Jawatan Kosong Terus Ke Email Anda:

Delivered by FeedBurner

JAWATAN KOSONG PEGAWAI PENOLONG KURATOR DI LEMBAGA MUZIUM NEGERI SEMBILAN

on Thursday, August 19



Nama Jawatan :Penolong Kurator (S27)
Keterangan Kekosongan :
Status Jawatan Kosong :Tetap
Bilangan Kekosongan :1

Tempat Kerja :
Negeri :NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Daerah :SEREMBAN


Tarikh Tutup Permohonan :30 Ogos 2010
Pekerjaan Ini Sesuai Untuk :Lepasan Sekolah/IPT
Waktu Bekerja :Normal
Gaji Ditawarkan :RM 1204.55
Jantina :Tidak Memilih
Taraf Perkahwinan :Tidak Memilih
Kelayakan / Kelulusan Akademik, Pengkhususan dan Kemahiran
Bil.Syarat  Kelayakan     Sub-Kelayakan  
1-DIPLOMAArts

CARA MEMOHON : -
1. SILA KE JOB MALAYSIA  :- http://www.jobsmalaysia.gov.my 
2. TYPE KATA KUNCI "Penolong Kurator S27" DI BAHAGIAN CARIAN SEGERA
3. KLIK "MOHON" 

PERHATIAN!
PASTIKAN ANDA SUDAH MENDAFTAR SEBAGAI PENCARI KERJA DI PORTAL JOB MALAYSIA

Tag :

JAWATAN KOSONG PEGAWAI TADBIR GRED N41 (KONTRAK) DI KEMENTERIAN LUAR NEGERI

on Wednesday, August 18


MAKLUMAT URUSAN PENGAMBILAN “WALK-IN INTERVIEW” BAGI JAWATAN PEGAWAI TADBIR GRED N41 (KONTRAK) DI KEMENTERIAN LUAR NEGERI

Jawatan : Pegawai Tadbir N41 (Kontrak)
Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran
Gred : N41
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional

P1T1 RM 1690.28 – P1T27 RM 4640.28
P2T1 RM 1784.90 – P2T27 RM 4918.55
P3T1 RM 1883.70 – P3T27 RM 5220.62

Syarat Lantikan
i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan / luar negara atau kelayakan yang setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred N41, P1T3 RM 1871.18); atau
ii) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan / luar negara atau kelayakan yang setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred N41, P1T4 RM 1961.63); dan
Syarat Tambahan bagi ‘Walk-in Interview’ Kementerian Luar Negeri :
iii) Calon-calon yang memohon dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian hendaklah memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.2 ke atas atau yang setaraf dengannya;
iv) Calon-calon yang mempunyai penguasaan bahasa-bahasa utama dunia seperti bahasa Arab, bahasa Perancis, bahasa Jerman, bahasa Sepanyol, bahasa Mandarin, bahasa Jepun dan bahasa Rusia akan diberi keutamaan;
v) Umur calon semasa ditemu duga hendaklah tidak melebihi daripada 30 tahun;
vi) Tempoh kontrak adalah untuk satu (1) tahun dan tempoh perkhidmatan secara kontrak ini boleh dilanjutkan tertakluk kepada prestasi kerja dan perakuan Ketua Jabatan; dan
vii) Calon-calon yang dipanggil untuk ditemu duga dikehendaki melalui “aptitude test” sebelum sesi temu duga. Ujian ini adalah bertujuan menguji kemahiran calon berfikir secara sistematik dan sejauh mana calon dapat menggunakan ilmu pengetahuan yang telah di peroleh melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman.

Calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengemukakan:
(i) Curriculum-vitae;
(ii) Dua (2) keping gambar berukuran pasport;
(iii) Salinan sijil-sijil dan dokumen-dokumen sokongan; dan
(iv) Karangan ringkas dalam bahasa Inggeris dengan tajuk “Why I want to join the Ministry of Foreign Affairs, Malaysia”.

