Jawatan kosong terus ke email anda, daftar email anda dibawah :

Delivered by FeedBurner

JAWATAN KOSONG DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (UMMC)

on 27 November 2010

PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN-JAWATAN BERIKUT :-

Bil Jawatan Gred Kumpulan Perkhidmatan Taraf Jawatan Maklumat Jawatan
1. Jurutera (Elektrik) J41 Pengurusan & Profesional Tetap Klik disini
2. Penolong Jurutera (Mekanikal) J29 Sokongan Tetap Klik disini
3. Penolong Akauntan W27 Sokongan Tetap Klik disini
4. Pegawai Khidmat Pelanggan N17 Sokongan Tetap Klik disini

Permohonan

Tarikh tutup permohonan ialah pada 12 Disember 2010. Sila layari laman web www.ummc.edu.my atau http://spj.ummc.edu.my untuk keterangan lanjut.
Tag :

JAWATAN KOSONG DI UNISZA

on 26 November 2010

Universiti Sultan Zainal Abidin sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dipelawa untuk memohon jawatan - jawatan yang berikut :

JAWATAN AKADEMIK
  1. PENSYARAH UNIVERSITI
  2. PENSYARAH PERUBATAN
Borang Jawatan Akademik

TARAF JAWATAN : Tetap / Kontrak
CARA MEMOHON / SYARAT LANTIKAN :
  1. Syarat - syarat lantikan beserta maklumat lanjut boleh diperolehi melalui laman web UDM. http://www.unisza.edu.my
  2. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan UniSZA yang boleh diperolehi dengan menerusi laman web UniSZA dan juga boleh didapati dari Jabatan Pendaftar, Universiti Sultan Zainal Abidin, Lot 3921, Jalan Engku Sar, Batas Baru, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu.
  3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga(3) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.
  4. Tarikh tutup permohonan ialah pada 5 Disember 2010. Walaubagaimana pun calon boleh memohon jawatan ini sepanjang tahun.

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :
JABATAN PENDAFTAR
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
LOT 3921
JALAN ENGKU SAR, BATAS BARU
20300 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
TEL : 09-6221177 / FAX 09-6221139
SUMBER : http://www.unisza.edu.my/borang/
Tag :

JAWATAN KOSONG DI INSTITUT TERJEMAHAN NEGARA (ITNM)

Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan dan diselia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa individu yang dinamik untuk program latihan berikut:-
  1. PENTERJEMAH PELATIH
Tanggungjawab:
Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) sedang mencari calon baharu yang dinamik untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kami dalam usaha menerajui bidang terjemahan di Malaysia. Calon akan menjalani program latihan dalam bidang penterjemahan dan penyuntingan. Program latihan ini adalah sebahagian daripada inisiatif ITNM dalam usaha melahirkan penterjemah berbakat bagi melaksanakan projek terjemahan kami pada masa hadapan. Calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti
program latihan ini.

Kelayakan:
• Mempunyai ijazah dalam apa-apa bidang atau berpengalaman dalam bidang terjemahan
• Fasih bertutur dan mahir menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
• Mempunyai personaliti dan kemahiran komunikasi yang baik
• Mahir menggunakan komputer

Calon yang berjaya akan ditawarkan tempat sebagai pelatih program selama setahun dan akan mendapat elaun bulanan sebanyak RM1,200.00 termasuk beberapa manfaat seperti KWSP, PERKESO & Insurans Perubatan. Calon berkenaan akan diberikan pendedahan dan pengalaman kerja selama menjalani program latihan tersebut. Seterusnya calon yang layak akan diberikan peluang untuk diserapkan ke jawatan tetap selepas tamat tempoh kontrak. Surat permohonan berserta resume dan salinan sijil hendaklah dihantar ke:-
INSTITUT TERJEMAHAN NEGARA MALAYSIA
Wisma ITNM, No. 2 Jalan 2/27E, Seksyen 10, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.
(u.p: Unit Sumber Manusia)
atau
E-mel : kerjaya@itnm.com.my
Tarikh tutup permohonan: 6 Disember 2010

IKLAN JAWATAN KOSONG
Tag :

JAWATAN KOSONG DI PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA (MPC) -JURUTEKNIK

on 25 November 2010

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:-

JURUTEKNIK GRED J17
Klasifikasi - Perkhidmatan Kejuruteraan
Kumpulan Perkhidmatan - Sokongan
Taraf Jawatan - Tetap
Tempoh Percubaan - 1 hingga 3 tahun
Peperiksaan - Seperti yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan yang berkaitan

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan MPC, yang boleh didapati daripada Unit Pengurusan Sumber Manusia (HRM), Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Peti Surat 64, Jalan Sultan, 46904 Petaling Jaya dan di semua pejabat-pejabat Wilayah MPC (Kepala Batas, Pulau Pinang; Johor Bahru, Johor; Kuantan, Pahang; Kota Kinabalu, Sabah; dan Kuching, Sarawak) dengan datang sendiri atau mengirim sampul surat berukuran 25cm x 16cm bersetem 70 sen dan beralamat sendiri.

1. Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan- Badan Berkanun/Kuasa-Kuasa Tempatan hendaklah menyalurkan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing.

