Jawatan Kosong Terus Ke Email Anda:

Delivered by FeedBurner

TAWARAN MENGIKUTI KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (TABIKA/TASKA) KEMAS TAHUN 2011/2012

on Monday, March 7

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon tawaran mengikuti Kursus Sijil
Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA/TASKA) KEMAS Tahun 2011/2012.

1. SYARAT DAN KELAYAKAN:
1.1 Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
1.2 Pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik seperti berikut :-
(a) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau yang diiktiraf setaraf dengannya (keutamaan kepada calon yang memiliki Diploma dalam bidang
Pendidikan Awal Kanak-kanak); dan
(b) Kepujian Bahasa Melayu dan lulus Ujian Lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
2. MAKLUMAT ASAS KURSUS
2.1 Tarikh mula kursus : Julai 2011 atau tertakluk kepada perubahan
2.2 Tempat : Institut / Pusat Latihan KEMAS
2.3 Tempoh : Satu (1) hingga dua (2) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan
oleh Jabatan
3. TARIKH PELANTIKAN
3.1 Calon yang lulus kursus ini sahaja layak dipertimbangkan untuk dilantik sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Pemaju Masyarakat TABIKA/TASKA) Gred S27 kontrak.
3.2 Tarikh pelantikan ke jawatan ini dijangka berkuat kuasa mulai tahun 2011.
4. PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN
4.1 Pemohon dikehendaki menggunakan Borang KEMAS 1 Pin. 2005.
4.2 Isikan semua maklumat dengan jelas, tepat dan lengkap mengikut butiran yang dikehendaki seperti dalam borang berkenaan
4.3 Borang ini juga boleh didapati di:
(a) Laman web www.kemas.gov.my; atau
(b) Ibu Pejabat KEMAS, Pejabat KEMAS Negeri atau Daerah/Parlimen.
5. PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN:
5.1 Borang permohonan KEMAS 1 Pin. 2005 yang lengkap diisi berserta dengan salinan Kad Pengenalan, sekeping gambar berukuran pasport, salinan Diploma atau lain-lain bidang yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, salinan sijil-sijil persekolahan, salinan Sijil Lahir, salinan Sijil Berhenti Sekolah dan salinan Sijil Kegiatan Luar yang telah disahkan hendaklah dihantar ke Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri yang dipohon seperti alamat di para 4.3 (b) sebelum tarikh tutup permohonan.
5.2 Sila catatkan nama kursus yang dipohon di sebelah kiri sampul surat permohonan sama ada Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA) atau Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TASKA).
5.3 Sebarang kelewatan permohonan tidak akan dipertimbangkan.
5.4 Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.
6. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 21 Mac 2011

7. TEMUDUGA DAN KEPUTUSAN:
7.1 Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
7.2 Hanya calon-calon yang berjaya dalam Kursus Asas Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak akan
dipertimbangkan untuk berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
(Pemaju Masyarakat TABIKA/TASKA) Gred S27 secara kontrak di KEMAS.
7.3 Calon-calon yang tidak dihubungi selepas satu (1) tahun daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.




SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI
Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Post a Comment