Jawatan kosong terus ke email anda, daftar email anda dibawah :

Delivered by FeedBurner

IKLAN JAWATAN KOSONG DI AGRO BANK MAC 2011

on 05 March 2011

Agrobank (dahulu dikenali sebagai Bank Pertanian Malaysia) mengembangkan pengalamannya selama 40 tahun dalam pembiayaan pertanian untuk menjadi institusi kewangan yang terkemuka dengan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan di Malaysia. Kami ingin mempelawa calon-calon yang berbakat dan berkebolehan bagi merealisasikan visi dan misi kami bagi jawatan berikut:

  1. JUNIOR EXECUTIVE, NEI17

TEMPAT  :
Agrobank, Cawangan-cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Cawangan Sekinchan, Selangor.

SKALA GAJI MINIMA :
RM1200.00

KELAYAKAN:

1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Vokasional atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mendapat kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan). Keutamaan kepada calon-calon yang mendapat kepujian dalam dua matapelajaran lagi yang mana salah satunya mestilah daripada berikut:-
i. Bahasa Inggeris
ii. Matematik / Matematik Tambahan
iii. Prinsip Akaun
iv. Sains; Atau,
2. SPM (Mengikut Sistem terbuka).
2.1 Lulus enam mata pelajaran termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian (Matematik & Bahasa Inggeris) dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan atau;
2.2 Lulus enam mata pelajaran termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian (Matematik & Bahasa Inggeris) dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.

3. Berkemahiran menggunakan komputer.

4. Berumur tidak kurang dari 18 tahun.

SYARAT TAMBAHAN:

Calon tiada pertalian persaudaraan (suami/isteri/anak) dengan warga Agrobank

Permohonan hendaklah dibuat dengan menyertakan resume lengkap, salinan sijil (Diploma dan SPM) serta gambar warna berukuran pasport (tidak dikembalikan) kepada:-
Head, Human Resource Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) Leboh Pasar Besar,
P.O. Box 10815, 50726 Kuala Lumpur
atau email kepada : recruitment@agrobank.com.my
Nota :
  1. Tarikh tutup iklan adalah pada 17 Mac 2011
  2. Hanya calon yang disenaraipendek akan dihubungi.
  3. Sila nyatakan nama jawatan dipohon di sudut kiri sampul surat.



SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI
Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

 
© info kerjaya | jawatan kosong 2013 | All Rights Reserved
D.I.Y Themes By Belajar SEO