2. Borang permohonan yang telah diisi lengkap hendaklah dimajukan kepada:-
Ketua Pengarah
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Peti Surat 64, Jalan Sultan
46904 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
pada atau sebelum 1 Disember 2010.

maklumat lanjut iklan jawatan
Tag :

JAWATAN KOSONG PENSYARAH DI KOLEJ RISDA

KOLEJ RISDA Sdn Bhd merupakan sebuah badan korporat di bawah Akta Syarikat 1965 yang beribu pejabat di KM 7, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur. Kampus induknya iaitu Kolej RISDA Melaka adalah kampus berdaftar sebagai Institusi Pengajian Tinggi Swasta di bawah Akta Institut Pendidikan Tinggi Swasta 1996. Mempelawa rakyat malaysia yang berkelayakan mengisi jawatan seperti dibawah :-

1. JAWATAN PENSYARAH (KONTRAK)

SYARAT-SYARAT DAN KELAYAKAN YANG DIPERLUKAN

Calon-calon bagi lantikan ini hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

a) Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang daripada 21 tahun
c) Memiliki kelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan.

CARA MEMOHON

Permohonan terbuka kepada calon yang berkelayakan. Permohonan daripada Pegawai/Kakitangan RISDA dan Anak Syarikat hendaklah dibuat melalui Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing.
Sila sertakan salinan sijil, skrol & transkrip serta dokumen berkaitan dengan permohonan yang telah disahkan.
Hanya permohonan yang di senarai pendek SAHAJA akan dipanggil untuk temuduga.
Semua permohonan hendaklah dialamatkan kepada :-
PENGARAH KAMPUS
KOLEJ RISDA
LOT 2020 AYER PA’ABAS
78000 ALOR GAJAH
MELAKA
Tel :- 05-552 9227 / 552 9642
Faks :- 06-552 9963
Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat
Tarikh tutup permohonan : 10-Disember-2010

maklumat lanjut sila ke >> http://www.kolejrisda.edu.my/jawatan.html
Tag :

JAWATAN KOSONG DI MPKJ

on 24 November 2010


PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARIPADA CALON-CALON WARGANEGARA MALAYSIA ( KEUTAMAAN KEPADA WARGA SELANGOR ) BERUMUR TIDAK KURANG DARI 18 TAHUN PADA TARIKH TUTUP IKLAN JAWATAN YANG BERKELAYAKAN UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN BERTARAF KONTRAK SEPERTI BERIKUT DI MAJLIS PERBANDARAN KAJANG.

  1. PEMBANTU TADBIR ( GRED N17 )
  2. JURUTEKNIK ( BANGUNAN ) ( J17 )
  3. PEMBANTU JURUAUDIT ( W17 )
Cara memohon
(a) Borang permohonan boleh didapati secara terus di Kaunter Hasil, Tingkat 1, Majlis Perbandaran Kajang, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan berharga RM 2.00 bagi setiap borang. Pembelian melalui pos hendaklah menggunakan Wang Pos di atas nama Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang berserta sampul surat saiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 atau dimuat turun dari laman web www.mpkj.gov.my

(b) Borang permohonan hendaklah ditandatangani dan disertakan dengan Salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan yang telah disahkan dan gambar berukuran pasport. Semua dokumen hendaklah dikepilkan ( binding ) dengan kemas bagi megelakkan keciciran / kehilangan dokumen. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat. BORANG PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP DIISI / TIDAK MEMENUHI SYARAT AKAN DITOLAK. Satu borang adalah untuk satu jawatan sahaja.

(c) Alamat permohonan :
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih Off Jalan Semenyih
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Bahagian Pejawatan )
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 6HB DISEMBER 2010 ( ISNIN )
Tag :

JAWATAN KOSONG DI UPSI


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), satu- satunya Universiti Pendidikan di Malaysia dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan menyertai kami meneruskan kebitaraan dengan mengisi jawatan - jawatan bertaraf TETAP/ SAMBILAN seperti tersenarai.


SENARAI KEKOSONGAN JAWATAN BUKAN AKADEMIK

  BIL JAWATAN   GRED   TARAF LANTIKAN   KEKOSONGAN
  1 PEGAWAI KESELAMATAN KP44
TETAP
             1
  2 PEGAWAI KESELAMATAN KP41
TETAP
             1
  3 PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17
TETAP
             1
  4 TUKANG K2 (MEKANIKAL) R11
TETAP
             1



SYARAT - SYARAT LANTIKAN
Klik untuk mendapatkan syarat- syarat lantikan bagi setiap jawatan yang ingin dipohon.


DESKRIPSI TUGAS JAWATAN BUKAN AKADEMIK
Klik untuk mendapatkan deskripsi tugas Jawatan Bukan Akademik mengikut jawatan yang ingin dipohon.

