Jawatan kosong terus ke email anda, daftar email anda dibawah :

Delivered by FeedBurner

Pemilihan Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2011

on 11 February 2011

Pemilihan Awal Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (Fasa 1) Menggunakan keputusan Peperiksaan Percubaan SPM

Semua calon-calon yang telah dipanggil menghadiri temu duga awal yang dikendalikan oleh Cawangan Tenaga Kerja, Kementerian Pertahanan perlu mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui laman web http://upu.mohe.gov.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 April 2011.

Pemilihan Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (Fasa 2) Menggunakan keputusan Peperiksaan SPM Sebenar

Sekiranya calon-calon yang ingin menjadi Pegawai Kadet tetapi telah terlepas tarikh tutup permohonan Fasa 1, calon-calon masih mempunyai peluang untuk menjadi Pegawai Kadet UPNM bagi tahun 2011. Calon-calon perlu mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui http://upu.mohe.gov.my mulai 10 Januari 2011. Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 April 2011.

Hanya calon-calon yang melepasi syarat akademik dan memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM akan dikenal pasti untuk menghadiri temu duga yang dijadualkan pada 17 April 2011 hingga 23 April 2011. Tempat temu duga dijangka seperti berikut:

i. Kem Terendak, Melaka

ii. Port Dickson, Negeri Sembilan

iii. Subang, Selangor

iv. Kluang, Johor



Calon-calon boleh menyemak status penggilan temu duga melalui laman web www.upnm.edu.my mulai 13 April 2011.



Perhatian : Sebagai persediaan untuk menghadiri temu duga, calon-calon dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan X-Ray (bahagian dada) dan mendapatkan laporan X-Ray tersebut sebelum hadir ke tempat temu duga. Pemeriksaan ini perlu dibuat awal bagi mengelakkan masalah mendapatkan laporan X-Ray di saat-saat akhir. Sila muat turun surat pemeriksaan X-Ray daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Klik di sini.



Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus di talian seperti berikut:

Puan Sarina binti Abdul Rani

Ketua Penolong Pendaftar, Bahagian Pengurusan Akademik

03-90513400 Samb: 3423

sarina@upnm.edu.my

Encik Mohd Amirul Zzaki bin Razmi

Penolong Pendaftar, Unit Kemasukan dan Promosi

03-90513400 Samb: 3407

amirul@upnm.edu.my

Encik Mohd Lateffi bin Mohd Tazri

Pembantu Tadbir, Unit Kemasukan dan Promosi

03-90513400 Samb: 3453

lateffi@upnm.edu.my

Cik Noor Zaidatul Zila binti Abdul Rahman

03-90513400 Samb: 3453

zila@upnm.edu.my


Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

 
© info kerjaya | jawatan kosong 2013 | All Rights Reserved
D.I.Y Themes By Belajar SEO