Jawatan Kosong Terus Ke Email Anda:

Delivered by FeedBurner

ANTARA SEKSYEN YANG "KANTOI"KAN CALON EXAM PTD

on Thursday, November 4

Jika anda pernah menduduki peperiksaan M41 sebelum ini, bagi peperiksaan bertulis, ujian sahsiah dan Minat merupakan satu seksyen membunuh calon! Oleh sebab ramai yang gagal sebab ujian Sahsiah dan Minat maka ianya dibawa ke peringkat kedua iaitu Assessment Center, jadi tak la ramai sangat GAGAL peperiksaan
bertulis.

Perghhh.. tapi sesi November ini, ujian itu dimasukkan semula!! Aduyai! Soalannya tak susah tapi mengelirukan. Lihat saja contoh soalan yang mudah tapi meneglirukan;
  • Pentingkan yang penting adalah lebih penting daripada pentingkan yang lebih penting (BETUL/SALAH]
  • Pentingkan yang lebih penting daripada  apa yang penting kerana pentingkan yang lebih penting adalah lebih penting daripada  pentingkan yang penting (SETUJU/TAK SETUJU)]
Huishh sakit jiwa kan? selamba je ambik ambik kat "Rujukan Exam PTD".. hehe. Tapi serius sakit jiwa. Apa punya soalan macam tu..

Mungkin November ni banyak sangat calon kot, maka seksyen ini dimasukkan semula untuk TAPIS dan BUANG calon. Iskkk susah tul!

Kalau anda dipanggil ke exam, saya ucapkan selamat berjaya buat anda!

kalau nak panduan rujukan exam ptd yang lengkap dengan rujukan contoh soalan contoh esei dan nota isu semasa  boleh dapatkan di >> http://www.tipsptd.com/

p/s tinggal lagi 3 hari sebelum jualan Rujukan Exam PTD ditutup jualan, jadi kalau berminat dapatkan sebelum 9 november 2010

Tag :

PELUANG KERJAYA BERSAMA MARA

JAWATAN KOSONG MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)


Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan LuarBandar dan Wilayah (KKLW) yang berhasrat menjadi peneraju & role model kepadalatihan kemahiran negara terunggul yang bertaraf dunia memerlukan warga kerja yangberilmu, berkeyakinan, inovatif dan kreatif, berdaya saing serta memiliki minda kelaspertama untuk menerajui MARA ke arah kecemerlangan di persada dunia. Individu individu

yang memiliki ciri-ciri tersebut serta boleh menyumbang ke arah kecemerlangan MARA adalah dipelawa untuk mengisi jawatan seperti berikut :-
  1. PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (TETAP)
CARA MEMOHON :
Permohonan hendaklah dibuat secara online yang boleh dilayari melalui laman web MARA iaitu http://www.mara.gov.my

Tarikh permohonan dibuka bermula daripada 1 November 2010 hingga 14 November 2010

MAKLUMAT LANJUT >>
Tag :

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU (MBJB)

IKLAN JAWATAN KOSONG MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU


Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana di bawah.Keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut turut.

Bil Jawatan
Klasifikasi Perkhidmatan
Gred
Taraf Jawatan
1. Pembantu Penguatkuasa Pentadbiran Dan Sokongan N17 Tetap

CARA MEMOHON :

Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJB/BSM/1/2003 yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Aras 4, Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru ATAU pemohon boleh muat turun borang permohonan daripada laman web Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat www.mbjb.gov.my.

Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ Bil.21.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 NOVEMBER 2010 .

Semua permohonan hendaklah DISERTAKAN DENGAN SALINAN SIJIL YANG DIAKUI SAH DAN JUGA GAMBAR BERUKURAN PASPOT YANGTERBARU dan alamatkan kepada :-
DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
PETI SURAT 232
80720 JOHOR BAHRU
DOWNLOAD BORANG

Tag :

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PEMBANDARAN NILAI (MPN)

MAJLIS PEMBANDARAN NILAI
Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA dan keutamaan adalah daripada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut :-

BIL JAWATAN & GRED KUMPULAN PERKHIDMATAN JADUAL GAJI JUMLAH KEKOSONGAN & TARAF JAWATAN
1. Pembantu Undang -Undang L29
Sokongan
P1T1 RM1472.26 - P1T22 RM 3028.61
1 (Kontak)
2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
Sokongan
P1T1 RM1160.69 - P1T27 RM3057.39
P2T1RM 1231.78 - P2T27 RM3279.74
P3T1 RM1305.89 - P2T27 RM3476.28
1 (Tetap)
3. Pembantu Kesihatan Awam U17 Sokongan P1T1 RM 862.73 - P1T17 RM 1711.21
P2T1 RM 914.16 - P1T17 RM 1809.64
P3T1 RM 967.10 - P1T17 RM 1912.44
1 (Tetap)

CARA - CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Jawatan(MPN. 1/01) yang boleh didapati daripada Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Nilai berharga RM1.00 atau mengirimkan sampul surat berukuran 22 cm x 35 cm bersetem 60 sen yang beralamat sendiri berserta wang kiriman pos bernilai RM1.00.

