Jawatan Kosong di Negeri Kelantan
Jawatan : Pengawa Gred NP27
Taraf Jawatan : Sokongan
Tarikh Tutup : 21 jun 2010
Maklumat Iklan
Sumber :
SPN kelantan
SYARAT LANTIKAN
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta
mempunyai pengalaman tidak kurang dari 10 tahun
dalam bidang berkaitan, terlibat dalam aktiviti
kemasyarakatan dan sukarela serta berpengetahuan
luas dalam pembangunan masyarakat, adat istiadat,
agama dan sosiobudaya tempatan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred NP27: P1T3);
atau
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred NP27: P1T6);
atau
Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred NP27: P1T10);
atau
Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred NP27: P1T11);
[Calon dengan kelayakan STPM atau diploma
disyaratkan mempunyai pengalaman tidak kurang
dari 5 tahun dalam bidang yang berkaitan, terlibat
dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukarela serta
berpengetahuan luas dalam pembangunan
masyarakat, adat istiadat, agama dan sosiobudaya
tempatan]
dan
Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk
lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang SPN KN. 1 yang boleh didapati di pejabat ini
dengan harga RM1.00. Sila hantarkan permohonan anda ke alamat berikut :-
SETIAUSAHA
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI
KELANTAN
TINGKAT BAWAH, BLOK 6 KOTA DARULNAIM
15503 KOTA BHARU.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat lantikan, taraf jawatan dan lain-lain lagi, sila
layari laman web: www.spn.kelantan.gov.my
Calon-calon lantikan terus tidak kurang dari 18 tahun
AM :
1. Pegawai-pegawai Kerajaan yang berkhidmat hendaklah mengemukakan borang
permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17,
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan
Perkhidmatan) 2009 dan pastikan dihantar bersama dengan Kenyataan Perkhidmatan
yang kemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi 2009. Borang permohonan yang
dikemukakan tanpa Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi akan ditolak.
2. Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran Paspot,
Salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Ijazah, Diploma dan Sijil-sijil Persekolahan atau
Dokumen /testimonial yang berkaitan.
3. Permohonan yang lewat atau tidak menurut peraturan di atas tidak akan dilayan.
4. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
5. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup
permohonan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.