Jawatan Kosong Terus Ke Email Anda:

Delivered by FeedBurner

KURSUS SIJIL PERHUTANAN INSTITUT LATIHAN PERHUTANAN SESI 2011 - 2012

on Saturday, March 5

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berminat untuk memasuki Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN) bagi mengikuti kursus berikut:


  1. Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan (Sesi Pengajian 2011 - 2012)

TEMPOH KURSUS :

1 tahun (2011 - 2012)

KELAYAKAN AKADEMIK :

Lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya serta lulus dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Matematik dan Sains.

(ii) Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun.

(iii) Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat dan anggota Tentera dan Polis yang telah menamatkan perkhidmatannya boleh juga memohon.

(iv) Calon-calon hendaklah sihat tubuh badan dan tidak mempunyai kecacatan anggota.

(v) Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN) tidak menjamin apa-apa jawatan setelah tamat kursus.

(vi) Calon-calon yang sedang mengikuti kursus di Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN) tidak boleh berhenti tanpa kelulusan pihak berkuasa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Jika berlaku pelanggaran syarat ini, calon dikehendaki membayar balik semua perbelanjaan yang ditanggung semasa pengajian kepada Kerajaan Malaysia.

PERMOHONAN 

(i) Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati dengan percuma daripada Pengarah Bahagian Latihan Perhutanan dengan mengirimkan sampul surat berukuran 22 cm x 32 cm dengan nama dan alamat sendiri serta dilekatkan setem bernilai 50 sen, ke alamat:
Pengarah, Bahagian Latihan Perhutanan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Kepong, 52100 KUALA LUMPUR

(ii) Borang permohonan juga boleh didapati di mana-mana Pejabat Perhutanan Negeri di Semenanjung Malaysia atau dari homepage Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia http://www.forestry.gov.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 

Tarikh tutup permohonan ialah pada 29 Mac 2011 (Selasa). Borang permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan. Calon yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas 1 bulan dari tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Pengarah Bahagian Latihan Perhutanan atau Pengetua Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN) di talian telefon 03-6277 0856 / 03-6277 0847 / 03-6277 8741 / 03-6274 0572 atau homepage:http://www.forestry.gov.my

SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI
Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Post a Comment