Jawatan Kosong Terus Ke Email Anda:

Delivered by FeedBurner

kerjaya internet memang boleh buat duit, tak caya? baca la temuramah ni

on Saturday, January 1

Apakah yang berlaku apabila pemilik kepada forum WangCyber kena temuramah? Tiada perkara yang lebih hebat lagi selain beliau sendiri mendedahkan rahsia kejayaan dan rahsia kekayaan yang beliau miliki dan perolehi selama terlibat dalam perniagaan internet. Yosh!

PELIK! Mengapa beliau ingin dedahkan perkara itu sedangkan beliau boleh simpan sahaja rahsia tersebut dan terus menghasilkan kejayaan dan mengumpul kekayaan seorang diri?

Siapakah pemilik kepada forum WangCyber yang saya gembar-gemburkan di sini? Tidak lain dan tidak bukan.. Beliau ialah saudara Mohd Suhaimy Abu Bakar atau lebih dikenali dengan panggilan Shuth di dunia perniagaan internet. Jika anda pernah berkunjung ke forum WangCyber, anda pasti mengenali beliau.

Untuk pengetahuan anda, saudara Shuth merupakan seorang usahawan internet yang paling kuat menentang program-program buat duit di internet yang penuh dengan penipuan. Antara program buat duit penipu yang ditentang termasuklah Skim Cepat Kaya, Program Reseller, Skim Ponzi, HYIP dan banyak lagi.

Atas semangat beliau yang ingin menyedarkan masyarakat Malaysia bahawa program penipu seperti ini harus diabaikan, lantas beliau menubuhkan dan membangunkan forum WangCyber. Melalui platform inilah, saudara Shuth dan usahawan yang lain memperjuangkan perniagaan internet yang sebenar.

Dengan tertubuhnya forum WangCyber, kini, telah ramai orang kita yang celik dengan perniagaan internet. Malah, semakin ramai ahli-ahli dari WangCyber berjaya dalam bidang ini sehingga gah mendirikan perniagaan sendiri. Ianya memang satu pencapaian yang sangat membanggakan. Pada pendapat saya, seandainya tiada forum WangCyber, mungkin lebih ramai rakyat Malaysia terjebak dengan program-program buat duit yang menipu itu.  

Forum WangCyber baru satu kejayaan saudara Shuth. Terdapat banyak lagi kejayaan yang telah beliau cipta. Bagaimana dengan perniagaan internet yang beliau jalankan sehingga beliau mengumpul kekayaan daripadanya? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan rahsia-rahsia saudara Shuth, sahabat saya Faizul Noor telah menemuramah beliau dalam satu temuramah eksklusif. Hasil daripada temuramah itu, Faizul telah tulis dalam sebuah ebook.

Berita baik! Anda boleh dapatkan ebook temuramah tersebut secara PERCUMA melalui link berikut:
http://www.temuramaheksklusif.com

Sekiranya anda baca artikel ini dan berminat dengan rahsia-rahsia saudara Shuth, sebaiknya anda dapatkan SEKARANG kerana ebook tersebut hanya diedarkan kepada 100 orang sahaja! Semoga anda mendapat banyak manfaat daripada kandungan ebook temuramah itu.
Tag :

Masalah Kesempitan Duit Menghantui Anda?

on Wednesday, December 22

Tak kiralah anda seorang pelajar IPTA/IPTS mahupun seorang pekerja ataupun seorang usahawan, saya pasti anda pernah mengalami masalah kesempitan duit ini. Masalah ini kadangkala menimbulkan stress yang merungsingkan kita semua.

Bayangkanlah setiap bulan terutamanya tengah bulan ketika kita selak dompet dan mendapati bahawa dalam dompet tersebut hanya ada beberapa helai duit RM2.00 sahaja. Jika anda belum berkahwin, mungkin ikat perut merupakan jalan terbaik. Tapi jika anda dah bekeluarga dan ada anak-anak, pastinya ia merupakan masalah yang besar.

Selain mengikat perut, jalan yang terbaik bagi mengubat masalah ini ialah dengan mencari duit tambahan dengan bekerja dan sebagainya. Akan tetapi masalah ini pasti akan berlanjutan setiap bulan kerana dari hari ke hari, harga barangan juga semakin naik. Oleh sebab itu, amatlah suka bagi anda mengatasi masalah ini!