PANDUAN PERMOHONAN
i. Pemohon hendaklah mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam
Sistem Online. Klik
Tag :

JAWATAN KOSONG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

on 23 November 2010

JAWATAN KOSONG DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA TINGGI AL-RAHMAN

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :-

1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis disertakan dengan resume. Sila sertakan sekeping gambar berukuran pasport dan di alamatkan kepada:-
SEKOLAH MENENGAH AGAMA TINGGI AL-RAHMAN
No 7A, Jalan Suakasih 1/3, Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras Selangor D.Ehsan.
(u.p PUAN S.N.AISYAH BTE TAJUDIN)
NO TEL: 0192545649 / 0176068812
Atau emelkan ke aisyahtus_safiyyah@yahoo.com

TARIKH TUTUP :- SEPANJANG TAHUN
MAKLUMAT LANJUT >> http://smatar.wordpress.com/jawatan-kosong
Tag :

JAWATAN KOSONG DI DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:

1) PEGAWAI TADBIR GRED N41 (TETAP/ KONTRAK)
2) PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29 (TETAP)
3) PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U17 (TETAP)
4) PENGHANTAR NOTIS GRED N3 (TETAP)

CARA MEMOHON

(i) Permohonan jawatan kosong ini hendaklah menggunakan Borang DBKL(P)-J/1 yang boleh dimuat turun (download) dari Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan melayari http://www.dbkl.gov.my.
(ii) Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah Luar Negara dan Ijazah dari Institut Pengajian Tinggi Swasta hendaklah menyemak kelulusan di laman web http://www.interactive.jpa.gov.my
(iii) Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah disertakan dengan salinan Sijil Kelahiran, Ijazah dan Transkrip Akademik, Sijil-Sijil yang berkaitan, Sijil-Sijil Persekolahan yang telah disahkan dan sekeping
gambar yang terbaru berukuran passport.

ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP:

Permohonan hendaklah sampai kepada:-
PENGARAH
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
(BAHAGIAN PERJAWATAN DAN PENGAMBILAN)
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
TINGKAT 3, MENARA TUN RAZAK
JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR
Sebelum atau pada : 6 DISEMBER 2010 (ISNIN)
Tag :

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS BANDARAYA IPOH (MBI)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi jawatan berikut:-
  1. JURUTERA
  2. AKAUNTAN
  3. PEGAWAI PENILAIAN
  4. PENOLONG JURUTERA (UKUR BAHAN/ ELEKTRIK/ AWAM)
  5. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN
  6. JURUTEKNIK LANDSKAP
  7. JURUTEKNIK
  8. JURUTEKNIK KOMPUTER
  9. ARTIS BUDAYA
  10. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT
  11. PEMBANTU PERPUSTAKAAN
  12. TUKANG K2
  13. TUKANG K3 
  14. PEMANDU KENDERAAN 
CARA MEMOHON

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong yang boleh dimuat turun daripada portal Majlis Bandaraya Ipoh – www.mbi.gov.my.

(b) Permohonan dari pegawai/anggota yang sedang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing selaras dengan Perenggan 17, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2005) dan mengemukakan bersama salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi yang terkini.

(c) Permohonan hendaklah disertakan:-
a. Sekeping gambar terkini berukuran passport/kad pengenalan; (dilekatkan pada borang permohonan)
b. Salinan Ijazah/diploma/SPM/SPVM/LCE/SRP/PMR/Sijil Persekolahan (Disahkan);
c. Salinan Sijil Berhenti Sekolah (Disahkan)
d. Salinan Sijil Lahir dan Kad Pengenalan (Disahkan)
e. Setem 50 sen (dilekatkan di mukasurat belakang borang permohonan serta dituliskan nama dan alamat sendiri yang lengkap)

(d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada
Penolong Setiausaha (Sumber Manusia), Tingkat 1, Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown, 30450 Ipoh 
pada atau sebelum 8 Disember 2010 dengan mencatatkan nama jawatan di sebelah kiri sampul surat.

(e) Permohonan yang AKAN DITOLAK DAN SEBARANG RAYUAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN SEKIRANYA:
a. Tidak lengkap atau tidak jelas;
b. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan;
c. Tidak menyertakan salinan ijazah/diploma/sijil/dokumen yang berkaitan atau tidak membuat pengesahan pada salinan dokumen.

(f) Jika tuan/puan tidak dihubungi selepas 6 bulan dari tarikh tutup permohonan ini, tuan/puan adalah dianggap tidak berjaya.

IKLAN JAWATAN KOSONG
BORANG
Tag :

TEKNIK MENJAWAB SOALAN TEMUDUGA

“Susahnya nak dapat kerjaaaa!”

Ayat ini sering diluahkan oleh para graduan, pekerja kontrak, pekerja sambilan dan individu yang sedang mencari pekerjaan tetap. Mana tidaknya, setelah berhempas pulas menamatkan pengajian, tibalah masanya untuk ‘memegang’ wang sendiri, membeli kereta idaman, melancong dan berkahwin! Oh serononknya. Namun realitinya tidak begitu.

Berapa ramai orang yang memiliki sijil, diploma atau ijazah tapi masih menganggur dan hanya melakukan kerja sambilan. Mengapa berlaku sedemikian? Adakah mereka tidak keluar mencari kerja dan hanya bergoyang kaki di rumah? Adakah mereka tidak menghantar resume ke mana-mana syarikat? Adakah mereka tidak pernah menghadiri temuduga? Ya, semua perkara ini telah mereka lakukan.

Namun, nasib tidak menyebelahi mereka apabila mereka GAGAL DALAM SESI TEMUDUGA.

