Jawatan kosong terus ke email anda, daftar email anda dibawah :

Delivered by FeedBurner

PERMOHONAN JAWATAN GSTT NEGERI MELAKA TAHUN 2011

on 09 January 2011

Permohonan jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan Negeri Melaka bagi tahun 2011 adalah dibuka mulai 1 - 31 Januari 2011. Pemohon yang mempunyai syarat-syarat di bawah sahaja dipelawa memohon :
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lahir selepas atau pada tahun 1977;
  3. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (sudah mempunyai skrol) dari Universiti yang diiktiraf;
  4. Kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM atau yang setaraf dengannya
  5. Bagi lantikan guru-guru Agama, calon-calon hendaklah mempunyai kelulusan Bahasa Arab sekurang-kurangnya peringkat SPM, matapelajaran Agama Islam Tinggi ataupun IV Senawi
Borang permohonan boleh didapati di Unit Sekolah Menengah, Jabatan Pelajaran Melaka atau boleh dimuat turun di sini.

Borang yang sudah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Unit Sekolah Menengah, Jabatan Pelajaran Melaka, Jalan Istana 75450 Bukit Beruang, Melaka selewat-lewatnya pada 31 Januari 2011. Kekosongan adalah terhad dan sebarang permohonan lewat dari tarikh yang dinyatakan tidak akan dilayan.
Ranking: 5

{ 5 comments ... read them below or add one }

 
© info kerjaya | jawatan kosong 2013 | All Rights Reserved
D.I.Y Themes By Belajar SEO