Borang yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirimkan ke alamat berikut :-
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN NILAI
NO. 1, KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSIARAN PUSAT BANDAR, PUTRA NILAI
PETI SURAT 52
71800 NILAI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Pemohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah mengemukakan borang permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masing-masing dan hendaklah disertakan dengan SalinanPenyata Rekod Perkhidmatan yang kemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi Terkini.Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperiksaan semua semester;

Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas tidak akan dipertimbangkan;

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 12 NOVEMBER 2010

Tag :

JAWATAN KOSONG DI BALAI SENI LUKIS NEGARA (BLSN)

BALAI SENI LUKIS NEGARA (KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA)



Jawatan Kosong Balai Seni Lukis Negara (BSLN), Sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia sedang membuat pengisian bagi jawatan berikut;


 
BIL.
 
NAMA DAN GRED JAWATAN
 
TARAF JAWATAN
 
KEKOSONGAN
 
1.
 
PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
 
TETAP / KONTRAK
 
1
 
2.
 
PENOLONG KURATOR GRED S27
 
TETAP / KONTRAK
 
1
 
3.
 
PEMBANTU AKAUNTAN GRED W17
 
TETAP / KONTRAK
 
1
 
4.
 
JURUTEKNIK (AWAM) GRED J17
 
TETAP / KONTRAK
 
1
 
5.
 
PEMBANTU MUZIUM GRED S17
 
TETAP / KONTRAK
 
2

Tarikh tutup permohonan pada 22 November 2010 

Borang permohonan klik sini

Tag :

JAWATAN KOSONG DI PERBADANAN BUKIT BENDERA


Berikut adalah senarai jawatan kosong di Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang

I. Penolong Sistem Maklumat Gred F29 (Kontrak)
II. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 (Kontak)
III. Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) Gred N17 (Kontrak)
IV. Pembantu Am Pejabat Gred N1 (Kontrak)
V. Pemandu Kenderaan Gred R3 (Kontrak)

Untuk melihat keterangan sila muat turun fail iklan.
Muat turun borang permohonan.

Alamat Permohonan dan Tarikh Tutup :

Pengurus Besar,
Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang,
No 12 Jalan Brown,
10350 Pulau Pinang
Tel : 04-2288861

Sebelum atau pada 08 November 2010


Tag :

JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA (LKPPKN)


WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN DALAM BIDANG YANG BERKAITAN ADALAH DIPELAWA UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN SECARA SAMBILAN SEPERTI BERIKUT:
  1. Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S48
  2. Pegawai Penyelidik Sosial Gred N41
  3. Pegawai Tadbir Gred N41
  4. Penolong Pegawai Penerangan S27
  5. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27
  6. Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17
  7. Juruteknik Komputer Gred FT17
  8. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17
  9. Pembantu Am Pejabat Gred N1
  10. Pencuci
  11. Pengasuh
  12. Tukang Masak
CARA MEMOHON
  1. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi dengan datang sendiri ke Unit Operasi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 19, Bangunan LPPKN, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur atau daripada Pejabat LPPKN Negeri dan Klinik-klinik LPPKN Daerah. Maklumat jawatan kosong serta borang permohonan juga boleh dimuat  turun melalui Laman Web : http://www.lppkn.gov.my
  2. Permohonan perlu disertakan dengan salinan sijil yang telah disah. Permohonan yang tidak lengkap/lewat akan ditolak.
  3. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantarkan kepada alamat berikut dan tuliskan nama jawatan yang dipohon pada sudut atas sebelah kiri sampul surat:

KETUA PENGARAH
LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA MALAYSIA,
BANGUNAN LPPKN, NO.12B, JALAN RAJA LAUT,
PETI SURAT 10416, 50712 KUALA LUMPUR
(u.p.:- Unit Operasi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 22 November 2010

Catatan:
•    LPPKN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan ketika menghadiri temuduga.
•    Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

DOWNLOAD BORANG

Tag :

Pengambilan Pegawai Skim Perkhidmatan Singkat (SPS) Bagi Tahun 2011

on Sunday, October 31

Pemohon adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Pegawai Skim Perkhidmatan Singkat (SPS) Gred 41
( Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Maklumat, Kejuruteraan , Komunikasi atau yang berkaitan)

2. Pegawai Skim Perkhidmatan Singkat (SPS) Gred 27
(STPM/Diploma dalam bidang Teknologi Maklumat, Kejuruteraan atau yang berkaitan)

3. Pegawai Skim Perkhidmatan Singkat (SPS) Gred 17
(SPM dengan kredit dalam Bahasa Melayu dan Matematik serta lulus dalam Bahasa Inggeris)


Syarat-syarat kelayakan tambahan
(a) Mahir dalam mengendalikan komputer
(b) Bagi jawatan (1) dan (2), pemohon wajib mengemukakan transkrip akhir

Tempoh lantikan: Januari 2011 sehingga Disember 2011 (1 tahun)
Status lantikan: Contract For Service

Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan maklumat diri (resume), sijil-sijil akademik yang telah disahkan serta sekeping (1) gambar berukuran passport ke :

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Tingkat 4, Blok F
Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana
Jalan Dato’ Onn
50610 Kuala Lumpur
(u.p.: Unit SPS)
Tarikh tutup permohonan: 15 November 2010

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 03-26915721 (En Rizal/Pn Norliana)

Catatan Am:
- Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.
- Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan akan dihubungi untuk sesi temuduga
- Pemohon dinasihatkan supaya menyertakan nombor telefon (rumah/Hp) dalam maklumat diri bagi memudahkan urusan panggilan temuduga.