Permohonan yang telah lengkap hendaklah dialamatkan kepada :
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN LUAR NEGERI
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
WISMA PUTRA
NO 1, JALAN WISMA PUTRA
PRESINT 2
62602 PUTRAJAYA MALAYSIA
(U.P.: URUS SETIA URUSAN PENGAMBILAN – WALK-IN INTERVIEW)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN JAWATAN : 31 DISEMBER 2010

MAKLUMAT LENGKAP JAWATAN KOSONG KLIK SINI
SUMBER IKLAN JAWATAN KOSNONG : http://www.kln.gov.my/web/guest/job_vacancy
Tag :

TAWARAN BIASISWA TAJAAN KERAJAAN JEPUN 2011


Sukacita Dimaklumkan Bahawa Pada Tahun Ini JPA Sekali Lagi Telah Menerima Tawaran Daripada Kerajaan Jepun Di Bawah Tajaan Biasiswa Monbukagakusho: MEXT Bagi Melanjutkan Pengajian Peringkat Sarjana Di Jepun Sesi Oktober 2011 Hingga September 2012



BIASISWA TAJAAN KERAJAAN JEPUN 2011 (MONBUKAGAKUSHO : MEXT 2011) YOUNG LEADERS’ PROGRAM (YLP)

Tarikh Tutup 17 September 2010
Tempat Jepun
Tempoh 1 tahun (Oktober 2011 hingga September 2012)
Rujukan
Kategori Warganegara Malaysia
Kursus yang ditawarkan
  1. Kursus Perundangan (Sarjana dalam Perundangan)
  2. Kursus Sekolah Kerajaan (Sarjana dalam Pengurusan Awam atau Sarjana dalam Pentadbiran Awam)
  3. Kursus Sekolah Kerajaan Tempatan (Sarjana dalam Pengurusan Awam atau Sarjana dalam Pentadbiran Awam)
  4. Kursus Pengurusan Kesihatan (Sarjana dalam Pengurusan Kesihatan)
Syarat-syarat Permohonan
  1. Pemohon mestilah berumur di bawah 40 tahun pada 1 Oktober 2011;
  2. Pemohon mestilah lepasan Ijazah yang mendapat kepujian dan fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris (markah minima TOEFL 550 atau markah minima TOEFL-CBT 213 atau yang setaraf, serta 4 tahun pengalaman bekerja di pejabat perundangan di negara asal bagi Kursus Perundangan, dan pengalaman 3 hingga 5 tahun di sektor kerajaan bagi kursus-kursus lain;
  3. Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, sila rujuk Lampiran A
Dokumen Permohonan
  1. Kursus Perundangan;




  2. Kursus Sekolah Kerajaan




  3. Kursus Sekolah Kerajaan Tempatan




  4. Kursus Pengurusan Kesihatan




Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan sahaja, anda juga dikehendaki mengisi borang-borang seperti berikut :
  1. Borang JPA(L)LDP 1A/96
  2. Borang JPA(L)LDP 1B/96 [Pin.1/2010]
*Sila cetak dokumen-dokumen tersebut pada kertas bersaiz A4 atau 8 ½” x 11”
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut :-
KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
UNIT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN II
ARAS 3, BLOK C1, KOMPLEKS C
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62510 PUTRAJAYA
(u/p : Puan Noor Zahrina binti Abdul Samad)

SUMBER IKLAN TAWARAN BIASISWA : http://www.jpa.gov.my

Koleksi Biasiswa Malaysia 2010

Tag :

JAWATAN KOSONG DI MAKTAB RENDAH SAINS MARA BALIK PULAU


Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas pada tarikh iklan
ditutup dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut :

1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) PELANTIKAN KE JAWATAN SEMENTARA / TETAP

Subjek : Guru Sejarah / Sivik
a. Gaji  : RM 82.69 sehari
b. Elaun Khidmat Awam (EKA)  :  RM 13.04 sehari
c. Elaun Sara Hidup (ESH)  : RM 13.04 sehari

SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
a. Warganegara Malaysia
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Kelayakan :
i. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf daripada Institusi-Institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakaan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau;
ii. Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang daripada Institusi-Institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, dan
iii. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang dii oleh kerajaan.
iv. Calon-calon yang tidak memiliki Diploma Pendidikan tetapi memiliki kelayakan seperti yang dinyatakan di atas boleh juga memohon.

CARA MEMOHON
a. Pemohon hendaklah membuat surat permohonan beserta “Resume” yang
mengandungi maklumat-maklumat berikut :
i. Nama jawatan yang dipohon
ii. Butir-butir peribadi
iii. No. telefon
iv. Butir-butir akademik
v. Pengalaman kerja
vi. Salinan sijil-sijil persekolahan (hendaklah disahkan benar)
vii. Salinan kad pengenalan
viii. Gambar terbaru berukuran passport.

b. Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK
i. Tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan
ii. Tidak lengkap atau tidak terang
iii. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan
iv. Tidak ditulis nombor kad pengenalan
v. Tidak ditandatangani.

ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP
Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada :
Pengetua
Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau
Jalan Pondok Upeh
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN Sebelum atau pada : 20 Ogos 2010.

DOWNLOAD MAKLUMAT IKLAN JAWATAN KOSONG KLIK SINI
SUMBER IKLAN JAWATAN KOSONG :  http://www2.mrsmkm.edu.my/bpulau
Tag :

JAWATAN KOSONG DI BALAI SENI LUKIS NEGARA



Balai Seni Lukis Negara (BSLN), Sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia sedang membuat pengisian bagi jawatan berikut;


BIL.

NAMA DAN GRED JAWATAN

TARAF JAWATAN

KEKOSONGAN

1.

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17

KONTRAK

1

2.

PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N17

KONTRAK

1

3.

AHLI FOTOGRAFI GRED B17

SAMBILAN

1

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut. Sila Klik:

Tarikh tutup : 01 September 2010

SUMBER IKLAN JAWATAN KOSONG  : http://www.artgallery.gov.my/web/guest/news_page
Tag :

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH JEMPOL


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan warga Daerah Jempol ) yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut:-
      
1     JURUTERA GRED J41 – 1 (TETAP)
                        
CARA MEMOHON:
 Permohonan hendaklah menggunakan Borang Khas dengan harga RM 1.00 yang boleh didapati dari Pejabat
Majlis Daerah Jempol (Bahagian Kaunter) ataupun mengirimkan satu sampul surat berukuran 22 cm x 35 cm
beralamat sendiri, bersetem RM0.30 sen dan wang pos bernilai RM1.00. Pemohon juga boleh muat turun
borang permohonan daripada laman web Majlis Daerah Jempol di alamat www.mdjl.gov.my dan sertakan wang pos bernilai RM1.00 semasa permohonan dibuat.

Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan Kad Pengenalan, SuratBeranak, Sijil-sijil, Surat Akuan dan lain-lain dokumen yang telah diakui sah oleh Wakil Rakyat, mana-mana Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Kumpulan Sokongan 1 yang diberi kuasa atau Penghulu atau Pengerusi JKKK yang mempunyai cop rasmi jawatan

Permohonan daripada Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak
Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan Kenyataan
Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.
Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:-
YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH JEMPOL,
72120 BANDAR SERI JEMPOL,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TARIKH TUTUP PERMOHONAN - 30 Ogos 2010

SUMBER IKLAN JAWATAN KOSONG - http://www.mdjl.gov.my/web/guest/peluang_pekerjaan
      
Tag :

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT

br /> Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Negeri Johor Darul Takzim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Perbandaran Batu Pahat.

