Jawatan kosong terus ke email anda, daftar email anda dibawah :

Delivered by FeedBurner

JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI (LADA)

on 05 September 2010

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk
mengisi jawatan di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

  1. PEMBANTU PERTANIAN GRED G17 (1 Jawatan)
  2. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11 (5 Jawatan)
MAKLUMAT LENGKAP IKLAN KLIK SINI

Paduan/Cara Memohon

Borang-borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web LADA di alamat www.lada.gov.my. Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang diisyaratkan dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, sijil kelahiran, surat berhenti sekolah dan lain-lain dokumen yang berkaitan serta disahkan.

Setiap permohonan mestilah ditulis (NAMA JAWATAN YANG DIPOHON) di bahagian atas sebelah kiri sampul. Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di
bawah:-
Pengurus Besar
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan)
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

Permohonan yang ditolak:
  1. Tidak disertakan gambar terbaru yang berukuran passport seperti ditetapkan;
  2. Tidak disertakan salinan dokumen yang diperlukan;
  3. Tidak lengkap dan tidak terang;
  4. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
  5. Tidak menandatangani borang permohonan
  6. Mengemukakan maklumat palsu.
Tarikh tutup permohonan ialah pada 12 September 2010. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan di talian 04-9667186/7187
Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

 
© info kerjaya | jawatan kosong 2013 | All Rights Reserved
D.I.Y Themes By Belajar SEO