- Sebarang tuntutan perbelanjaan adalah dibawah tanggungan pemohon.

Teknik Menjawab Soalan Temuduga
Tag :

IKLAN JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

on Thursday, October 28



Lembaga Zakat Selangor (MAIS) menawarkan peluang kerjaya kepada anak kelahiran Negeri Selangor atau yang telah bermastautin di Negeri Selangor sehingga kini sekurang-kurangnya 5 tahun dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut;

(1) Pegawai Akaun (6 kekosongan)
(2) Pegawai Teknikal (3 kekosongan)
(3) Eksekutif Teknologi Maklumat (4 Kekosongan)
(4) Akauntan (1 kekosongan)
(5) Pegawai Zakat (15 kekosongan)

Anda boleh layari www.jobstreet.com.my search job Lembaga Zakat Selangor, untuk mengetahui syarat dan keperluan jawatan tersebut. Sebarang permohonan boleh dihantar melalui portal tersebut ataupun menghantar permohonan ke Jabatan Sumber Manusia. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Ahmad Rifaie Mokhtar (rifaieATe-zakatDOTcomDOTmy).

CATITAN AM : Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil sesi temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 2 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

TARIKH TUTUP : 4 - 7 November 2010

Jabatan Sumber Manusia,
Lembaga Zakat Selangor (MAIS),
Aras 9 & 10, Menara Selatan,
Bangunan Sultan Idris Shah,
Persiaran Masjid,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-5522 7700 | Faks : 03-5522 7722 | Talian Aduan Pelanggan : 03-5522 7777

Tag :

KONSPIRASI GAGALKAN CALON PTD M41 TERBONGKAR!!

Entah lah, sama ada ini satu konspirasi atau tidak, tapi ianya pasti menyukarkan calon mengisi jawatan ini.. ...Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Jika diikutkan statistik Ujian Bertulis untuk M41 Pegawai Tadbir Diplomatik yang lepas, ianya boleh dikatakan agak sukar dan ramai yang tak lepas..

44,935 calon GAGAL!! >> Konspirasi?

Sebenarnya , kebanyakannya gagal hanya kerana mereka tidak tahu situasi sebenar dan tiadanya rujukan yang khusus tentang bagaimana peperiksaan tersebut. Jika anda ingin berjaya dalam peperiksaan tersebut, anda harus buat satu persediaan yang rapi dan khusus dan satu-satunya rujukan khusus untuk peperiksaan
ini adalah di http://www.tipsptd.com

Anda boleh lihat sendiri 'life' testimonial mereka yang telah berjaya di sana dan tak syak lagi, inilah rujukan yang anda perlukan bagi berjaya menjawat jawatan dalam ELIT Perkhidmatan Awam ini.

Salam kejayaan untuk anda jika anda adalah calon PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK dari INFO KERJAYA,

p/s Jangan ambil remeh dengan peperiksaan bertulis ini, jika tidak anda akan tergolong dalam golongan mereka yang GAGAL ujian ini. Pilih untuk LULUS dengan memiliki Pakej ini sekarang!

Tag :

JAWATAN KOSONG DI AMANAH IKHTIAR





AMANAH IKHTIAR MALAYSIA, sebuah badan Amanah Persendirian di bawah The Trustee (Incorporation) Act 1952 (Revised 1981) bertujuan mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui Skim Pembiayaan Ikhtiar mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

1. Nama Jawatan : Pengaturcara Komputer
Lokasi : Ibu Pejabat AIM, Kuala Lumpur.
Kelayakan : 
  • Memiliki Diploma Sains Komputer, (CGPA 2.8 & ke atas) 
  • Mempunyai kemahiran dalam : 
  • - Object Oriented Programming (VB6 & VB.net)
  • - Web Based Application Programming (ASP.net & PHP)
  • - Sequal Server Database (MS SQL)
  • Ada ciri-ciri kepimpinan dan boleh berkomunikasi dengan baik.
  • Mempunyai komitmen tinggi terhadap tugas dan boleh bekerja lebih masa.
  • Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 2 tahun.
  • Calon yang berminat hendaklah menghantar surat permohonan ke alamat di bawah bersama-sama dengan salinan sijil-sijil berkaitan, sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) dan sampul surat ekspres beralamat sendiri. Sila tuliskan nama jawatan pada penjuru kanan sampul surat.

DOWNLOAD IKLAN


PENOLONG PENGARAH PERJAWATAN
Ibu Pejabat, Amanah Ikhtiar Malaysia
No. 2 & 4, Jalan Medan Setia 2
Plaza Damansara, Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur.

Tel: 03-20940797 Faks: 03-20951889 / 20939257

Tarikh tutup : 07/11/2010

Teknik Menjawab Soalan Temuduga
Tag :

IKLAN JAWATAN KOSONG DI UITM KELANTAN


Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di Universiti Teknologi MARA Kelantan Kampus Machang bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.


