Jawatan Kosong Terus Ke Email Anda:

Delivered by FeedBurner

JAWATAN KOSONG PEGAWAI TADBIR GRED N41 (KONTRAK) DI KEMENTERIAN LUAR NEGERI

on Wednesday, August 18


MAKLUMAT URUSAN PENGAMBILAN “WALK-IN INTERVIEW” BAGI JAWATAN PEGAWAI TADBIR GRED N41 (KONTRAK) DI KEMENTERIAN LUAR NEGERI

Jawatan : Pegawai Tadbir N41 (Kontrak)
Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran
Gred : N41
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional

P1T1 RM 1690.28 – P1T27 RM 4640.28
P2T1 RM 1784.90 – P2T27 RM 4918.55
P3T1 RM 1883.70 – P3T27 RM 5220.62

Syarat Lantikan
i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan / luar negara atau kelayakan yang setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred N41, P1T3 RM 1871.18); atau
ii) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan / luar negara atau kelayakan yang setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred N41, P1T4 RM 1961.63); dan
Syarat Tambahan bagi ‘Walk-in Interview’ Kementerian Luar Negeri :
iii) Calon-calon yang memohon dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian hendaklah memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.2 ke atas atau yang setaraf dengannya;
iv) Calon-calon yang mempunyai penguasaan bahasa-bahasa utama dunia seperti bahasa Arab, bahasa Perancis, bahasa Jerman, bahasa Sepanyol, bahasa Mandarin, bahasa Jepun dan bahasa Rusia akan diberi keutamaan;
v) Umur calon semasa ditemu duga hendaklah tidak melebihi daripada 30 tahun;
vi) Tempoh kontrak adalah untuk satu (1) tahun dan tempoh perkhidmatan secara kontrak ini boleh dilanjutkan tertakluk kepada prestasi kerja dan perakuan Ketua Jabatan; dan
vii) Calon-calon yang dipanggil untuk ditemu duga dikehendaki melalui “aptitude test” sebelum sesi temu duga. Ujian ini adalah bertujuan menguji kemahiran calon berfikir secara sistematik dan sejauh mana calon dapat menggunakan ilmu pengetahuan yang telah di peroleh melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman.

Calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengemukakan:
(i) Curriculum-vitae;
(ii) Dua (2) keping gambar berukuran pasport;
(iii) Salinan sijil-sijil dan dokumen-dokumen sokongan; dan
(iv) Karangan ringkas dalam bahasa Inggeris dengan tajuk “Why I want to join the Ministry of Foreign Affairs, Malaysia”.

Permohonan yang telah lengkap hendaklah dialamatkan kepada :
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN LUAR NEGERI
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
WISMA PUTRA
NO 1, JALAN WISMA PUTRA
PRESINT 2
62602 PUTRAJAYA MALAYSIA
(U.P.: URUS SETIA URUSAN PENGAMBILAN – WALK-IN INTERVIEW)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN JAWATAN : 31 DISEMBER 2010

MAKLUMAT LENGKAP JAWATAN KOSONG KLIK SINI
SUMBER IKLAN JAWATAN KOSNONG : http://www.kln.gov.my/web/guest/job_vacancy
Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Post a Comment