Setakat ini, cuma ada 3 golongan sahaja yang berjaya mengatasi masalah kesempitan duit ini iaitu:

1) Golongan yang kaya.
2) Golongan yang berjimat & pandai mengawal kewangan.
3) Golongan yang menjadi "Magnet Duit"

Untuk golongan pertama sudah tentu ianya tidak menjadi masalah. Akan tetapi untuk golongan kedua tersebut rasanya agak sukar bagi kita masuk ke golongan tersebut. Yalah, cuba anda bayangkan gaji atau duit poket bulanan agak terhad dan cuma tinggal sikit sahaja untuk membeli keperluan dapur setelah membayar semua bil-bil dan sebagainya.

Jadi penyelesaiannya ialah "ANDA PERLU MENJADI GOLONGAN KE-3!"

Ini bermaksud anda perlu menjadikan diri anda sebagai "Magnet Duit" agar anda tidak lagi dibebani masalah kewangan yang kronik setiap bulan. Untuk menjadikan diri anda seorang "Magnet Duit", anda perlulah belajar mengenai minda, spiritual dan tabiat.

Baru-baru ini Penulis Blog LinnComel.com iaitu Azlina Abd Rahim atau lebih dikenali sebagai LinnComel telah melancarkan sebuah ebook hebat yang bertajuk "Rahsia Menjadi Magnet Duit". Ia mempunyai ilmu yang agak lengkap untuk membantu anda menjadi "Magnet Duit"

Antara ilmu yang terkandung dalam E-Book ini ialah:
- Tarik wang teknik dompet.
- Tarik wang ketika kesulitan.
- Tarik wang tukar fokus.
- Tarik wang hak memiliki.
- dan banyak lagi.

Usah bimbang, Ilmu-ilmu yang diajarkan dalam e-book ini adalah berlandaskan kepada ajaran Islam dan tidak mengagungkan kaedah barat.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai e-book ini, sila ke:
http://bit.ly/panduantarikduit

Anda hanya boleh mendapatkan ebook ini sehingga 11:59 malam 31 Januari 2011 sahaja kerana selepas tarikh tersebut, jualan e-book ini akan dihentikan serta-merta.

Bertindaklah sekarang untuk menjadi "Magnet Duit", bila lagi peluang anda untuk mengatasi masalah kesempitan duit jika bukan sekarang?

Anda bukan seorang yang kaya atau dalam keluarga yang berada. Anda juga bukanlah seoarang yang mampu mengawal kewangan anda. Jadi anda perlulah menjadi "Magnet Duit" untuk mengatasi masalah kritikal manusia iaitu masalah kesempitan wang!

Dapatkan E-Book "Rahsia Magnet Duit" ini di:
http://bit.ly/panduantarikduit

Anda Pasti Menjadi Magnet Duit!


p/s : kemalasan melanda tahun depan la pulak update jawatan kosong kat blog, kepada yang ada info jawatan kosong sudi2 kanlah diri berkongsi di FB info kerjaya.
Tag :

TIP CARA TULIS RESUME LENGKAP

on Monday, December 20

MAKLUMAT PERIBADI (Personal Information)

Maklumat peribadi adalah merangkumi nama, alamat, nombor telefon dan e-mail. Anda boleh juga memasukkan profail ringkas yang merangkumi objektif kerjaya anda.

Pastikan bahawa maklumat peribadi adalah ringkas. Tak payah nak masukkan info yang tidak relevan seperti warna rambut, status, tempat lahir, jumlah anak, jumlah isteri, opsss… Tolong simpan huraian lanjut anda untuk bahagian yang lebih penting.

HOBI/AKTIVITI MASA LAPANG (Interests/ Hobbies)

Majoriti majikan gemar mengambil calon yang mempunyai keseimbangan dalam kerjaya dan hidup. Menerangkan apa yang ada buat di masa senggang dapat menolong future employer menilai karektor anda. Adakah anda seorang yang suka menyertai kerja – kerja amal? Gemar fotografi? Menyelam? Penulisan kreatif? Sebutkan.

Hobi yang dinyatakan tidak semestinya berkaitan dengan kerjaya anda. Malah anda juga boleh memilih untuk tidak menyertakan maklumat berkaitan hobi.

PENDIDIKAN DAN KELAYAKAN PROFESIONAL (Education and Professional Qualifications)

Masukkan maklumat yang paling terkini sahaja. Misalnya, anda baru sahaja tamat pengajian ijazah. Maklumat tersebut adalah mencukupi, ditambah dengan maklumat sekolah menengah.

Tak payah letak maklumat sekolah rendah, tadika dan taska. Sekiranya anda berkeras jugak (degil sungguh) nak letak maklumat sekolah rendah sebab anda lompat darjah dua kali (pandainyeeee… anak sape ni..), anda boleh berkongsi maklumat tersebut semasa temuduga, itupun sekiranya diperlukan. Bukan dalam resume.

