
Syarat-syarat kelayakan permohonan:
i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
ii) Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
iii)Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; atau
iv)Pemohon telah bermaustautin dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung.
Borang permohonan berharga RM3.00 boleh diperolehi melalui:
i) Kaunter: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negri Selangor, Tingkat 3, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam; atau
ii) Pos : Dengan mengemukakan sampul surat 16cm x 23cm yang dilekatkan dengan setem RM1.00 beralamat sendiri serta no. telefon untuk dihubungi beserta wang pos/money order bernilai RM3.00 atas nama Bendahari Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 April 2011 (Jumaat).
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan permohonan, sila hubungi Urus Setia di talian 03-5544 7480/5521 2275 atau layari laman web:
www.selangor.gov.my
{ 0 comments ... read them below or add one }
Post a Comment