Jika anda pernah mengalami nasib yang sama, saya ada berita baik buat anda. Sahabat saya saudara Hafiz Lidin telah menerbitkan sebuah panduan lengkap yang diberi nama Teknik Menjawab Soalan Temuduga. Di dalam panduan ini mengandungi lebih 100 soalan yang sering ditanya ketika sesi temuduga. Lebih tepat lagi, ia mengandungi:

10 soalan umum yang sering ditanya ketika temuduga
10 soalan yang sering ditanya kepada graduan
35 soalan yang berkaitan dengan kerja
15 soalan lain yang mungkin ditanya
22 soalan pelik yang mungkin ditanya

Kesemua soalan ini disertakan dengan tips cara menjawabnya dengan betul dan jawapan cadangan yang mampu menarik perhatian penemuduga memilih anda berbanding calon lain. Jawapan ini pula ditulis dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jadi, ia sangat memudahkan. anda hanya perlu hafal dan sesuaikan dengan situasi dan keadaan anda.

Jika anda berminat untuk mendapatkan kerja dengan lebih cepat atau ingin bertukar kerja lain yang lebih baik, saya cadangkan anda dapatkan ebook ini segera. Ini kerana saya difahamkan saudara Hafiz Lidin hanya mencari 100 orang pertama untuk harga promosi ebook ini. Selepas kuotanya mencukupi, harganya akan dinaikkan.

Layari http://bit.ly/tekniktemuduga
Tag :

JAWATAN KOSONG DI HUKM

on 18 November 2010



Jawatan 1 : PEGAWAI SAINS C41
Jawatan 2 : PENERBIT RANCANGAN B27
Jawatan 3 : PENOLONG AKAUNTAN W27
Jawatan 4 : JURUTEKNIK J17
Jawatan 5 : PELUKIS PELAN J17
Jawatan 6 : PEMBANTU AKAUNTAN W17

CARA MEMOHON

Pemohon-pemohon dikehendaki mengisi Borang Permohonan Jawatan (HUKM/JSM/UPP/BR01) yang boleh didapati di Jabatan Sumber Manusia, Tingkat 1, Kompleks Pendidikan Perubatan, Canselor Tuanku Jaafar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, 56000 Cheras, Kuala Lumpur. Cetakan Borang Permohonan Jawatan (HUKM/JSM/UPP/BR01) boleh dibuat melalui laman web jabatan ini di alamat http://jsm.hukm.ukm.my

Borang Permohonan Jawatan (HUKM/JSM/UPP/BR01) yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:

Pemangku Ketua
Jabatan Sumber Manusia Tingkat 1
Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja'afar
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur

Tarikh Tutup Iklan : 26 November, 2010


MAKLUMAT LANJUT JAWATA KOSONG :
http://jsm.hukm.ukm.my/sistem/upp/iklan.php?menu=senarai&id=56

 EBOOK PANDUAN PERCUMA UNTUK PEMBACA BLOG INFO KERJAYA ::- DOWNLOAD
 
Tag :

JAWATAN KOSONG DI MPSJ

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur
18 tahun keatas untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. PEGAWAI TADBIR N41 KONTRAK 1
a) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
b) Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan
c) Taraf Jawatan : Kontrak
d) Kekosongan Jawatan : 1

Cara Memohon.
a) Borang permohonan jawatan (percuma) boleh didapati dari Kaunter Bersepadu MPSJ atau boleh didapati melalui internet: www.mpsj.gov.my
b) Borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan terang dan dihantar ke alamat berikut:
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA,
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN,
TINGKAT 2,
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA,
PERSIARAN PERPADUAN USJ 5,
47610 SUBANG JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN.
c) Semua borang permohonan hendaklah disertakan dengan sesalinan gambar berukuran pasport, surat beranak, kad pengenalan, lesen memandu, sijil-sijil keputusan peperiksaan dan tamat persekolahan yang telah disahkan dari salinan asal.

d) Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan diterima dan dipertimbangkan.

e) Tarikh tutup permohonan pada 22 November 2010(Isnin) 

Catatan Am
- Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan akan dipanggil temuduga.
- Sebarang tuntutan perbelanjaan adalah tanggungjawab pemohon sendiri.
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

(KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA ANAK NEGERI SELANGOR)

Teknik Menjawab Soalan Temuduga
Tag :

JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA KEMAJUAN BINTULU

Permohonan dipelawa daripada Wargakerja Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup iklan

JAWATAN : PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41
Taraf Jawatan : SEMENTARA
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Perundangan Dan Kehakiman
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
Skim Perkhidmatan : Pegawai Undang-Undang
Jadual Gaji Matriks : Gred L41

Borang permohonan dan maklumat lanjut boleh diperolehi/dimuat turun laman web BDA di http://www.bda.gov.my/download.htm
Perkara Mesti Dilampirkan/Disertakan:
  • Salinan transkip penuh keputusan pengajian yang telah disahkan
  • Salinan Sijil Lahir dan sijil-sijil atau dokumen sokongan lain yang telah disahkan
  • Nombor telefon (rumah, handset & pejabat)/email Surat Pengesahan majikan sebelumnya 
  • Salinan penilaian prestasi terkini yang telah disahkan bagi calon yang sedang berkhidmatan dengan kerajaan.
Sila hantar permohonan ke alamat di bawah sebelum atau pada 30 NOVEMBER 2010
PENGURUS BESAR
LEMBAGA KEMAJUAN BINTULU
IBU PEJABAT
WISMA BINTULU
NO.1, JALAN KIDURONG,
PETI SURAT 55
97007 BINTULU
(U.P.: SEKSYEN PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA)
PENTING:
1. Maklumat temuduga akan dimaklumkan melalui laman web bda dan melalui email.
2. Untuk semakan pengiktirafan kerajaan, sila rujuk: www.jpa.gov.my dan sila lampirkan pengesahan pengiktirafan anda bersama-sama dengan borang/surat permohonan anda.