1)  Arkitek Landskap
 KLASIFIKASI
:  Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
 KUMPULAN PERKHIDMATAN :
 Pengurusan Dan Profesional
 TARAF JAWATAN :
 Tetap
 Gred J41
:
 JADUAL GAJI MATRIKS
 P1T1 RM 2088.25 - P1T23 RM 4721.03
 TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
 27 OGOS 2010
2)  Jurutera Gred
 KLASIFIKASI
:  Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
 KUMPULAN PERKHIDMATAN :  Pengurusan Dan Profesional
 TARAF JAWATAN :
 Tetap
 Gred J41
:
 JADUAL GAJI MATRIKS
 P1T1 RM 2088.25 – P1T23 RM 4721.03
 TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
 27 OGOS 2010
3)  Juruaudit Gred
 KLASIFIKASI
:  Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
 KUMPULAN PERKHIDMATAN :  Pengurusan Dan Profesional
 TARAF JAWATAN :
 Tetap
 Gred W41 :
 JADUAL GAJI MATRIKS
 P1T1 RM 1702.81 - P1T27 RM 4688.95
 TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
 27 OGOS 2010
4)  Pegawai Tadbir
 KLASIFIKASI
:  Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
 KUMPULAN PERKHIDMATAN :  Pengurusan Dan Profesional
 TARAF JAWATAN :
 Tetap
 Gred N41 :
 JADUAL GAJI MATRIKS
 P1T1 RM1690.28 - P1T27 RM4640.28
 TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
 27 OGOS 2010
5)  Pegawai Penguatkuasa
 KLASIFIKASI
:  Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
 KUMPULAN PERKHIDMATAN :  Pengurusan Dan Profesional
 TARAF JAWATAN :
 Tetap
 Gred N41 :
 JADUAL GAJI MATRIKS
 P1T1 RM 1690.28 - P1T27 RM 4640.28
 TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
 27 OGOS 2010
6)  Pegawai Teknologi Maklumat
 KLASIFIKASI
:  Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
 KUMPULAN PERKHIDMATAN :  Pengurusan Dan Profesional
 TARAF JAWATAN :
 Tetap
 Gred F41 :
 JADUAL GAJI MATRIKS
 P1T1 RM 1899.01 - P1T25 RM 4715.47
 TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
 27 OGOS 2010
7)  Penolong Jurutera
 KLASIFIKASI
:  Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
 KUMPULAN PERKHIDMATAN :  Sokongan
 TARAF JAWATAN :
 Tetap
 Gred J29/J36
:
 JADUAL GAJI MATRIKS
 P1T1 RM 1549.40 - P1T21 RM 3046.80
 TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
 27 OGOS 2010
8)  Penolong Juruaudit
 KLASIFIKASI
:  Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
 KUMPULAN PERKHIDMATAN :  Sokongan
 TARAF JAWATAN :
 Tetap
 Gred W27/W32
:
 JADUAL GAJI MATRIKS
 P1T1 RM1209.09 - P1T26 RM3031.64
 TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
 27 OGOS 2010
9)  Penolong Pegawai Pertanian
 KLASIFIKASI
:  Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
 KUMPULAN PERKHIDMATAN :  Sokongan
 TARAF JAWATAN :
 Tetap
 Gred G27/G32
:
 JADUAL GAJI MATRIKS
 P1T1 RM1206.06 - P1T26 RM3028.61
 TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
 27 OGOS 2010
10)  Penolong Pegawai Penguatkuasa
 KLASIFIKASI
:  Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
 KUMPULAN PERKHIDMATAN :  Sokongan
 TARAF JAWATAN :
 Tetap
 Gred N27/N32
:
 JADUAL GAJI MATRIKS
 P1T1 RM 1204.55 – P1T26 RM 3027.10
 TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
 27 OGOS 2010
11)  Pembantu Juruaudit
 KLASIFIKASI
:  Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
 KUMPULAN PERKHIDMATAN :  Sokongan
 TARAF JAWATAN :
 Tetap
 Gred W17/W22
:
 JADUAL GAJI MATRIKS
 P1T1 RM 821.89 – P1T24 RM 2152.86
 TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
 27 OGOS 2010
12)  Juruteknik Komputer
 KLASIFIKASI
:  Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
 KUMPULAN PERKHIDMATAN :  Sokongan
 TARAF JAWATAN :
 Tetap
 Gred FT17/FT22
:
 JADUAL GAJI MATRIKS
 P1T1 RM843.06 - P1T26 RM2325.37
 TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
 27 OGOS 2010
13)  Juruteknik Landskap
 KLASIFIKASI
:  Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
 KUMPULAN PERKHIDMATAN :  Sokongan
 TARAF JAWATAN :
 Tetap
 Gred J17/J22
:
 JADUAL GAJI MATRIKS
 P1T1 RM843.06 - P1T26 RM2325.37
 TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
 27 OGOS 2010
14)  Pembantu Kesihatan Awam
 KLASIFIKASI
:  Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
 KUMPULAN PERKHIDMATAN :  Sokongan
 TARAF JAWATAN :
 Tetap
 Gred U17/U22
:
 JADUAL GAJI MATRIKS
 P1T1 RM 862.73 - P1T17 RM 1,711.21
 TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
 27 OGOS 2010
15)  Juruteknik
 KLASIFIKASI
:  Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
 KUMPULAN PERKHIDMATAN :  Sokongan
 TARAF JAWATAN :
 Tetap
 Gred J17/N22
:
 JADUAL GAJI MATRIKS
 P1T1 RM843.06 - P1T26 RM2325.37
 TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
 27 OGOS 2010
16)  Juruteknik Perancang Bandar Dan Desa
 KLASIFIKASI
:  Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
 KUMPULAN PERKHIDMATAN :  Sokongan
 TARAF JAWATAN :
 Tetap
 Gred J17/J22
:
 JADUAL GAJI MATRIKS
 P1T1 RM 843.06 - P1T26 RM 2325.37
 TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
 27 OGOS 2010