JAWATAN : PENSYARAH GRED DM41 (KONTRAK)
PENSYARAH GRED DM45 / DM51 / DM53 (PROFESOR MADYA) /
GRED KHAS C (PROFESOR) (TETAP/KONTRAK)

DOWNLOAD IKLAN


DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Ahad, 7 November 2010.
Tag :

IKLAN JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA JURUTERA MALAYSIA (LJM)


The Board of Engineers Malaysia (BEM) is a statutory body constituted under the Registration of Engineers Act 1967. The Board of Engineers Malaysia invites applications from Malaysian candidates to fill the following positions:

Position: Legal Officer
Employer: Board of Engineers Malaysia

Requirements:

* Degree in Law or Passed Bar Final Examination.
* Preference with management qualification.
* Knowledgeable in Trade-in-Service.
* Good command of English and Bahasa Malaysia including writing.
* Good IT knowledge.
* Pleasant personality and willingness to work with people.
* Age 35 and above.
* Minimum 5 years working experience in legal and management.

Position: Finance Officer
Employer: Board of Engineers Malaysia
Requirements:
  • Degree in Accounting or equivalent.
  • Good command of English and Bahasa Malaysia including writing.
  • Good IT knowledge.
  • Pleasant personality and willingness to work with people.
  • Age 30 and above.
  • Minimum 3 years working experience in accounting and finance.

Position: IT Assistant Officer
Employer: Board of Engineers Malaysia
Requirements:
  • Diploma in Information Technology / Multimedia / Computer Science
    (Degree holder in related discipline is highly encouraged)
  • Strong command of English and Bahasa Malaysia both written and spoken.
  • At least 2 years experience in web application development, web design and website management.
  • Good experience in database particularly MySQL and MS Access.
  • Good skill in Dreamweaver, PHP, Adobe Photoshop, HTML and Javascript.
  • Experience in Windows Server 2003.
  • Knowledge in PC Management and network administration.
  • Creative, result-oriented and fully committed.
  • Energetic, self-motivated and able to work with minimum supervision.
Salary Scheme based on Sistem Saraan Malaysia (SSM) subject to the Board's scheme of service. Remuneration will commensurate with qualification and experience.

Interested applicants are invited to submit a detailed resume including details of working experience, present and expected salary, photocopies of certificates/testimonials, a recent passport size photograph (non-returnable), email and telephone number, before
15 November 2010 to the address below:

Secretary
BOARD OF ENGINEERS MALAYSIA
17th Floor, Ibu Pejabat JKR
Jalan Sultan Salahuddin
50580 Kuala Lumpur.

Only shortlisted applicants will be contacted.
Tag :

IKLAN JAWATAN KOSONG DI J-BIOTECH SDN BHD



J-BIOTECH SDN BHD adalah anak syarikat milik sepenuhnya oleh Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Johor (JBBC).

1. PEMBANTU PEJABAT

Syarat - syarat:
-Mestilah berumur 20 tahun ke atas
-Mempunyai kesihatan yang baik
-Waktu bekerja isnin-jumaat dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang
-Gaji berdasarkan hari bekerja
-Pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dalam menguruskan pejabat seperti membersihkan pejabat dan pembancuh air.

Jika berminat sila hubungi atau datang terus ke pejabat kami beralamat seperti di bawah :-

J-Biotech Sdn. Bhd.,
#G-11, Park Avenue Commercial Centre,
Jalan Mawar 4, Taman Tampoi Indah II,
81200 Johor Bahru, Johor

Tel : 07-2411810
Fax: 07-2411812

Closing Date: 30 November 2010


Teknik Menjawab Soalan Temuduga
Tag :

IKLAN JAWATAN KOSONG DI KTM


At KTMB, we are extremely proud of what we are a household name providing safe, efficient and reliable integrated rail services for both people and goods
We believe our greatest strength lies in our talented team of employees who are indeed our intellectual assets. Quality people of diverse talents and capabilities whose team work and synergy have been instrumental in KTMB’s ability to provide exceptional value-added services. We are looking for more of such quality people to join Malaysia’s preferred land transport provider.


Position Closingdate


Pengurus Stesen (Kontrak) 8 November 2010
Eksekutif Operasi Tren 31 Oktober 2010


Tag :