Tag :

JAWATAN KOSONG DI JABATAN LANDSKAP NEGERI JOHOR

 
Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Landskap Negeri Johor dan ditempatkan di Taman Botani, Seri Medan Batu Pahat bagi jawatan sebagaimana berikut :-

JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN (PENGURUS LADANG)
GRED : G27
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PERTANIAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : SOKONGAN
JABATAN : LANDSKAP NEGERI JOHOIR
TARAF JAWATAN : KONTRAK

CARA –CARA MEMOHON :

i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang SUKJ 01 yang boleh diperolehi daripada pejabat ini dengan cara datang sendiri ke
Jabatan Landskap Negeri Johor, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, 79503 Nusajaya, Johor Bahru, Johor.
ii) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping
gambar terbaru berukur dan salinan sijil yang diakui sah sebagaimana berikut :-
  • Sijil Kelahiran
  • Kad Pengenalan
  • Sijil Persekolahan/Berhenti Sekolah
  • Lain-Lain Sijil / Surat Akuan
iii) Borang Permohonan yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dihantar ke alamat :
PEGARAH
JABATAN LANDSKAP NEGERI JOHOR
ARAS 1, BANGUNAN DATO’ JAAFAR MUHAMMAD
KOTA ISKANDAR, 79503 NUSAJAYA,
JOHOR BAHRU, JOHOR.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : Sebelum atau pada : 28 November, 2010

Tag :

JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA PELABUHAN KLANG


LEMBAGA PELABUHAN KELANG mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berdedikasi, bermotivasi tinggi, bertanggungjawab terhadap tugas dan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:

1. Pegawai Sains C41
2. i. Jurutera (Aw am) J41
   ii. Jurutera (Mekanikal) J41
3. Pegawai Tadbir N41
4. i. Penolong Jurutera J29
   ii. Penolong Jurutera J29
5. i. Juruteknik (Mekanikal) J17
   ii. Juruteknik (Elektrik) J17
6. Pegawai Bomba KB17
7. Pembantu Keselamatan KP17
8. Pengawal Keselamatan KP11
9. Penjaga Jentera Elektrik R24
10. Penjaga Jentera Elektrik R22
11. Penjaga Jentera Elektrik R17
12. Pekerja Aw am R1

UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN
Calon-calon lantikan tetap hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan.

CARA MEMOHON
(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong yang boleh diperolehi dari
Jabatan Sumber Manusia, Lembaga Pelabuhan Kelang,Beg Berkunci 202, Jalan Pelabuhan Utara, 42005 PelabuhanKlang
atau boleh didapati dengan mencetaknya melalui laman web rasmi LPK iaitu www.pka.gov.my.

(b) Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalamperkhidmatan Kerajaan/Badan Berkanun/Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui KetuaJabatan masing-masing berserta dengan salinan LaporanPenilaian Prestasi Tahunan Terkini, Penyata Perkhidmatan dan Penyata Cuti yang kemas kini.

(c) Salinan sijil-sijil akademik, transkrip, pengiktirafan kelayakan JPA, slip keputusan PTK, kad pengenalan, sijil kelahiran dan dokumen berkaitan yang telah disahkan hendaklah disertakan bersama-sama dengan borang permohonan.

(d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Pengurus Besar, Lembaga Pelabuhan Kelang, Beg Berkunci 202, JalanPelabuhan Utara, 42005 Pelabuhan Klang. [u.p.Pengurus (Sumber Manusia)].

(e) Permohonan yang tidak menurut peraturan, tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan

(f) Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temu duga. Pemohon yang tidak menerima apa-apajawapan dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 NOVEMBER 2010.

download borang
download iklan

Teknik Menjawab Soalan Temuduga
Tag :

JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA PELABUHAN BINTULU (BPA)

on 14 November 2010

JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA PELABUHAN BINTULU
 
  1. JAWATAN : PEGAWAI TADBIR, GRED N41
  2. JURUTEKNIK, GRED J17
  3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI), GRED N17

Cara Memohon :
a. Maklumat lanjut mengenai jawatan-jawatan tersebut diatas boleh didapati dari laman web rasmi LPB http://www.bpa.gov.my
b, Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Borang Permohonan Jawatan LPB yang boleh didapati dari Bahagian Sumber Manusia, Aras 9, Lembaga Pelabuhan Bintulu atau boleh dimuat-turun melalui laman web rasmi LPB http://www.bpa.gov.my. Borang Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat.
c. Pegawai-pegawai Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Kuasa–Kuasa Tempatan hendaklah memohon melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut kehendak-kehendak P.U.(A) 175- Peraturan 17 dengan mengemukakan Penyata Perkhidmatan yang terkini dan Laporan Sulit termasuk LNPT untuk tempoh tiga (3) tahun berturut-turut.
d. Permohonan yang tidak dilengkapi dengan gambar, salinan sijil berkaitan atau lewat diterima serta tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan akan ditolak. Surat-menyurat tidak akan dilayani. Semua permohonan hendaklah dialamatkan dan dihantar kepada :
Pengurus Besar
Lembaga Pelabuhan Bintulu
Aras 8, 9 & 10
Menara Kidurong
Peti Surat 296
Jalan Tanjung Kidurong
97007 Bintulu
download iklan
download borang
Tag :