Tag :

JAWATAN KOSONG DI INSTITUT AMINUDIN BAKI - PENSYARAH


Pihak Pentadbiran Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan ini mempelawa PPP Siswazah Gred DG41 yang berkelayakan untuk memohon jawatan Pensyarah, pemangkuan ke Gred DG44 atas syarat-syarat seperti berikut;
  • Berada di Gred PPPS DG41 selama 5 Tahun
  • Memiliki Ijazah Sarjana / Ph.D dalam bidang Pengurusan Pendidikan, Penilaian dan Penyelidikan Pendidikan atau bidang-bidang berkaitan.
  • Mempunyai pengalaman Pengurusan / Pentadbiran sama ada di Sekolah, PPD / PPG, Institut Pendidikan Guru, Bahagian Matrikulasi, Jabatan Pelajaran Negeri atau Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia.
Borang-borang permohonan boleh dimuat turun pada pautan berikut:-
  1. Borang Permohonan Jawatan Pensyarah PPS Gred DG44
  2. Borang Permohonan Memangku Gred DG44
  3. Lampiran 'A' - Borang Perakuan Ketua Jabatan
  4. Lampiran 'T1' - Borang Tapisan Keutuhan
Tarikh tutup permohonan pada 09 September 2010. Sila kemukakan dokumen-dokumen permohonan kepada alamat berikut;
Pengarah Institut Aminuddin Baki,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Sri Layang 69000 Genting Highlands
(u.p: Penolong Pengarah, Unit Perkhidmatan)
sumber maklumat iklan jawatan kosong : http://www.iab.edu.my
Tag :

JAWATAN KOSONG DI TESDEC TERENGGANU

on Monday, August 16


PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARIPADA SEMUA WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN BAGI MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN BERIKUT :-

1 - Tenaga Pengajar (Pembantu Juruteknik Sistem Komputer) J17
2 - Tenaga Pengajar (Kimpalan)
3 - Tenaga Pengajar (Elektrik)
* MAKLUMAT JAWATAN KOSONG KLIK SINI

4 - Tenaga Pengajar Kursus Pembantu Rumah Tangga (Sementara/Sambilan)
* MAKLUMAT JAWATAN KOSONG KLIK SINI

Permohonan hendaklah dibuat melalui borang jawatan kosong yang boleh didapati melalui website www.tesdec.edu.my dan disertakan dengan butir-butir peribadi (resume), salinan kelulusan, pengalaman kerja, gaji semasa/terakhir dan gaji yang dipohon beserta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan).

2. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada :-
PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN NEGERI TERENGGANU (TESDEC)
d/a : KAWASAN PERINDUSTRIAN BUKIT KHOR,
21600 MARANG, TERENGGANU.
( u/p : Bahagian Sumber Manusia )
UNTUK JAWATAN 1, 2 DAN 3
TARIKh TUTUP PERMOHONAN JAWATAN : 29 Ogos 2010

UNTUK JAWATAN 4
TARIKH TUTUP PERMOHONAN JAWATAN : 19 ogos 2010
Tag :

JAWATAN KOSONG DI PUSAT PUNGUTAN ZAKAT WILAYAY PERSEKUTUAN


JAWATAN : PEMBANTU PENYELENGGARAAN ( 1 KEKOSONGAN )

SYARAT PEMOHONAN;
  1. Kelulusan sekurang-kurangnya Sijil MLVK
  2. Pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang penyelenggaraan hawa dingin
  3. Boleh berkomunikasi dengan baik
  4. Sanggup bekerja selepas waktu pejabat dan hari cuti
  5. Lelaki sahaja
Calon-calon yang berminat sila tulis permohonan yang lengkap dengan menyatakan gaji yang dipohon, gambar berukuran pasport dan salinan sijil kepada :-

Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia
Pusat Pungutan Zakat MAIWP
Wisma PPZ, Dataran Shamelin
No 68 Jalan 4/91
Taman Shamelin Perkasa
56100 Kuala Lumpur

No Tel : 03-92895757

Tarikh tutup permohonan : 20/08/2010 (Jumaat)
SUMBER IKLAN : http://zakat.com.my/content/jawatan-kosong
Tag :

JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

on Sunday, August 15


Universiti Sains Islam Malaysia sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan yang berikut:

