Jawatan kosong terus ke email anda, daftar email anda dibawah :

Delivered by FeedBurner

JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNIZA)

on 30 September 2010

Universiti Sultan Zainal Abidin adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun dan bukan warganegara Malaysia berumur tidak kurang 27 tahun pada tarikh permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan mengikut bidang dan fakulti seperti berikut :

SENARAI JAWATAN AKADEMIK

FAKULTIBIDANG
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Anatomi,Biokimia,Fisiologi dan Patologi


JAWATAN AKADEMIK :
  1. Pensyarah Universiti (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan) - Gred : DS45/DS51/DS53/VK7
  2. Pensyarah Perubatan (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan) - Gred : DU45/DU51/DU53/VK7

TARAF JAWATAN : Kontrak
MUAT TURUN BORANG :
  1. Jawatan Akademik
  2. Slip Pengesahan Penerimaan

CARA MEMOHON / SYARAT LANTIKAN :
  1. Syarat - syarat lantikan beserta maklumat lanjut boleh diperolehi melalui laman web UniSZA iaitu http://www.unisza.edu.my
  2. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan Akademik UniSZA yang boleh diperolehi melalui laman web UniSZA http://www.unisza.edu.my/borang
  3. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga(3) bulan dari tarikh tutup permohonan dianggap gagal.
  4. Sila nyatakan bidang dan fakulti bagi jawatan yang dipohon pada sebelah kiri bahagian atas sampul surat.
  5. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  6. Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta sijil dan dokumen berkaitan yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada Bahagian Sumber Manusia pada atau sebelum 3 Oktober 2010 kepada alamat di bawah :

    Pendaftar
    Universiti Sultan Zainal Abidin
    Imperial House
    Lot 3921, Jalan Engku Sar, Batas Baru
    20300 Kuala Terengganu
    Terengganu Darul Iman
    (u.p: Bahagian Sumber Manusia)

  7. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Encik Mohd Sayuti bin Yahya atau Puan Che Khamsah binti Mohd di Bahagian Sumber Manusia melalui talian 09-6306509 / 09-6306521 / 09-6220021 / 09-6220027.
Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

 
© info kerjaya | jawatan kosong 2013 | All Rights Reserved
D.I.Y Themes By Belajar SEO