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN NEGERI SERAWAK

Senarai jawatan kosong yang masih dibuka setakat 28-10-2010
Jumlah Rekod = 23 [Rekod Seterusnya]
No. Nombor Iklan Jawatan Tarikh Iklan Tarikh Tutup
1. S42A2010 PEMANDU KENDERAAN BERMOTOR 25-10-2010 08-11-2010
2. S41A2010 PEMBANTU AM RENDAH (ATENDAN PEJABAT) 25-10-2010 08-11-2010
3. S40A2010 PEKERJA AWAM (DREBAR ENJIN MOTOR SANGKUT) 25-10-2010 08-11-2010
4. S39A2010 PEKERJA AWAM 25-10-2010 08-11-2010
5. S38A2010 PEMBANTU AM RENDAH 25-10-2010 08-11-2010
6. S37A2010 PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM 25-10-2010 08-11-2010
7. S36A2010 PEKERJA AWAM KHAS (OPERATOR PAM) 25-10-2010 08-11-2010
8. S35A2010 PEKERJA AWAM KHAS (OPERATOR JENTERA) 25-10-2010 08-11-2010
9. S34A2010 PEKERJA AWAM KHAS (OPERATOR LOJI) 25-10-2010 08-11-2010
10. S33A2010 PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL 25-10-2010 08-11-2010
11. S32A2010 PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN 25-10-2010 08-11-2010
12. S31A2010 PELUKIS PELAN 25-10-2010 08-11-2010
13. S30A2010 PEMBANTU PERTANIAN 25-10-2010 08-11-2010
14. S26B2010 PEMBANTU KESIHATAN AWAM 25-10-2010 08-11-2010
15. S25B2010 TUKANG K3 (TUKANG KAYU) 25-10-2010 08-11-2010
16. S24B2010 TUKANG K2 (TUKANG LETRIK) 25-10-2010 08-11-2010
17. S23B2010 PEKERJA AWAM 25-10-2010 08-11-2010
18. S22B2010 PEMANDU KENDERAAN BERMOTOR 25-10-2010 08-11-2010
19. S21B2010 JURUTERA (MEKANIKAL) 25-10-2010 08-11-2010
20. S20B2010 PENGHANTAR NOTIS 25-10-2010 08-11-2010
MAKLUMAT IKLAN KLIK SINI >>
Tag :

IKLAN JAWATAN KOSONG KIST - PENSYARAH



Kolej Islam Sains dan Teknologi telah mempunyai 5 cawangan seperti berikut:
  • KIST Bachok, Kelantan
  • KIST Kuala Berang, Terengganu
  • Cawangan Kuching, Sarawak
  • Cawangan Kota Kinabalu, Sabah
  • Cawangan Alor Setar, Kedah.

yang menawarkan beberapa jenis program Sains Kesihatan dan Sains Sosial seperti berikut:

PROGRAM SAINS SOSIAL
  • Diploma Syariah
  • Diploma Psikologi
  • Diploma Falak Syarie’
  • Diplome Pengurusan dan Pentadbiran Makanan Halal

PROGRAM SAINS KESIHATAN
  • Diploma Pembantu Perubatan
  • Diploma Diagnostik Radiografi
  • Diploma Kejururawatan
  • Diploma Radioterapi
  • Diploma Sains Senaman dan Sukan
  • Diploma Teknologi Makmal Perubatan
  • Diploma Pembantu Farmasi
  • Diploma Fisioterapi
  • Diploma Terapi Carakerja
  • Diploma Kesihatan Persekitaran
  • Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  • Diploma Optosianri
  • Diploma Ortotik dan Prostetik
  • Diploma Teknologi Kardiovaskular
  • Diploma Informatik Perubatan
  • Sijil Pembantu Kesihatan Awam.


KELULUSAN MINIMUM CALON PENSYARAH YANG DIPERLUKAN.
  • Sarjana atau Sarjana Muda Sains Bioperubatan (Kepujian)
  • Sarjana atau Sarjana Muda Optometri (Kepujian)
  • Sarjana atau Sarjana Muda Kesihatan Persekitaran (Kepujian)
  • Sarjana Muda Fisioterapi (Kepujian)
  • Sarjana Muda Terapi Carakerja (Kepujian)
  • Sarjana Muda Farmasi (Kepujian)
  • Sarjana Muda Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi (Kepujian)
  • Sarjana Muda Sains Perubatan Kecemasan (Kepujian)
  • Sarjana Muda Sains Kesihatan dengan Diploma/Sijil Perfusion
  • Sarjana Muda Kejururawatan (Kepujian)
  • Sarjana Muda Sains Senaman dan Sukan (Kepujian)
  • Sarjana Muda Psikologi (Kepujian)
  • Sarjana Muda Syariah (Kepujian)
  • Sarjana Muda Pengurusan Makanan (Kepujian)
  • Sarjana Muda Dietetik (Kepujian)


KELULUSAN MINIMUM CALON INSTRUKTOR KLINIKAL YANG DIPERLUKAN
  • Diploma Kejururawatan dengan Post Basik
  • Diploma Pembantu Farmasi
  • Diploma Teknologi Makmal Perubatan dengan Post Basik
  • Diploma Pembantu Perubatan dengan Post Basik
  • Diploma Radiographer dengan Post Basik
  • Diploma Kesihatan Persekitaran dan Post Basik
  • Diploma Fisioterapi
  • Diploma Terapi Carakerja
  • Diploma/Sijil Perfusion
  • Diploma/Sijil Ortotik & Prostetik


Perhatian kepada pemohon:
Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan perjawatan di:-
Kampus Utama Ibnu Sina, Bachok, Kelantan Kolej Islam Sains dan Teknologi cawangan Terengganu
Pejabat KIST Graduate Intake di setiap negeri

Bagi pemohon yang tinggal berjauhan dan berminat mengisi kekosongan jawatan tersebut, pemohon boleh mendapatkan borang permohonan dengan menghantar sampul surat beralamat sendiri, bersaiz A4, bersetem RM 1.00 dan wang pos atas nama KOLEJ ISLAM SAINS DAN TEKNOLOGI berjumlah RM 5.00 untuk bayaran wang proses: atau
Menghantar Resume lengkap kepada:-
mohdazmanabubakar@kist.edu.my
mohd.hr.trg@kist.edu.my
Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.Pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di mana-mana anak syarikat KIST GROUP HOLDINGS Sdn.Bhd.