JAWATAN KOSONG DI BERNAMA

on 13 November 2010



BERNAMA, peneraju dalam perkhidmatan berita dan maklumat mempelawa calon-calon yang layak untuk mengisi jawatan tersebut:

Penolong Pegawai Perpustakaan Gred S27

Kelayakan:
Diploma Sains Perpustakaan & Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; Kepujian dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia Berkemahiran berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Calon yang berminat diminta membuat permohonan yang lengkap dengan menyatakan kelayakan, pengalaman bekerja, gaji yang diterima sekarang serta gaji yang dipohon, nombor yang boleh dihubungi, serta gambar berukuran pasport dan salinan sijil-sijil ke alamat seperti di bawah pada atau sebelum 25 NOVEMBER 2010:

Pengurus Sumber Manusia
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Tingkat 14 Wisma BERNAMA
No.28 Jalan 1/65A,
Off Jalan Tun Razak
Peti Surat 10024,
50700 KUALA LUMPUR

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga)

Teknik Menjawab Soalan Temuduga
Tag :

JAWATAN KOSONG DI MARDI

IKLAN JAWATAN KOSONG DI MARDI

1. JAWATAN:
i) Pegawai Penyelidik Gred Q41
ii) Pegawai Tadbir Gred N41
iii) Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
iv) Juruteknik Gred J17
v) Pembantu Penyelidik Gred Q17 (Sabah dan Sarawak sahaja)

DOWNLOAD IKLAN
KLIK SINI UNTUK MEMOHON
TARIKH TUTUP : 19 NOVEMBER 2010
Tag :

JAWATAN KOSONG DI PUSTAKA - Sarawak State Library

on 12 November 2010

Permohonan adalah dipelawa daripada warga negara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. Pustakawan, Gred S41 (1 KEKOSONGAN – MIRI)
2. Pembantu Perpustakaan, Gred S17 (1 KEKOSONGAN – KUCHING)

Cara Memohon:
1. Permohonan hendaklah beserta dengan butir-butir peribadi (curriculum vitae) yang lengkap dengan memberi keterangan tentang kelayakan, pengalaman, gaji, salinan sijil-sijil berkaitan dan sekeping gambar berukuran passport ke alamat:
PEMANGKU KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PUSTAKA NEGERI SARAWAK
Jalan Pustaka, Off Jalan Stadium
Petra Jaya, 93050 Kuching
2. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini
3. Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan sijil-sijil yang disahkan
4. Hanya permohonan yang dipilih untuk temuduga sahaja akan dihubungi
5. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.
6. Tarikh tutup iklan adalah pada : 14 November 2010

IKLAN PENUH JAWATAN KLIK SINI
Tag :

JAWATAN KOSONG DI PERBADANAN LABUAN


Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, dipelawa untuk memohon jawatan di Perbadanan Labuan seperti berikut:-

Jawatan : Penolong Pegawai Pertanian
Gred : G27
Klasifikasi Perkhidmatan : Pertanian
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Taraf Jawatan : Kontrak
Bilangan Kekosongan : 1 kekosongan

TARIKH TUTUP 15 NOVEMBER 2010

>> Maklumat Lanjut Iklan klik di sini
>> Borang Permohonan klik di sini
Tag :

JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA MUZIUM PULAU PINANG

on 10 November 2010

Jawatan : PENGAWAL KESELAMATAN
Kekosongan : Lima (5)
Klasifikasi Perkhidmatan : Keselamatan dan Pertahanan Awam
Taraf Jawatan : KONTRAK
Gred Jawatan : KP 11
Jadual Gaji :
P1T1 RM740.62 – P1T21 RM1714.26
P1T1 RM783.09 – P1T18 RM1802.40
P1T1 RM827.19 – P1T18 RM1892.17

PERMOHONAN
Borang permohonan boleh didapati dengan memuat turun daripada laman web rasmi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang, kaunter Muzium dan Galeri Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang. Sila alamatkan borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan ke alamat:
LEMBAGA MUZIUM NEGERI PULAU PINANG
PARAS BAWAH, DEWAN SRI PINANG,
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG
TEL : 04-2613144 FAX: 04-2614544
www.penangmuseum.gov.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Borang permohonan mestilah sampai ke alamat diatas sebelum  atau pada 30 November 2010 (Selasa) pukul 5.00 petang.
Tag :

KEKOSONGAN JAWATAN DI TABUNG HAJI

Kami adalah tunggak kejayaan ekonomi ummah dan pengurusan haji terbilang. Seiring dengan visi dan misi TH, pelawaan dibuka kepada calon-calon warganegara Malaysia yang beragama Islam yang berkelayakan untuk mengisi jawatan seperti berikut:-

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG (NASIHAT KORPORAT) - KONTRAK