A) Pengurusan dan Profesional
JAWATAN
GRED
STATUS LANTIKAN
PENEMPATAN
Pegawai Tadbir
N52
Kontrak
Kampus Nilai
Pegawai Hubungan Industri
48
Kontrak
Kampus Nilai
Pegawai Belia dan Sukan
S48
Tetap/Kontrak
Kampus Nilai
Pegawai Perubatan
UD43
Tetap/Kontrak
Kampus Nilai

 B) Sokongan
JAWATAN
GRED
STATUS LANTIKAN
PENEMPATAN
Jururawat Pergigian
U29
Tetap/Kontrak
Kampus Pandan Indah
Penolong Pegawai Keselamatan
KP27
Tetap/Kontrak
Kampus Nilai
Pembantu Makmal
C17
Tetap/Kontrak
Kampus Nilai
Juruteknik (Elektrik)
J17
Tetap/Kontrak
Kampus Nilai
Juruteknik Mekanikal (Automatif)
J17
Tetap/Kontrak
Kampus Nilai
Tukang K2 (Elektrik)
R11
Tetap/Kontrak
Kampus Pandan Indah
Tukang K3 (Elektrik)
R9
Kontrak
Kampus Nilai
Tukang K3 (Awam)
R9
Kontrak
Kampus Nilai
Pembantu Am Pejabat
N1
Kontrak
Kampus Nilai
CARA MEMOHON:
  1. Permohonan hendaklah dibuat menerusi e-IRIS USIM. Panduan permohonan dan maklumat terperinci mengenai semua jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui pautan yang disediakan.
  2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.
  3. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988125/8113

TARIKH TUTUP IKLAN : 22 OGOS 2010

SUMBER INFO IKLAN JAWATAN KOSONG : http://eiris3.usim.edu.my:8080/eiris/index.jsp?page=viewJawatan&jnsJwtn=2
Tag :

JAWATAN KOSONG DI KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1
Jawatan : PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1
Kementerian/ Jabatan : KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Kumpulan Perkhidmatan : SOKONGAN
Klasifikasi Perkhidmatan : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN

MAKLUMAT LENGKAP IKLAN JAWATAN KOSONG : http://static.jobsmalaysia.gov.my/html/jcs-resources/iklan_moan1.pdf

CARA MEMOHON JAWATAN
Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman web www.jobsmalaysia.gov.my
Tarikh tutup permohonan: 22 Ogos 2010
Tag :

JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

on Friday, August 13


Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan adalah dipelawa memohon jawatan sebagaimana di bawah.

Pegawai Tadbir ( 3 kekosongan ) N41

CARA MEMOHON
Permohonan hanya boleh dibuat melalui Laman Web Rasmi KEJORA di alamat www.kejora.gov.my iaitu pada pautan e-Perjawatan atau http://eperjawatan.kejora.gov.my

Tarikh tutup permohonan jawatan adalah pada 26hb Ogos 2010

SUMBER IKLAN JAWATAN KOSONG : http://www.kejora.gov.my/web/guest/home
Tag :

JAWATAN KOSONG KERAJAAN NEGERI SARAWAK


KEKOSONGAN JAWATAN DALAM KERAJAAN NEGERI SARAWAK
  1. JURUTERA (ELEKTRIK) 
  2. JURUTERA (MEKANIKAL) 
  3. PENOLONG JURUTERA (AWAM) 
  4. PENOLONG JURUTERA (MEKANIKAL) 
  5. PEGAWAI SAINS JURUTERA (AWAM) 
  6. JURUUKUR (BAHAN) 
  7. ARKITEK 
TARIKH TUTUTP : 20-08-2010
SUMBER DAN MAKLUMAT PENUH IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.e-recruitment.gov.my/eRecruitment3_public/VacancyView_Browse.jsp

Tag :

JAWATAN KOSONG DI KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR MALAYSIA


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi jawatan di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia.

