Jawatan kosong terus ke email anda, daftar email anda dibawah :

Delivered by FeedBurner

Jawatan Kosong Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA

on 31 May 2010

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

Jawatan :  Kakitangan Sambilan Teknologi Maklumat
Taraf Jawatan : Kontrak
Tangga Gaji : RM 1200.00
tarikh tutup : 30 JUN 2010

download borang   lihat iklan

Deskripsi Tugas
Bertanggungjawab membantu Juruteknik Komputer menyelenggara komputer, menyelia makmal komputer
pelajar dan kerja-kerja pentadbiran yang diarahkan daripada masa ke semasa.

Kelayakan
 Diploma dalam Sains Komputer atau Teknologi Maklumat; atau

Diploma dalam Kejuruteraan Elektronik (Komputer) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam perancangan dan pengurusan sistem dan teknologi
maklumat; dan

Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam bidang-bidang berkaitan; dan

Mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman dalam bidang Open Source Environment System, Sun
OS System dan Microsoft Server

CARA MEMOHON
a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan ASWARA yang boleh diperolehi dengan memuat turun borang tersebut di laman Web ASWARA iaitu www.aswara.edu.my
b) Permohonan yang telah dilengkapkan perlu dikembalikan bersama-sama sekeping gambar terbaru berukuran passport,salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan, resume dan dokumen-dokumen sokongan dan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan.
c) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 40.5sm x 30.5sm. Disudut atas sebelah kiri sampul surat hendak ditulis nama jawatan dipohon.
d) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat di bawah sebelum atau pada 30 JUN 2010.

Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
464, Jalan Tun Ismail,
50480 KUALA LUMPUR.
(u.p: Bahagian Teknologi Maklumat)
Tel : 03-2697 1777 / 03-2697 1194 / 5448 / 1163

ASWARA adalah sebuah institusi pengajian tinggi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK). ASWARA memerlukan kumpulan baruyang terdiri daripada individu yang dinamik, kreatif, inovatif, bermotivasi tinggi untuk bekerja dengan semangatberpasukan dan meminati serta menghargai bidang seni budaya dan warisan bagi merealisasikan misi dan visi penubuhan ASWARA

Tag :

PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41

TUJUAN PEPERIKSAAN

  1. menguji kebolehan calon berfikir secara sistematik
  2. menguji sejauh mana calon dapat menggunakan ilmu pengetahuan yang telah diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalamannya 
  3. Tegasnya peperiksaan ini adalah adalah untuk menguji kematangan pemikiran anda yang telah anda semai dan pupuk sepanjang riwayat persekolahan dan pengajian anda. 
  4.  Kesimpulannya matlamat akhir peperiksaan ini adalah untuk mengukur kualiti dan potensi anda sebagai bakal Pegawai Tadbir dan Diplomatik. 
 perhatian: exam ini tidak sekali-kali bertujuan mengukur ilmu pengetahuan calon semata-mata dalam sesuatu bidang yang khusus



SUKATAN PEPERIKSAAN

Peperiksaan ini mempunyai satu (1) bahagian dan dibahagikan kepada lima (5) seksyen seperti berikut :
Seksyen A - Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling.
Seksyen B - Daya menyelesaikan masalah.
Seksyen C - Pengertian Dan Kefahaman Terhadap Esei-esei.
Seksyen D - Esei Bahasa Melayu.
Seksyen E - Esei Bahasa Inggeris.


SEKSYEN A - PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING.

Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 60
Markah : 30


SEKSYEN B - DAYA MENYELESAIKAN MASALAH


Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40
Markahh : 20 










SEKSYEN C – PENGERTIAN DAN KEFAHAMAN TERHADAP ESEI-ESEI
Masa : 35 minit
Bilangan Soalan Objektif : 20 soalan
Markah : 10


SEKSYEN D – ESEI BAHASA MELAYU


Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : 200 hingga 300 perkataan  


sumber : http://www.spa.gov.my/
Tag :

Keputusan Peperiksaan Exam Gred 41

Keputusan Peperiksaan Exam Gred 41 Sesi April
semak disini >> http://aduan.spa.gov.my/res_ex14j/semak.asp

Tag :

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

on 30 May 2010

Jawatan : PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT S17
Tarikh tutup permohonan : 7 Jun 2010


CARA MEMOHON
a. Permohonan jawatan kosong ini hendaklah melalui laman web www.jobsmalaysia.gov
b. Permohonan daripada Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Kerajaan, Badan Berkanun
atau Kuasa-Kuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan
salinan Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini


Cara Memohon dan Iklan Jawatan.

Tag :

Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia



Tag :

Jawatan Kosong Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim

Jawatan: Pegawai Rundingcara (S41)

Jabatan:  Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim
Klasifikasi:  Perkhidmatan Sosial
Kumpulan:  Pengurusan Dan Profesional
Jadual Gaji:  Gred S41
Taraf Jawatan :  Kontrak

Cara Memohon :
Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati daripada Laman web YPKDT www.ypkdt.org.my atau Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim, dengan menghantar sampul surat berwarna putih berukuran 10cm x 23cm bersetem 30 sen beralamat sendiri. Permohonan yang lengkap hendaklah dikembalikan ke alamat seperti di bawah sebelum atau pada tarikh tutup permohonan.
Ketua Eksekutif,
Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim,
Aras 1 & 2, Parcel C2S, Sayap Timur,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor,
Kota Iskandar,
79603 Nusajaya, Johor.