CARA PERMOHONAN
Pemohon-pemohon yang berminat boleh menghantar ‘resume’ beserta salinan sijil- sijil akademik atau sijil–sijil lain yang berkaitan dan sekeping gambar terkini berukuran passport serta menulis nama jawatan yang dipohon pada ‘resume’ dan sampul surat selewat-lewatnya sebelum atau pada 17 November 2010
(Rabu) jam 5.00 petang ke:-
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER
LANTAI 27, BANGUNAN IBU PEJABAT TH
201 JALAN TUN RAZAK
50400 KUALA LUMPUR
Hanya calon-calon yang berkelayakan dan terpilih sahaja akan dipanggil temuduga. Jika calon-calon tidak dihubungi dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan maka permohonan mereka dianggap tidak berjaya.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 17 NOVEMBER 2010

Teknik Menjawab Soalan Temuduga
Tag :

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH


Jawatan Kosong MPT - Tarikh Tutup 19 November 2010

1) Penolong Jurutera (Awam) J29 (1 Kekosongan) Tetap
2) Tukang K2 Gred R11 (Automotif / Elektrik) (3 Kekosongan) Tetap
3) Pemandu Kenderaan Gred R3 (1 Kekosongan) Tetap
4) Pemandu Kenderaan Gred R3 (1 Kekosongan) Sambilan

Sila Klik Muatturun Iklan
Sila Klik Muatturun Borang Jawatan MPT

 
Tag :

Panduan dan Format Soalan MTeST

on 09 November 2010

 
Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia Malaysian Teacher Selection Test (MTeST) Tahun 2010


MTeST merupakan singkatan bagi “Malaysian Teacher Selection Test” (Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia). Ujian ini digunakan sebagai saringan awal untuk calon yang memohon mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di institut/ maktab perguruan Malaysia. Calon yang telah menduduki ujian dan mencapai tahap yang ditetapkan sahaja akan dipanggil temu duga

Baca panduan dan format soalan kat KLIK SINI

Tag : ,

ANTARA SEKSYEN YANG "KANTOI"KAN CALON EXAM PTD

on 04 November 2010

Jika anda pernah menduduki peperiksaan M41 sebelum ini, bagi peperiksaan bertulis, ujian sahsiah dan Minat merupakan satu seksyen membunuh calon! Oleh sebab ramai yang gagal sebab ujian Sahsiah dan Minat maka ianya dibawa ke peringkat kedua iaitu Assessment Center, jadi tak la ramai sangat GAGAL peperiksaan
bertulis.

Perghhh.. tapi sesi November ini, ujian itu dimasukkan semula!! Aduyai! Soalannya tak susah tapi mengelirukan. Lihat saja contoh soalan yang mudah tapi meneglirukan;
  • Pentingkan yang penting adalah lebih penting daripada pentingkan yang lebih penting (BETUL/SALAH]
  • Pentingkan yang lebih penting daripada  apa yang penting kerana pentingkan yang lebih penting adalah lebih penting daripada  pentingkan yang penting (SETUJU/TAK SETUJU)]
Huishh sakit jiwa kan? selamba je ambik ambik kat "Rujukan Exam PTD".. hehe. Tapi serius sakit jiwa. Apa punya soalan macam tu..

Mungkin November ni banyak sangat calon kot, maka seksyen ini dimasukkan semula untuk TAPIS dan BUANG calon. Iskkk susah tul!

Kalau anda dipanggil ke exam, saya ucapkan selamat berjaya buat anda!

kalau nak panduan rujukan exam ptd yang lengkap dengan rujukan contoh soalan contoh esei dan nota isu semasa  boleh dapatkan di >> http://www.tipsptd.com/

p/s tinggal lagi 3 hari sebelum jualan Rujukan Exam PTD ditutup jualan, jadi kalau berminat dapatkan sebelum 9 november 2010

Tag :

PELUANG KERJAYA BERSAMA MARA

JAWATAN KOSONG MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)


Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan LuarBandar dan Wilayah (KKLW) yang berhasrat menjadi peneraju & role model kepadalatihan kemahiran negara terunggul yang bertaraf dunia memerlukan warga kerja yangberilmu, berkeyakinan, inovatif dan kreatif, berdaya saing serta memiliki minda kelaspertama untuk menerajui MARA ke arah kecemerlangan di persada dunia. Individu individu

yang memiliki ciri-ciri tersebut serta boleh menyumbang ke arah kecemerlangan MARA adalah dipelawa untuk mengisi jawatan seperti berikut :-
  1. PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (TETAP)
CARA MEMOHON :
Permohonan hendaklah dibuat secara online yang boleh dilayari melalui laman web MARA iaitu http://www.mara.gov.my

Tarikh permohonan dibuka bermula daripada 1 November 2010 hingga 14 November 2010

MAKLUMAT LANJUT >>
Tag :

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU (MBJB)

IKLAN JAWATAN KOSONG MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU


Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana di bawah.Keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut turut.

Bil Jawatan
Klasifikasi Perkhidmatan
Gred
Taraf Jawatan
1. Pembantu Penguatkuasa Pentadbiran Dan Sokongan N17 Tetap

CARA MEMOHON :

Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJB/BSM/1/2003 yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Aras 4, Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru ATAU pemohon boleh muat turun borang permohonan daripada laman web Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat www.mbjb.gov.my.

Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ Bil.21.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 NOVEMBER 2010 .

