Jawatan kosong terus ke email anda, daftar email anda dibawah :

Delivered by FeedBurner

JAWATAN KOSONG FELLOW KANAN SYARIAH DI INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)

on 02 September 2010

Tarikh Iklan : 11/08/2010 
Jawatan : Fellow Kanan (Syariah)  (Nota: Jawatan ini setaraf DS54 di Universiti Awam)
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Taraf Jawatan  : Tetap
Tempoh Percubaan : 2 Tahun
Jadual Gaji (Skim Gaji 3) : RM5,752.07 x RM250.47 – RM7,755.83
(Tawaran gaji permulaan adalah berdasarkan gaji sekarang, kelayakan dan pengalaman)

Syarat Lantikan :  Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Doktor Falsafah daripada Universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia di dalam bidang Syariah;
  3. Mempunyai pengalaman penyelidikan tidak kurang daripada 8 tahun di Institut Pengajian Tinggi atau Institusi Penyelidikan Akademik di sektor awam atau swasta;
  4. Telah menghasilkan kajian yang bernas dan bermutu tinggi dalam bidang-bidang tersebut atau bidang-bidang berkaitan yang sesuai mengikut penilaian IKIM;
  5. Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik; pengalaman bekerja dan berkemahiran menggunakan komputer serta boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris; dan berkemahiran merujuk sumber-sumber Islam dalam Bahasa Arab.
 Bidang Tugas :   
  • Bertanggungjawab antaranya menjalankan projek penyelidikan dan menghasilkan penerbitan bermutu dalam bidang yang sesuai dengan matlamat dan peranan IKIM; menyelia dan menyelaras Sudut Hukum, slot radio dan tugasan-tugasan penyelidik di Pusat Syariah, Undang-undang dan Sains Politik, IKIM.

Cara Permohonan
  1. Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta salinan dokumen yang berikut :-
  2. Butir-butir peribadi yang lengkap (resume/ curriculum vitae mengenai kelayakan dan pengalaman)
  3. Sekeping gambar berwarna berukuran passport (tidak dikembalikan)
  4. Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir dan lain-lain dokumen berkaitan jika ada.

Surat permohonan beserta dokumen hendaklah sampai kepada :

Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku
Off Jalan Duta
50480 KUALA LUMPUR
(up: Bahagian Pentadbiran)

Tel: 03-62046200 Faks: 03-62014189

  • sebelum atau selewat-lewatnya pada 30/09/2010 dengan menyatakan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat tersebut.
  • Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Kuasa Tempatan, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.
Catatan Am
  • Salinan sijil-sijil yang dikemukakan hendaklah diakui sah oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan Profesional atau Penghulu/Ketua Kampung.
  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
  • Permohonan tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
sumber iklan jawatan kosong :  http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=4&sec=10&key=2151&cmd=resetall
Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

 
© info kerjaya | jawatan kosong 2013 | All Rights Reserved
D.I.Y Themes By Belajar SEO