Jawatan Kosong Terus Ke Email Anda:

Delivered by FeedBurner

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH KUALA PILAH

on Sunday, September 12



Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan diberi kepada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus yang bermastautin di Kuala Pilah untuk memenuhi jawatan kosong seperti berikut : 
 
BIL.
JAWATAN DAN GRED
KLASIFIKASI
JADUAL GAJI
1.
 Penolong Pegawai
 Penguatkuasa
 Gred N27 (Kontrak)
 Perkhidmatan Pentadbiran
 Dan Sokongan
P.1.T.1 RM1204.55 P.1.T.26 RM3027.10
P.2.T.1 RM1274.13 P.2.T.26 RM3213.25
P.3.T.1 RM1346.73 P.3.T.26 RM3405.26
 
 
ITKA : RM 160.00   ITP : RM 180.00   COLA : RM 100.00
 
Syarat Lantikan :
     
(i) ( a ) STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ; atau
     
  ( b ) Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T5 RM1470.75 ] ; atau
     
  ( c ) Bekas Inspektor PDRM atau Leftenan ATM atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik;
     
     
(ii) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :
     
  ( a ) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa sepatu;.
     
  ( b ) badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
     
  ( c ) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84 sm (lelaki sahaja) ;
     
  ( d ) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata ;
     
  ( e ) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat ;
     
  ( f  ) diakui sihat dan sesuai oleh Pegawai Perubatan Kerajaan ; dan
     
(iii)
 calon yang memiliki kelayakan di perenggan i (a) dan (b) di atas hendaklah lulus B.M (termasuk lulus Ujian lisan ) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
     
CARA-CARA MEMOHON
     
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Khas yang boleh yang boleh didapati daripada Urus setia Majlis Daerah Kuala Pilah pada waktu pejabat dibuka dengan bayaran tunai RM1.00 atau menyertakan sampul surat beralamat sendiri dengan setem yang mencukupi serta wang pos berjumlah RM1.00
   
2. Borang juga boleh didapati secara proses muat turun daripada laman web rasmi MDKP, http://www.mdkp.gov.my dengan menyertakan wang pos RM1.00 sekiranya permohonan dihantar melalui pos dan membayar secara tunai apabila borang diserah sendiri oleh pemohon.
     
  Sila klik di sini untuk muat turun
     
2. Tarikh tutup permohonan : 24 SEPTEMBER 2010 @ 5.00 petang.
     
3.
Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang diakui sah oleh mereka yang berkelayakan seperti Pegawai Kumpulan A (Pengurusan dan Profesional) , Pegawai Kumpulan Sokongan 1, Penghulu JP, Pesuruhjaya Sumpah, Pengerusi JKKK dan setaraf beserta gambar berukuran passport dan dialamatkan kepada :
   
    YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KUALA PILAH
72009 KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
     
CATATAN
     
1 Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dengan setiap
keputusan temuduga adalah muktamad.
     
2. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung atas calon sendiri.
     
3 Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup
hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
     
4. Borang yang tidak lengkap seperti tiada tandatangan, pengesahan (salinan diakui sah), tiada
bayaran tidak akan diberi pertimbangan.
Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Post a Comment