Jawatan Kosong Terus Ke Email Anda:

Delivered by FeedBurner

Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) - biasiswa bantuan penuh

on Monday, September 13

KUALA LUMPUR: Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) yang baru siap dibina akan mengambil 500 pelajar pintar dalam masyarakat yang hidup di bawah paras kemiskinan, terutama dari rantau Asia dan Afrika, untuk kemasukan sulung pada Julai depan.

Naib Pengerusi Eksekutif Yayasan Albukhary, Datuk Seri Ismail Yusof, berkata pemilihan pelajar untuk kemasukan program asasi itu akan dibuat berdasarkan pendapatan keluarga, nilai kepemimpinan serta kecemerlangan akademik.

Beliau berkata, AIU yang membabitkan kos pembinaan sebanyak RM350 juta di Alor Setar, Kedah, dibiayai oleh Yayasan Albukhary dan semua pelajar ditaja sepenuhnya, selaras matlamat universiti itu untuk membantu mereka yang layak dari seluruh dunia untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Koleksi Biasiswa Malaysia 2010

“AIU adalah program tanggungjawab korporat yang unik di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Kami sedang mengenal pasti pelajar untuk pengambilan pertama yang dijangkakan 20 peratus daripadanya adalah dari Malaysia, manakala selebih dari luar negara,” katanya dalam satu kenyataan.

AIU adalah universiti penuh antarabangsa yang tidak berasaskan keuntungan dan untuk pelajar penerima biasiswa meliputi yuran kursus, makanan dan penginapan serta elaun dalam tempoh pengajian, selain menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Universiti itu menawarkan peluang pembelajaran kepada pelajar cemerlang dari keluarga kurang bernasib baik, dan pembinaannya boleh menampung kapasiti sehingga 3,000 pelajar yang mana 80 peratus dari keluarga Islam miskin serta berisiko dari luar negara, sementara baki adalah warga Malaysia yang beragama Islam dan bukan Islam.

Ismail berkata, program biasiswa Albukhary sudah dilancarkan sejak 2005 dan penerima ditempatkan di universiti awam sementara menunggu pembinaan AIU. Setakat ini, hampir 400 pelajar dari kira-kira 50 negara menerima biasiswa itu.

Beliau berkata, program orientasi selama sebulan sudah disusun untuk membantu pelajar kumpulan pertama itu membiasakan diri dengan kehidupan di Malaysia dan kampus, serta dalam pergaulan sesama mereka sebelum penggal akademik bermula.

Sebagai permulaan, katanya, AIU akan menganugerahkan Ijazah Teknologi Maklumat, Pengajian Perniagaan dan Sains Sosial tetapi sebelum mengikuti pengajian peringkat itu, pelajar dikehendaki memasuki program asasi yang meliputi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Pengajian Malaysia, Matematik serta Sains.

“Dengan cara kami sendiri, Yayasan Albukhary ingin berperanan memaparkan wajah keprihatinan Malaysia di luar negara dengan menawarkan peluang kepada pelajar kurang bernasib baik yang berpotensi menjadi warga contoh serba boleh dan berpengetahuan tinggi,” katanya.

Sambil menjelaskan AIU adalah sebahagian daripada Pusat Kecemerlangan Sharifah Rokiah yang dibina atas tanah keluarga serta diuruskan oleh Yayasan Albukhary, beliau berkata, semua pelajarnya dikehendaki membantu kerja sukarela di rumah anak yatim, pusat perubatan dan dialisis, pusat kanak-kanak cacat dan juga pusat warga tua sebagai pendekatan holistik melahirkan warga yang dapat menyumbang kepada masyarakat.

Sumber : Berita Harian ( 28 April 2010 )
Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) - http://www.aiu.edu.my/
Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Post a Comment