JAWATAN : PENGHANTAR NOTIS
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : SOKONGAN
TARAF JAWATAN : TETAP
GRED : N3


Kekosongan bagi jawatan ini hanya terdapat di negeri seperti berikut:
i) Putrajaya
ii) Kedah
iii) Pulau Pinang
iv) Perak
v) Kelantan
vi) Terengganu
vii) Pahang
viii) Melaka
ix) Johor
Cara Memohon
Permohonan hendaklah menggunakan Borang NRE NRE 1/2010

Alamat Permohonan
Ketua Setiausaha
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 9, Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
62574 PUTRAJAYA (u.p.: Seksyen Perkhidmatan)
MAKLUMAT LENGKAP IKLAN JAWATAN KOSONG : http://www.nre.gov.my/iklan
SUMBER IKLAN JAWATAN KOSONG : http://www.nre.gov.my
TARIKH TUTUP PERMOHONAN JAWATAN : 20 Ogos 2010

Tag :

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH YAN, KEDAH DARUL AMAN


Permohonan-permohonan adalah dipelawa dari rakyat Negeri Kedah Darul Aman / Warganegara Malaysia untuk memenuhi jawatan yang tersebut di bawah :-

Pembantu Undang-Undang L29
Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
Taraf Jawatan  : TETAP
Permohonan hendaklah dibuat dalam boring MDY/2010 yang boleh didapati sendiri di Bahagian Sumber Manusia Majlis Daerah Yan dengan PERCUMA atau memohon secara pos dengan menyertakan sampul surat beralamat sendiri berukuran 11 sm x 25 sn dan bersetem serta boleh dimuat turun melalui web www.mdyan.gov.my
Alamat permohonan
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH YAN
06900 YAN
KEDAH DARUL AMAN
Tarikh tutup permohonan jawatan : 25 Ogos 2010maklumat lanjut iklan jawatan kosong :  http://www.mdyan.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=5d042b1a-daf8-4d7b-b9b6-cd57e4aad119&groupId=14064
Tag :

TAWARAN MENGIKUTI KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (TABIKA) KEMAS TAHUN 2011


Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon tawaran mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA) KEMAS tahun 2011

SYARAT DAN KELAYAKAN
1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia ;
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;
3. Pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik seperti berikut :-(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; dan
(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) padaperingkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
4. Pemohon wanita sahaja layak memohon

Pemohon dikehendaki menggunakan Borang KEMAS 1 Pin. 2005
1. Isikan semua maklumat dengan jelas, tepat dan lengkap mengikut butiran yang
2. dikehendaki seperti dalam borang berkenaan
3. Borang ini juga boleh didapati di :
(a) Laman web www.kemas.gov.my ; atau
(b) Ibu Pejabat KEMAS, Pejabat KEMAS Negeri atau Daerah/Parlimen.

MAKLUMAT LANJUT IKLAN SILA KLIK SINI 
SUMBER IKLAN : http://www.kemas.gov.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 24 Ogos 2010
Tag :

TEMUDUGA TERBUKA JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR DI PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

on Wednesday, August 11


Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), mempelawa permohonan daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk menghadiri temuduga terbuka jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 lantikan sambilan yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut :

TARIKH TEMUDUGA
1. 12 Ogos 2010 / Khamis
2. 13 Ogos 2010 / Jumaat
3. 16 Ogos 2010 / Isnin
4. 17 Ogos 2010 / Selasa
5. 18 Ogos 2010 / Rabu
MASA TEMUDUGA
Sesi I Pagi : 9.30 hingga 11.30 pagi
Sesi II (Kecuali Jumaat) Petang : 2.30 hingga 4.30 petang
Sesi II (Jumaat sahaja) Petang : 2.45 hingga 4.45 petang

LOKASI TEMUDUGA / BERTEMPAT DI
Bilik Mesyuarat BKP,
Tingkat 11,
Wisma Chase Perdana

Jawatan : PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27

Permohonan hendaklah menggunakan Borang PTPTN-PSM-01/1-2005 Pin. 1 yangboleh didapati secara percuma dari :
Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Bahagian Khidmat Pengurusan
Tingkat 11, Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan, Damansara Heights
50490 KUALA LUMPUR
Borang permohonan juga boleh didapati melalui laman web PTPTN di www.ptptn.gov.my

SUMBER INFORMASI JAWATAN KOSONG : http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung
Tag :

jangan jadi orang yang biasa-biasa

on Tuesday, August 10


"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria , ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ."

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..." Jadi renungkan lah....
  1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja
  2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .
  3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.
  4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJARAN.
  5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
  6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .
  7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya  'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?' 
  8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,selagi hati kita berdengki,jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita)dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.
Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia.. sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ... kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita withdraw kat akhirat nanti... tapi kalau kita asyik dengki mendengki.. nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...
"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."
kredit to the viper

Tag :