Jawatan kosong terus ke email anda, daftar email anda dibawah :

Delivered by FeedBurner

JAWATAN KOSONG 2011 SEBAGAI PEMBANTU BELIA DAN SUKAN DI MSNS

on 26 January 2011

JAWATAN : PEMBANTU BELIA DAN SUKAN

CARA MEMOHON :
(a) Permohonan hendaklah disertakan dengan Surat Permohonan Jawatan dan ”Resume” yang lengkap. Bagi keterangan lanjut berkenaan syarat-syarat permohonan, sila layari laman web//:www.msnselangor.gov.my

(b) Semua dokumen berkenaan permohonan hendaklah disediakan dengan terang dan jelas.

(c) Dokumen-dokumen permohonan mestilah disertakan dengan salinan (fotostat) Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, salinan lesen memandu dan Sijil-sijil Persekolahan, kelulusan akedemik (termasuk Ijazah, Diploma – jika berkenaan), transkrip keputusan peperiksaan semua semester serta sekeping gambar berukuran pasport. Semua dokumen hendaklah DISAHKAN daripada salinan asal. Nama jawatan yang di pohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat.

(d) Pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 Bab ‘A’ 2005 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Prestasi.

(e) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:
PENGARAH EKSEKUTIF
Majlis Sukan Negeri Selangor
D/A : Carlton Holiday Hotel & Suites
No.1, Aras 3, Persiaran Akuatik 13/43
Seksyen 13, 40100 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN.
No. Telefon : 03-5510 9063, 03-5519 6380
No. Faksimili : 03-5510 1377
Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Januari 2011 (Isnin).

(f) Borang permohonan yang tidak lengkap akan di tolak.

(g) Hanya calon yang layak selepas ditapis sahaja akan dihubungi untuk sesi temuduga.

(h) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

* Keutamaan pengisian jawatan ini diberi kepada rakyat yang menetap di Negeri Selangor Darul Ehsan.

Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

 
© info kerjaya | jawatan kosong 2013 | All Rights Reserved
D.I.Y Themes By Belajar SEO