Tarikh tutup permohonan adalah 15 November 2010
Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta sijil-sijil yang disahkan hendaklah dihantar ke alamat:-


Bahagian Sumber Manusia
KIST Group Holdings Sdn.Bhd.
Lot 4276, Mukim Tanggul & Lot 6739, Mukim Kuala Berang
Batu 23, Jalan Kuala Berang / Kuala Terengganu
21700 Hulu Terengganu
Tel: 09 681 7323 Faks: 09 681 3323
Tag :

IKLAN JAWATAN KOSONG DI UPM



Calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi
kekosongan jawatan berikut :

PENOLONG JURUTERA (AWAM) - GRED J29

DOWNLOAD IKLAN


DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan
kepada

Dekan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan

TARUKH TUTUP 10 November 2010.
Tag :

Anda dipanggil ke exam pegawai tadbir diplomatik (PTD) ?

on Wednesday, October 27

Saya baru perasan tadi, SPA dah umumkan calon yang layak untuk menduduki Peperiksaan Bertulis Kemasukan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik.

Anda boleh buat semakan melalui link ini;  KLIK SINI

Tapikan, setiap tahun ramai je yang tak lulus exam ni. Susah katanya, ye lah skopnya sangat luas dan kadang tu soalan tah hape hape!

Kalau tak silap tahun 2009 hanya 400 je jawatan kosng PTD, tapi yang pegi exam lebih 40k khabar nya. Memang exam bertulis ni la tempat SPA nak singkirkan calon yang ramai. Tapi tgk kat sini ramai pulak yang lulus entah apa rahsia diaorg. Email semua cakap lepas, mungkin anda nak tgk boleh terus gi sini; http://infokerjaya.net/Contoh-Soalan-Exam-PTD.html

Review Rujukan Exam PTD - bukan sekadar contoh soalan peperiksaan
Sekadar nak berkongsi :)

Kalau nama anda dipanggil dan termasuk dalam senarai tu, anda mmg kena tgk mcm mana diaorg lulus.
Tag :

IKLAN JAWATAN KOSONG MOSTI

on Monday, October 25


Projek The Malaysian Cohort yang berurusetia di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet dan ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kami menjemput anda WARGANEGARA MALAYSIA, BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F293. PEMBANTU PENYELIDIK Q17 (Juruteknik Komputer)
4. PEMANDU R3

Tarikh tutup : 1 November 2010 (Isnin)
Taraf jawatan : semua jawatan di atas bertaraf KONTRAK

Sila layari www.mycohort.gov.my ATAU emel ke alamat berikut ATAU datang sendiri ke pejabat untuk mendapatkan borang permohonan dan sebarang maklumat lanjut.

Hanya borang lengkap berserta 1 keping gambar berukuran pasport, 1 salinan Kad Pengenalan, 1 salinan Sijil Kelahiran, salinan sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitan sahaja akan dipertimbangkan. Hantarkan permohonan anda ke alamat berikut:-
Sekretariat The Malaysian Cohort
Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI)
Tingkat 7, Blok Klinikal, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur
(u.p Bahagian Pentadbiran/ perjawatan)
Tel : 03-91710415
Fax : 03-91710397

** Calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga

Tag :

BENGKEL KEMAHIRAN DAN BIMBINGAN KEUSAHAWANAN IBU TUNGGAL


Sukacita dimaklumkan bahawa Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) akan mengadakan Bengkel Kemahiran Dan Bimbingan Keusahawanan (Tempat Terhad - first come first serve basis) pada butiran seperti berikut:-

Tarikh : 12 – 14 November 2010 (Jumaat – Ahad)
Masa : 9.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : Dewan Kelab Perumahan EXCO Seksyen 7, Shah Alam.

Muat Turun Borang Pengesahan Kehadiran

MAKLUMAT IKLAN
http://e-bu.selangor.gov.my/e-bu/lang/malay/article.php?article=40

Tag :

IKLAN JAWATAN KOSONG UTHM

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara SAMBILAN seperti berikut :-

JAWATAN AKADEMIK
BIL.
JAWATAN
1
*Klik di nama jawatan
 
BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DIPERLUKAN BAGI JAWATAN AKADEMIK

1. Teras Keusahawanan : Keusahawanan
2. Teras Sukan : Badminton * Bola Baling * Bola Jaring * Bola Keranjang * Bola Lisut * Bola Sepak * Bola Tampar * Futsal * Hoki * Silat Olahraga * Olahraga Balapan
3. Teras Khidmat Komuniti : Khidmat Masyarakat
4. Teras Kesukarelawanan : Pertolongan Cemas
5. Teras Kepimpinan : Munakahat * Imam & Muazin
6. Teras Kebudayaan : Aperisiasi Penulisan Kreatif * Koir * Muzik Moden * Silat Sunda * Senitari Tradisi & Kreatif * Taranum * Tulisan Jawi & Khat
7. Teras Daya Usaha & Inovasi : Fotografi * Videografi * Umrah & Haji * Sembelihan * Pengurusan Jenazah * Ilmu Falak * Qiraat & Hafazan