Maklumat kelayakan profesional adalah kursus – kursus yang pernah anda ikuti atau persijilan (certification) tambahan yang anda perolehi. Misalnya, kursus keusahawanan, Six Sigma, LCCI cerification, kursus andaman dan sebagainya.

Ingat! Hanya letakkan kelayakan profesional yang berkaitan dengan jawatan kosong yang anda pohon sahaja. Jangan beria – ia nak masukkan semua maklumat sampaikan kursus kahwin pun nak dimasukkan.

SKIL/KEMAHIRAN (Skills)

Sertakan ringkasan skil: kemahiran mengunakan aplikasi komputer, book keeping, kelajuan menaip, project management, menggubah bunga, penyediaan western food, dan sebagainya yang berkenaan.

Ingat! Hanya letakkan skil yang paling relevan dengan kerjaya anda sahaja. Kalau memohon untuk kerja network engineer , jangan letak ‘mahir menjahit cross-stitch‘. Kena baling dengan telur busuk jawabnya.

BAHASA (Language)

Letakkan seberapa banyak bahasa utama yang anda tahu, berserta tahap penggunaan.
Sekiranya anda tahu bahasa asing seperti bahasa Jepun atau Perancis, pastikan maklumat tersebut turut disertakan.

Contoh:
Language Spoken Written
English 8 10
Malay 10 10
Mandarin 8 6
Arab 10 7

Kriteria bahasa adalah lebih mudah dibaca dalam bentuk jadual. Pilihan jadual juga mempelbagaikan kandungan resume anda supaya tidak nampak mendatar.

PENGALAMAN KERJA (Working Experience)

Maklumat yang paling penting dalam penulisan resume anda adalah pengalaman kerja. Mengapa?

• perkara pertama yang akan dipertimbangkan oleh majikan.
• membezakan antara yang experienced dan fresh graduate .
• memutuskan sama ada anda mampu memikul tanggungjawab yang lebih berat.
• menentukan basic salary anda (fuiyo! penting tu).

Jadi bagaimana mahu mula cerita pasal working experience ini?

• The best would be in reverse chronological order (didahului dengan pengalaman kerja yang paling akhir). Semasa temuduga juga, majikan akan lebih menekankan soalan yang berkaitan dengan pengalaman kerjaya anda yang terkini.

• Nyatakan tarikh (tahun/ bulan) bila anda bermula dan mengakhiri setiap kerjaya. Pastikan tiada ruang kosong atau jarak yang lama di antaranya. Sekiranya ada, pastikan anda boleh menyatakan sebabnya apabila disoal semasa temuduga kelak.

• Terangkan dengan jelas tentang tugas dan tanggungjawab anda untuk setiap kerjaya. Tekankan skil yang paling relevan dengan kerjaya yang anda pohon. Anda boleh menggunakan beberapa perkataan yang power untuk memberikan professional feel kepada penulisan resume anda.

• Hadkan pengalaman kerja anda kepada tiga yang terakhir. Lima paling maksima. Sekiranya anda nyatakan lebih dari itu, majikan mungkin akan mendapat tanggapan bahawa anda suka job hopping (bertukar – tukar kerja).

Fresh graduates : Anda boleh abaikan bahagian ini. Tapi jangan lupa menyatakan tentang kursus atau praktikal yang pernah anda ikuti sekiranya ada.

PENCAPAIAN DALAM KERJAYA (Accomplishments)

Fikirkan. Apakah yang akan membezakan penulisan resume anda dengan yang lain? Calon lain pun ada skil yang diperlukan, calon lain pun ada beberapa tahun pengalaman, calon lain pun ada rujukan yang baik. Jadi apa yang anda boleh buat untuk membezakan atau menaikkan taraf resume anda daripada mereka?
Jawapannya adalah: pencapaian anda dalam bidang kerjaya

Inilah kriteria penghulu dalam penulisan sebuah resume. Biasanya diletakkan selepas atau digabungkan dengan kriteria Working Experience. Sekiranya kriteria ini dihuraikan dengan baik (dan segala aspek resume yang lain dipatuhi), saya jamin bahawa kemungkinan anda dipanggil temuduga adalah 110%. Begitulah kuatnya impak Accomplishments. It can work wonders.
Teknik Menjawab Soalan Temuduga
Tetapi jarang sekali saya lihat kriteria di atas dititik beratkan oleh calon.
Pencapaian dalam kerjaya bermaksud pencapaian atau sumbangan anda yang ketara semasa bertugas. Ia mungkin dalam bentuk keuntungan, penjimatan, pembaik pulihan, pengiktirafan, anugerah dan sebagainya.