Sebelum atau pada : 20 Jun 2010

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN

Syarat Lantikan :- Calon-calon hendaklah memiliki :-

Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Kaunseling dari universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred S41:P1T3)


ATAU 
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah dan yang berkaitan  dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

(Gaji Permulaan pada Gred S41:P1T3)
ATAU
Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan dari universiti-universiti tempatan atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(Gaji Permulaan pada Gred S41:P1T3) 


DAN
Lulus Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Penaklukan di bawah syarat-syarat skim perkhidmatan :
Pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.
Tag :

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

on 26 May 2010

Jawatan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
TARIKH TUTUP : 16 JUN 2010

PEMBANTU TAMAN/LADANG GRED G17
Maklumat am
Borang
PENGAWAS HUTAN GRED G11
Maklumat am
Borang 
PEKERJA AWAM KHAS R3 
Maklumat am
Borang

CATATAN AM
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan ini hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

CARA MEMOHON
Semua permohonan hendaklah dibuat melalui Borang BPSM/1/1 yang boleh dimuat turun daripada laman web Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) atau dengan menghantar sampul surat berukuran 23.5 X 10 CM bersetem 50 sen dan beralamat sendiri. Satu sampul surat hanya bagi satu borang sahaja untuk jawatan yang hendak dipohon.

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan dibahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar kepada
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) 52109 Kepong,
Selangor Darul Ehsan.
Tag :

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Negeri Kedah

on 23 May 2010

Majlis Agama Islam Kedah Darul Aman

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat yang mempunyai kelayakan seperti berikut :

1)Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 (sementara)

maklumat lanjut  klik sini

Tag :

Jawatan kosong Perbandanan Pembangunan Pulau Pinang

Perbandanan Pembangunan Pulau Pinang

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kekosongan jawatan-jawatan berikut:

1-Akauntan
2-Jurutera awam

Sila klik untuk butiran lanjut dan muat turun borang permohonan.
Tag :

Kekosongan Besar Jawatan Julai

on 21 May 2010

Oleh HELMI MOHD. FOAD pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 1 Mac – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menganggarkan kekosongan jawatan yang begitu besar akan berlaku dalam sektor kerajaan menjelang Julai ini. Setiausahanya, Datuk Lamien Sawiyo berkata, keadaan itu berlaku ekoran ramai pegawai dan kakitangan yang sebelum ini dilanjutkan perkhidmatan mereka sehingga umur 58 tahun akan bersara pada tahun ini. “Ini membabitkan pelbagai peringkat jawatan yang dianggarkan mengalami kekosongan yang signifikan dan ia memberikan kesan besar. “Pada masa ini, kita sedang mengumpulkan maklumat daripada setiap agensi mengenai kekosongan yang akan berlaku nanti,” katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan jersi kepada pasukan SPA FC yang layak menyertai Liga FAM 2010 di Ibu Pejabat SPA di sini hari ini.

Dasar melanjutkan usia persaraan daripada umur 56 tahun kepada 58 tahun dikuatkuasakan oleh kerajaan pada 1 Julai 2008. Dijangka lebih 4,800 pegawai dan kakitangan awam yang sepatutnya bersara wajib pada 2008 akan menamatkan perkhidmatan antara Julai hingga Disember ini. Menurut Lamien, pada masa ini SPA sedang mengumpulkan maklumat daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan mengenai kekosongan jawatan baru. Katanya, suruhanjaya tersebut menganggarkan jumlah jawatan baru yang perlu diisi adalah kira-kira 50,000 sebagaimana dilakukan pada 2008 dan tahun lalu.

Dalam pada itu, katanya, jawatan kritikal dalam bidang perubatan seperti doktor yang diperlukan sebanyak 5,000 setiap tahun masih terus berlaku kekosongan. Sementara itu, Lamien turut menyangkal kebimbangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bahawa golongan wanita dikatakan menguasai sektor awam Katanya, SPA yang bertanggungjawab melaksanakan pengambilan kakitangan baru membabitkan 250 skim perjawatan tidak melihat kepada aspek gender.

Contohnya, kata beliau, pengambilan terbaru jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) menyaksikan daripada 490 orang yang dilantik, 250 adalah lelaki manakala selebihnya wanita. “Kita ikut merit, kalau bagus dan melepasi syarat kita akan ambil tanpa mengira jantina selain tiada kuota tertentu dalam membuat pengambilan kakitangan baru. “Cuma, dalam keadaan tertentu melibatkan bidang tugas seperti jawatan pegawai penjara wanita, tentu kita akan ambil wanita tetapi kita tidak amalkan dasar diskriminasi terhadap wanita,” katanya.

kredit to   http://cic.jobsmalaysia.gov.my
Tag :

Pusat Maklumat Kerjaya

Tahukan anda ada sebuah portal telah ditubuhkan oleh kerajaan untuk membantu menyebarkan maklumat untuk pencari kerja klik sini

Pusat Maklumat Kerjaya berfungsi sebagai 'One Stop Centre' bagi semua golongan Pencari Kerja bagi persediaan melengkapkan diri untuk mencari kerja. Ia juga berfungsi untuk memberi bimbingan kerjaya dan menyampaikan maklumat kepada semua lapisan pencari kerja (siswazah dan bukan siswazah).

ditubuhkan untuk :-
1.Memberi panduan
2.Memberi maklumat kepada firma-firma tentang jenis tenaga lepasan sekolah institusi pengajian tinggi 3.Melengkapi pencari kerja dengan kemahiran mencari kerja
4.Menjalankan kursus singkat untuk pencari kerja 5.Menyediakan khidmat nasihat tentang pelbagai jenis pekerjaan dan prospek
6.Menyediakan khidmat kaunseling untuk membantu pencari kerja membuat keputusan bijaksana 7.Membantu para lulusan mengenal diri secara dekat melalui inventori

Tag :
 
© info kerjaya | jawatan kosong 2013 | All Rights Reserved
D.I.Y Themes By Belajar SEO