CARA MEMOHON

Borang permohonan boleh didapati dengan hadir sendiri di Jabatan Kokurikulum, Pusat Kokurikulum, Sukan & Kebudayaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang beralamat seperti di bawah atau di muat turun dari laman web Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Borang yang lengkap diisi berserta sijil dan dokumen yang berkaitan dan telah disahkan hendaklah dicatatkan nama jawatan di penjuru sebelah kiri atas sampul surat dan dialamatkan ke Jabatan Kokurikulum UTHM seperti alamat di bawah :-
Jabatan Kokurikulum
Pusat Kokurikulum, Sukan & Kebudayaan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja
Batu Pahat, Johor
Sebarang pertanyaan sila hubungi :- Jabatan Kokurikulum Tel : 07-4537485 / 7759

TARIKH TUTUP PERMOHONAN Jawatan Akademik - Terbuka

KETERANGAN AM

(a) Calon-calon yang berjaya disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga
(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak UTHM selepas enam (6) bulan dari tarikh permohonan diterima hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA. (c) TEMPOH SAHLAKU permohonan adalah selama enam (6) bulan dari tarikh permohonan diterima. Sebarang permohonan selepas tamat tempoh sahlaku hendaklah menggunakan borang permohonan yang baru.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Tag :

IKLAN JAWATAN KOSONG PERBADANAN LABUAN

on Sunday, October 24



Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, dipelawa untuk memohon jawatan di Perbadanan Labuan seperti berikut:-
Jawatan : Pemandu Kenderaan
Gred : R3
Klasifikasi Perkhidmatan : Mahir / Separuh Mahir / Tidak Mahir
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Taraf Jawatan : Kontrak
Bilangan Kekosongan : 1 kekosongan


>> Maklumat Lanjut Iklan klik di sini

TARIKH TUTUP : 26 OKTOBER 2010

Tag :

IKLAN JAWATAN KOSONG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH


PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH MEMPELAWA CALON WARGANEGARA YANG BERKELAYAKAN DALAM BIDANG YANG BERKAITAN UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN SECARA SAMBILAN SEPERTI BERIKUT:

JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN (S27)
KUMPULAN PERKHIDMATAN  : SOKONGAN
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN
: PERKHIDMATAN SOSIAL
JUMLAH KEKOSONGAN  : 1
TARAF JAWATAN  : SAMBILAN
KEKOSONGAN  : PERPUSTAKAAN AWAM BALING

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah mengemukakan perkara atau dokumen-dokumen (yang diakui sah) seperti berikut:
i) Resume
ii) Gambar berukuran pasport
iii) Salinan Sijil Kelahiran
iv) Salinan Kad Pengenalan
v) Salinan Sijil Berhenti Sekolah
vi) Salinan Sijil Peperiksaan; dan
vii) Lain-lain sijil yang berkaitan, jika ada

ALAMAT PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dihantarkan kepada alamat berikut dan tuliskan nama jawatan yang dipohon pada sudut atas sebelah kiri sampul surat:

PENGARAH
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
JALAN KOLAM AIR
05100 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN

CATATAN :
i) Jabatan ini tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan ketika menghadiri temuduga;
ii) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga;
iii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan daripada tarikh iklan ini hendaklah menganggap yang permohonannya tidak berjaya

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 OKTOBER 2010

Video Panduan eBay
Tag :

IKLAN JAWATAN KOSONG MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (MPSJ)


IKLAN JAWATAN
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun
keatas untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN (LELAKI SAHAJA) S27 TETAP 1
2. PENOLONG PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR (LELAKI SAHAJA) C27 KONTRAK 1
3. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29 TETAP 1

CARA MEMOHON :
Semua permohonan jawatan boleh didapati dengan memuat turun borang dari laman web http://www.mpsj.gov.my beserta syarat-syarat dan maklumat jawatan.

KEUTAMAAN KEPADA RAKYAT NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 01 NOVEMBER 2010 (ISNIN)

Tag :

IKLAN JAWATAN KOSONG AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :-
BIL.
JAWATAN
GRED
TARAF JAWATAN
1.
N17
Tetap
2.
FT17
Tetap
3.
PEMBANTU AM PEJABAT
N1
Tetap
CARA-CARA MEMOHO
  1. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) di laman web Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dengan melayari http://www.mqa.gov.my/ mulai 21 Oktober jam 10.00 pagi. Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan permohonan secara pos kepada pihak Agensi Kelayakan Malaysia dan permohonan secara pos tidak akan diterima. Setiap permohonan yang dikemukakan akan ditapis dan hanya calon yang melepasi tapisan pemilihan akan dimaklumkan melalui panggilan telefon dan surat.
  2. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan boleh mengemukakan borang permohonan dengan mencetak borang yang telah diisi secara online melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan kelulusan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) dan kenyataan Perkhidmatan yang terkini secara pos.
PERMOHONAN YANG DITOLAK
  1. Mengemukakan permohonan selepas tarikh tutup permohonan. Tarikh tutup permohonan adalah 28 Oktober 2010 jam 5 petang.
  2. Tidak memenuhi syarat permohonan jawatan yang ditetapkan dalam iklan.
  3. Tidak mengemukakan maklumat berkaitan permohonan jawatan dengan tepat dan lengkap.
  4. Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi mereka yang sedang berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam / Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan. 
CATATAN AM
  1. Hanya calon yang melepasi tapisan yang ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga.
  2. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  3. Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan dan temu duga adalah di bawah tanggungjawab calon.
  4. Pihak Agensi Kelayakan Malaysia tidak bertanggungjawab untuk melantik calon yang memiliki syarat kelayakan yang lebih tinggi dari kelayakan yang ditetapkan untuk jawatan yang dipohon ke mana-mana skim perkhidmatan yang lebih tinggi dalam agensi sekiranya calon berjaya dilantik.
  5. Sekiranya di antara maklumat yang diberikan didapati palsu dan bercanggah dengan maklumat pada dokumen sebenar, pihak Agensi Kelayakan Malaysia berhak membatalkan pelantikan calon.
  6. Keputusan pemilihan calon oleh Agensi Kelayakan Malaysia adalah muktamad. 
Tag :