Lihat dua contoh di bawah:

Contoh A
Prepared training modules for new hires


Contoh B
Developed comprehensive training modules (Softskill & Product Knowledge) for new hires that lead to 32% increase in service level

Nampak tak perbezaan antara A dan B? Kedua – duanya menerangkan perkara yang sama tetapi ayat B mempunyai 3 kekuatan:

1. pengunaan perkataan yang power – developed, comprehensive
2. penerangan yang lebih fokus – softskill & product knowledge
3. pencapaian – that lead to 32% increase in service level

Ayat manakah yang anda rasa akan menarik perhatian bakal majikan? Tepuk dada dan tanyalah selera.

RUJUKAN (Referees)

Maklumat berkaitan dengan orang yang boleh menjadi rujukan anda. Jumlah optimum adalah empat orang. Dua dari bidang akademi, dua dari bidang pekerjaan. Maklumat yang perlu ada adalah nama, jawatan, syarikat dan nombor untuk dihubungi. Tempoh perkenalan adalah tidak perlu.

Penting! Mintak izin dulu ye? Jangan memandai nak sumbat maklumat orang lain sesuka ati korang. Pentingnya meminta izin adalah supaya rujukan anda bersedia untuk bekerjasama sekiranya dihubungi oleh bakal majikan anda.

Bukan semua syarikat memerlukan rujukan. Jadi, anda boleh memilih untuk tidak menyertakan rujukan. Sekiranya diperlukan, maklumat rujukan boleh diberikan semasa temuduga atau diisi dalam borang temuduga.

GAJI (Salary)

Gaji sekarang (current salary)
Ada yang suka menipu dengan meletakkan amaun yang lebih tinggi untuk current salary, dengan harapan akan mendapat expected salary yang diinginkan. Ketahuilah bahawa majoriti syarikat akan meminta slip gaji terakhir sebelum menawarkan anda kerja. Kalau terbukti anda menipu, lupakan saja peluang anda untuk menjawat jawatan tersebut. Dengan kata lain, anda kantoi.

Gaji yang dikehendaki (expected salary)
Expected salary mestilah setimpal dengan kelayakan dan pengalaman anda. Setiap kali anda bertukar kerja, secara kasarnya anda boleh menaikkan expected salary dengan penambahan RM500 – RM2000 (pastikan setimpal dengan pengalaman). Atau gunakan prinsip kenaikan 30% – 50% dari gaji lama.

Jangan sekali – kali meletakkan gaji yang spesifik. Nyatakan lingkungan gaji yang dikehendaki sahaja.
Jangan lupa letakkan terma ‘Negotiable’ atau yang seangkatan dengannya. All the little details count! Terma ini menggambarkan bahawa gaji yang anda kehendaki masih boleh dirundingkan semasa proses temuduga nanti.

Contoh:
Expected Salary
RM2500 – RM3200 (Negotiable)
RM3200
RM2500 – RM3200 (Nego)
RM2500 – RM3200 (Negotiate)
Salary is fully negotiable
Salary is negotiable, depending on the responsibilities of the position.

Isu gaji paling baik dibincangkan semasa temuduga. Nyatakan gaji yang dikehendaki (expected salary) dalam resume hanya jika diminta berbuat demikian. Dikhuatiri, jika anda meletakkan gaji yang terlalu tinggi atau terlalu rendah, risiko untuk anda diketepikan dari panggilan temuduga juga sangat tinggi.

The bottom line is this: if it’s not asked, don’t volunteer. Senang citer.

Selamat berjaya dalam temuduga anda!

ARTIKAL ASAL :-  http://1khalifah.wordpress.com/2010/01/06/resume-dan-cv-terbaik/
Tag :

KEKOSONGAN JAWATAN DI RISDA

on Saturday, December 11

PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN BERIKUT DALAM PERKHIDMATAN RISDA
  1. PEGAWAI TADBIR GRED N41
  2. PEGAWAI PERTANIAN GRED G41
  3. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29
  4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
  5. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G27
  6. PENOLONG AKAUNTAN GRED W27
  7. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT / SETIAUSAHA PEJABAT GRED N17/N27
  8. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17
  9. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17
  10. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17
  11. PEMANDU KENDERAAN GRED R3
  12. PEKERJA AWAM GRED R1
  13. PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1
Permohonan hendaklah dibuat secara online sahaja melalui www.jobsmalaysia.gov.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN IALAH PADA 18 DISEMBER 2010
MAKLUMAT IKLAN KLIK SINI
Tag :

