Jawatan kosong terus ke email anda, daftar email anda dibawah :

Delivered by FeedBurner

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH

on 06 January 2011

JAWATAN KOSONG JANUARI 2011 DI MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan akan diberikan kepada RAKYAT NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah:-


A. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
 KLASIFIKASI  KUMPULAN PERKHIDMATAN
 GRED  JADUAL GAJI MATRIKS
PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT
SOKONGAN F29
P1T1 RM 1,544.86 - P1T21 RM 3,034.66
P2T1 RM 1,615.95 - P2T21 RM 3,237.37
P3T1 RM 1,690.06 - P3T21 RM 3,415.79
 
B. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN
 KLASIFIKASI  KUMPULAN PERKHIDMATAN
 GRED  JADUAL GAJI MATRIKS
PERKHIDMATAN KEWANGAN     
SOKONGAN W27
P1T1 RM 1,209.09 - P1T26 RM 3,031.64
P2T1 RM 1,278.67 - P2T21 RM 3,217.79
P3T1 RM 1,351.27 - P3T21 RM 3,409.80
 
C. JURUTEKNIK LANDSKAP
 KLASIFIKASI  KUMPULAN PERKHIDMATAN
 GRED  JADUAL GAJI MATRIKS
PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN      
SOKONGAN J17
P1T1 RM 843.06 - P1T26 RM 2,325.37
P2T1 RM 896.00 - P2T26 RM 2,452.46
P3T1 RM 950.45 - P3T26 RM 2,583.95


TARAF JAWATAN : TETAP

PEMBERIAN ELAUN DAN KEMUDAHAN
i) Imbuhan Tetap Perumahan
ii) Imbuhan Tetap Khidmat Awam
iii) Bantuan Sara Hidup

CARA MEMOHON
i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dengan mengemukakan sampul surat berukuran 23 sm x 10 sm yang beralamat sendiri dan bersetem 30 sen atau mengambilnya sendiri di Pejabat (Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan), MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH, 81300 SKUDAI, JOHOR BAHRU. Borang permohonan juga boleh didapati dengan mencetaknya dari laman web Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah iaitu www.mpjbt.gov.my.

ii) Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan menyertai salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan laporan penilaian prestasi.

ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP


YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH,
81300 SKUDAI, JOHOR BAHRU.

Sebelum atau pada : 17 JANUARI 2011

Hanya calon-calon yang ditapis untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi adalah tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tertanggung atas calon-calon sendiri. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 2 minggu dari tarikh temuduga dianggap tidak berjaya.

Setiap permohonan jawatan hendaklah menggunakan satu borang sahaja. Sekiranya permohonan jawatan lebih dari satu hendaklah menggunakan borang yang berasingan.
Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

 
© info kerjaya | jawatan kosong 2013 | All Rights Reserved
D.I.Y Themes By Belajar SEO