Jawatan kosong terus ke email anda, daftar email anda dibawah :

Delivered by FeedBurner

JAWATAN KOSONG 2011 PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO)

on 16 January 2011

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), sebuah agensi yang mempunyai autonomi dibawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bertanggungjawab dalam pembangunan dan pengurusan sistem harta intelek seperti perlindungan paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, hakcipta dan susun atur litar bersepadu di Malaysia.

1. PEGAWAI PENDAFTARAN DAN PENTADBIRAN - 2 kekosongan
2. PEGAWAI PENDAFTARAN DAN PENTADBIRAN - 1 kekosongan
3. PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN DAN PENTADBIRAN -3 kekosongan

SYARAT-SYARAT ASAS
Secara umum, kami mempelawa calon-calon seperti berikut;-
• Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik. Kebolehan menguasai bahasa lain adalah diberi keutamaan;
• Berkebolehan mengendalikan computer di dalam word processing, spreadsheet, powerpoint;
• Positif, kreatif, berkeyakinan dan mampu menyelesaikan masalah, yakin;
• Boleh bekerja dalam kumpulan serta boleh melakukan kerja-kerja di bawah penyeliaan yang minimum;
• Mampu melakukan pelbagai tugas dalam masa yang ditetapkan dan boleh bekerja di
bawah tekanan;
• Berkebolehan merancang, menganalisa, menyediakan laporan dan membuat
pembentangan;
• Bersedia untuk ditugaskan diluar pejabat dalam dan luar negara;
• Mempunyai pengalaman 2-3 tahun, siswazah baru yang mempunyai pengalaman
yang berkaitan dengan HI adalah digalakkan untuk memohon;
• Lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
• Warganegara Malaysia;
• Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan; dan
• Kemahiran berkomunikasi disemua peringkat.
Calon-calon yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi yang boleh dimuat turun melalui laman web kami dan menyerahkan borang-borang tersebut
bersama-sama sesalinan sijil-sijil yang telah disahkan dan gambar berukuran pasport terkini selewat-lewatnya 28 Januari 2011 kepada :
Teknik Menjawab Soalan TemudugaPERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA
UNIT B-18-1, MENARA UOA BANGSAR
NO. 5 JALAN BANGSAR UTAMA 1
59000 KUALA LUMPUR
(u.p. : Seksyen Pentadbiran dan Sumber Manusia)
Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga.


IKLAN DAN BORANG PERMOHONAN KLIK SINI
Ranking: 5

{ 1 comments ... read them below or add one }

tenteraangin said...

Wah, baguslah blog ni, banyak giler pasal kerja kosong... nanti nak hantar ni online ke pakai pos


Tuesday, January 18, 2011 at 7:15:00 PM GMT+8
 
© info kerjaya | jawatan kosong 2013 | All Rights Reserved
D.I.Y Themes By Belajar SEO