Semua permohonan hendaklah DISERTAKAN DENGAN SALINAN SIJIL YANG DIAKUI SAH DAN JUGA GAMBAR BERUKURAN PASPOT YANGTERBARU dan alamatkan kepada :-
DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
PETI SURAT 232
80720 JOHOR BAHRU
DOWNLOAD BORANG

Tag :

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PEMBANDARAN NILAI (MPN)

MAJLIS PEMBANDARAN NILAI
Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA dan keutamaan adalah daripada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut :-

BIL JAWATAN & GRED KUMPULAN PERKHIDMATAN JADUAL GAJI JUMLAH KEKOSONGAN & TARAF JAWATAN
1. Pembantu Undang -Undang L29
Sokongan
P1T1 RM1472.26 - P1T22 RM 3028.61
1 (Kontak)
2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
Sokongan
P1T1 RM1160.69 - P1T27 RM3057.39
P2T1RM 1231.78 - P2T27 RM3279.74
P3T1 RM1305.89 - P2T27 RM3476.28
1 (Tetap)
3. Pembantu Kesihatan Awam U17 Sokongan P1T1 RM 862.73 - P1T17 RM 1711.21
P2T1 RM 914.16 - P1T17 RM 1809.64
P3T1 RM 967.10 - P1T17 RM 1912.44
1 (Tetap)

CARA - CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Jawatan(MPN. 1/01) yang boleh didapati daripada Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Nilai berharga RM1.00 atau mengirimkan sampul surat berukuran 22 cm x 35 cm bersetem 60 sen yang beralamat sendiri berserta wang kiriman pos bernilai RM1.00.

Borang yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirimkan ke alamat berikut :-
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN NILAI
NO. 1, KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSIARAN PUSAT BANDAR, PUTRA NILAI
PETI SURAT 52
71800 NILAI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Pemohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah mengemukakan borang permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masing-masing dan hendaklah disertakan dengan SalinanPenyata Rekod Perkhidmatan yang kemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi Terkini.Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperiksaan semua semester;

Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas tidak akan dipertimbangkan;

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 12 NOVEMBER 2010

Tag :

JAWATAN KOSONG DI BALAI SENI LUKIS NEGARA (BLSN)

BALAI SENI LUKIS NEGARA (KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA)



Jawatan Kosong Balai Seni Lukis Negara (BSLN), Sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia sedang membuat pengisian bagi jawatan berikut;


 
BIL.
 
NAMA DAN GRED JAWATAN
 
TARAF JAWATAN
 
KEKOSONGAN
 
1.
 
PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
 
TETAP / KONTRAK
 
1
 
2.
 
PENOLONG KURATOR GRED S27
 
TETAP / KONTRAK
 
1
 
3.
 
PEMBANTU AKAUNTAN GRED W17
 
TETAP / KONTRAK
 
1
 
4.
 
JURUTEKNIK (AWAM) GRED J17
 
TETAP / KONTRAK
 
1
 
5.
 
PEMBANTU MUZIUM GRED S17
 
TETAP / KONTRAK
 
2

Tarikh tutup permohonan pada 22 November 2010 

Borang permohonan klik sini

Tag :

JAWATAN KOSONG DI PERBADANAN BUKIT BENDERA


Berikut adalah senarai jawatan kosong di Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang

I. Penolong Sistem Maklumat Gred F29 (Kontrak)
II. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 (Kontak)
III. Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) Gred N17 (Kontrak)
IV. Pembantu Am Pejabat Gred N1 (Kontrak)
V. Pemandu Kenderaan Gred R3 (Kontrak)

Untuk melihat keterangan sila muat turun fail iklan.
Muat turun borang permohonan.

Alamat Permohonan dan Tarikh Tutup :

Pengurus Besar,
Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang,
No 12 Jalan Brown,
10350 Pulau Pinang
Tel : 04-2288861

Sebelum atau pada 08 November 2010


Tag :

JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA (LKPPKN)


WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN DALAM BIDANG YANG BERKAITAN ADALAH DIPELAWA UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN SECARA SAMBILAN SEPERTI BERIKUT:
  1. Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S48
  2. Pegawai Penyelidik Sosial Gred N41
  3. Pegawai Tadbir Gred N41
  4. Penolong Pegawai Penerangan S27
  5. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27
  6. Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17
  7. Juruteknik Komputer Gred FT17
  8. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17
  9. Pembantu Am Pejabat Gred N1
  10. Pencuci
  11. Pengasuh
  12. Tukang Masak
CARA MEMOHON
  1. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi dengan datang sendiri ke Unit Operasi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 19, Bangunan LPPKN, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur atau daripada Pejabat LPPKN Negeri dan Klinik-klinik LPPKN Daerah. Maklumat jawatan kosong serta borang permohonan juga boleh dimuat  turun melalui Laman Web : http://www.lppkn.gov.my
  2. Permohonan perlu disertakan dengan salinan sijil yang telah disah. Permohonan yang tidak lengkap/lewat akan ditolak.
  3. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantarkan kepada alamat berikut dan tuliskan nama jawatan yang dipohon pada sudut atas sebelah kiri sampul surat:

KETUA PENGARAH
LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA MALAYSIA,
BANGUNAN LPPKN, NO.12B, JALAN RAJA LAUT,
PETI SURAT 10416, 50712 KUALA LUMPUR
(u.p.:- Unit Operasi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 22 November 2010

Catatan:
•    LPPKN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan ketika menghadiri temuduga.
•    Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

DOWNLOAD BORANG

Tag :
 
© info kerjaya | jawatan kosong 2013 | All Rights Reserved
D.I.Y Themes By Belajar SEO