KEKOSONGAN JAWATAN DI JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

A. PEGAWAI PERKHIDMATAN DG41 48 PENDIDIKAN SISWAZAH
(sukatan Tahfiz, KBSM & Al-Azhar)
B. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17 2
C. PEMBANTU TADBIR (P/O) N17 2
D. PENYELIA ASRAMA N17 4
E. PEMBANTU MAKMAL C17 4
F. PEMANDU KENDERAAN R3 2 (Lelaki Sahaja)
G. PEMBANTU AM PEJABAT N1 2

TARAF JAWATAN : KONTRAK

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Untuk Jawatan Kontrak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS-BPN.1) yang boleh diperolehi di alamat Bahagian Khidmat Pengurusan/Unit Sumber Manusia JAIS Tingkat 1, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, No. 2, Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5, 40676 Shah Alam, Selangor atau laman web JAIS di http://www.jais.gov.my.

Semua Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan Kad Pengenalan, salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa dan salinan Sijil Kelahiran serta Sijil-Sijil Persekolahan yang berkaitan.8

Permohonan hanya dibuka untuk anak Selangor atau bermastautin melebihi 15 tahun disertakan surat pemastautin.

Semua salinan sijil hendaklah diakui sah.

Permohonan yang berikut akan ditolak :-
(i) Tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan
(ii) Tidak lengkap atau tidak terang.
(iii) Tidak memenuhi syarat- syarat kelayakan.
(iv) Tidak besertakan gambar.
(v) Tidak ditandatangani.

ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP
Permohonan hendaklah sampai kepada:
PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR, TINGKAT 1, MENARA SELATAN, BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH, NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK, SEKSYEN 5, 40676 SHAH ALAM. 
Sebelum atau pada 24 DISEMBER 2010. 

maklumat lanjut jawatan klik sini
Tag :

JAWATAN KOSONG PEMBANTU AM RENDAH DI PERKESO

on Sunday, December 5

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI
TARIKH TUTUP : 13 DISEMBER 2010
Tag :

KEKOSONGAN JAWATAN SEBAGAI JURURAWAT

Kekosongan jawatan di Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM

Jawatan           :    Jururawat Terlatih (Staff Nurse) – 1 kekosongan
Taraf jawatan   :    Tetap
Gaji permulaan  :    RM2,500 (tidak termasuk elaun)
Syarat kelayakan:

  1. Diploma Kejururawatan.
  2. Telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
  3. Mempunyai Lesen APC.
  4. Mempunyai pengalaman bekerja di dalam wad surgical dan medical.
  5. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang hemodialisis lebih daripada 2 tahun.
  6. Mempunyai komitmen yang tinggi untuk bekerja dalam bidang hemodialisis.
Calon yang berminat, sila hantar resume sebelum 31 Disember 2010 ke alamat seperti berikut:
Yayasan Veteran ATM
Tingkat 20, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur.
Tag : ,

JAWATAN KOSONG KERAJAAN PULAU PINANG - PEGAWAI TADBIR

Jawatan Kosong Di Bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi jawatan Pegawai Tadbir Gred N41 dan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17. Maklumat lanjut boleh didapati dengan muat turun iklan.  

TARIKH TUTUP 9 DISEMBER 2010
Tag :

JAWATAN KOSONG DI MADA


Pemohon-Pemohon daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di dalam perkhidmatan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda:-

JURUTERA (MEKANIKAL) GRED J41
PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G27
PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
JURUTEKNIK (MEKANIKAL) GRED J17
PENOLONG JURUAUDIT GRED W27 (KONTRAK)

CARA MEMOHON :

Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan borang MADA Am 3 yang boleh dicetak daripada
Laman Web MADA http://www.mada.gov.my

Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada:-
Pengurus Besar,
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Ibu Pejabat MADA,
Ampang Jajar,
05990 ALOR STAR.
[ u.p.: Cawangan Pengurusan Sumber Manusia ]

Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Kuasa-Kuasa Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan Laporan Prestasi Tahunan dan salinan Kenyataan Perkhidmatan.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 23 Disember 2010. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.

IKLAN LENGKAP JAWATAN

MUATTURUN BORANG

Tag :

JAWATAN KOSONG DI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR (PPAS)

on Friday, December 3

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan TETAP di seluruh Negeri Selangor.

1. PEMBANTU PERPUSTAKAAN S17
2. PEMBANTU AM PEJABAT N1
3. PEKERJA AWAM R1

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Jawatan PPAS(PK)101® yang boleh diperoleh dengan melayari laman web PPAS di http://www.ppas.gov.my dan juga boleh didapati sendiri di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.

TARIKH TUTUP : Tarikh tutup permohonan ialah tidak lewat pada 10 Disember 2010.

IKLAN JAWATAN
Tag :