IKLAN JAWATAN KOSONG JABATAN KEWANGAN NEGERI PULAU PINANG

IKLAN JAWATAN KOSONG

UNIT TAPAK PESTA DAN EKSPO JABATAN KEWANGAN NEGERI PULAU PINANG

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Pulau Pinang yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Unit Tapak Pesta dan Ekspo, Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang seperti berikut:-

1. JAWATAN : PEKERJA KEBERSIHAN DI TAPAK PESTA SUNGAI NIBONG

2. JUMLAH KEKOSONGAN : 28 KEKOSONGAN (LELAKI SAHAJA)

3. BIDANG TUGAS

Melaksanakan kerja-kerja pembersihan seperti untuk kerja-kerja pembersihan kawasan dan bangunan seperti kawasan lapang, laluan pejalan kaki, kawasan berumput, longkang (termasuk di kawasan letak kereta) tandas-tandas, bangunan dewan, Rumah Kesenian, booth tiket , kawasan medan selera, taman hiburan dan kawasan-kawasan lain yang perlu dibersihkan atas arahan urusetia dari semasa ke semasa.

.........

4. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun;

(c) Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik;

(d) Berkebolehan dalam melaksanakan kerja-kerja pembersihan;

(e) Mempunyai sifat amanah, sabar dan tekun dalam melaksanakan tugas yang diberikan;

(f) Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang tinggal berdekatan dengan Tapak Pesta Sungai Nibong atau bahagian pulau.

5. TEMPOH DAN WAKTU BERKERJA

HARI BEKERJA : Mulai 28 November 2010 hingga 5 Januari 2011 (Sepanjang Pesta Berlangsung)

HARI TIDAK BEKERJA : Tiada

WAKTU BEKERJA (SYIF 1) : 10.00 pagi hingga 5.00 petang

WAKTU BEKERJA (SYIF 2) : 5.00 petang hingga 12.00 malam


6. BAYARAN UPAH : RM30.00 sehari

7. TARAF JAWATAN : SAMBILAN (39 hari)

8. CARA PERMOHONAN

Borang permohonan boleh diperolehi di pejabat Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang, Tingkat 23, 10990 KOMTAR (No Tel 04-2623505 / 6505188 atau Unit Tapak Pesta dan Ekspo, Tapak Pesta, Jalan Sultan Azlan Shah, 11700 Sungai Nibong, Pulau Pinang . Borang permohonan yang telah disempurnakan perlu di hantar di alamat yang sama seperti di atas dan tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Oktober 2010 (Jumaat).

Tag :

IKLAN JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT


Permohonan dipelawa daripada warganegara Malaysia, keutamaan kepada anak-anak Negeri Selangor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan-jawatan tetap seperti berikut:-

1. Pembantu Undang- Undang Gred L29
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1

2. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J29
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1

3. Penolong Akauntan Gred W27
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1

4. Juruteknik (Elektrik) Gred J17
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1

5. Juruteknik (Seni Bina) Gred J17
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1

6. Juruteknik Perancang Bandar & Desa Gred J17
Taraf Jawatan : Kontrak
Kekosongan : 1

7. Pembantu Am Pejabat
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 7

Cara Memohon
1. Semua permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan Majlis Daerah Kuala Langat yang boleh diperolehi dari Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia Majlis Daerah Kuala Langat, Persiaran Majlis Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting atau muat turun dari laman web www.mdkl.gov.my. Permohonan melalui surat hendaklah menyertakan sampul surat beralamat sendiri, berstem dan menyertakan wang pos bernilai RM1.00.
2. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan Berkanun atau Penguasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam ( Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.
3. Borang permohonan hendaklah disertakan gambar, salinan fotostat Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Persekolahan/Pengajian dan Sijil - sijil penghargaan yang diakui sah. Nama jawatan hendaklah dicatat di sebelah kiri sampul surat.
4.Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
5.Tarikh permohonan pada : 15 OKTOBER 2010 SEHINGGA 29 OKTOBER 2010

Catitan Am
1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

Tag :

JAWATAN KOSONG DALAM KERAJAAN NEGERI SABAH

on Friday, October 22

Tag :