami yang berdedikasi.

IKLAN JAWATAN :

Pembantu Tadbir (Penaksiran) Gred 21 Sambilan
Membantu melaksanakan urusan mengemaskini kes-kes tunggakan hasil, kes guaman sivil, penghapusan cukai dan pemantauan cukai. Membantu melaksanakan tugas-tugas di Unit CKHT dan Duti Setem.

Pembantu Tadbir (Perakaunan) Gred 21 Sambilan
Membantu menyediakan laporan pendapatan dan laporan prestasi perbelanjaan. Memproses cek-cek yang telah selesai dicetak bagi memastikan ianya sedia dipungut atau dihantar melalui pos. Menyemak Borang Perubahan Gaji (BPG) bulanan dan memproses cetakan penyata dan lembaran gaji mengikut cawangan.
Menyemak, memproses dan menyediakan surat-surat yang berkaitan dengan semua permohonan pinjaman
kenderaan dan komputer. Membantu menyediakan waran peruntukan untuk semua
Pusat Tanggungjawab. Membantu mengemaskini dan menyediakan senarai daftar aset dan inventori LHDNM.

Pembantu Tadbir (Perkeranian) Gred 21 Sambilan
Membantu mengendalikan urusan buku perkhidmatan dalam merekodkan perubahan dan pertambahan maklumat perkhidmatan dan rekod cuti pegawai. Membantu mengurus dan mengemas kini fail-fail am pentadbiran dan kewangan. Membantu mengemas kini maklumat pegawai dalam Sistem Maklumat Sumber Manusia dan statistik perjawatan bulanan. Membantu dalam semua hal ehwal pembayaran gaji, elaun, tuntutan perbelanjaan, baucar bayaran dan urusan inventori dan aset jabatan.

  • Permohonan hendaklah dibuat melalui Laman Web JobsMalaysia (Kementerian Sumber Manusia) di
    http://www.jobsmalaysia.gov.my
  • Semua permohonan tidak perlu dicetak/di pos ke LHDNM.
    Nama calon-calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dipamerkan di Laman Web LHDNM dan akan dimaklumkan melalui surat.
  • Pemohon juga digalakkan sentiasa menyemak melalui Laman Web LHDNM untuk mengetahui maklumat berkenaan.
  • Perhatian: Setiap pemohon hanya boleh memohon Satu(1) jawatan sahaja.

iklan jawatan
Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Post a Comment