Jawatan Kosong Terus Ke Email Anda:

Delivered by FeedBurner

JAWATAN KOSONG DI GIANT

on Monday, August 23


Pelatih Pengurusan (Management Trainee)

Tanggungjawab:
· Objektif jawatan ini ialah untuk memberikan pendedahan kerja kepada
calon untuk memainkan peranan di dalam pengurusan organisasi kami di
masa hadapan.
· Calon-calon yang terpilih akan dikehendaki mengikuti program latihan
intensif yang menyeluruh selama enam bulan, dilengkapkan/ dibekalkan
dengan pelbagai keperluan kemahiran serta panduan mengikut Operasi
Pengurusan Peruncitan. Dalam tempoh latihan selama enam bulan caloncalon
akan didedahkan dengan sistem pengurusan operasi peruncitan
secara latihan sambil kerja dan latihan di bilik darjah yang akan
disediakan oleh syarikat.
· Ini merupakan peluang keemasan bagi anda untuk memperluaskan
pemahaman/ pengetahuan mengenai operasi perniagaan kami untuk
dibentuk sebagai peruncit masa hadapan. Peluang ini wajar diambil dan
dijadikan sebagai satu perjalanan untuk menimba kepakaran peruncitan
daripada kami selaku peruncit terbesar di Asia.

Keperluan:
· Diploma / Ijazah dalam sebarang bidang dan mempunyai pengalaman
kerja adalah digalakkan untuk memohon dan Latihan Sambil Bekerja akan
diberikan kepada calon-calon yang berjaya.
· Kemahiran organisasi dan semangat kepimpinan yang tinggi.
· Mampu bekerja secara berdikari dan menyelesaikan tugas tepat pada
waktunya.
· Sedia bekerja mengikut syif dan bekerja lebih masa.
· 1-2 tahun kerja pengalaman dalam sektor peruncitan amat dialaukan
untuk memohon.

Ketua / Penolong Ketua Jabatan (Department Head / Assistant Department Head)

Tanggungjawab:
· Anda bertanggungjawab untuk memaksimumkan jualan dan produktiviti
menerusi kawalan perbelanjaan yang efektif. Sebagai seorang pemimpin,
anda dikehendaki menguruskan dan mendorong kakitangan anda untuk
mengekalkan tahap terbaik di tempat jualan. Anda akan menbantu Ketua
Divisyen dalam menguruskan salah satu daripada bahagian yang berikut:
Barangan Runcit/ Buah-buahan/ Sayur-Sayuran/ Daging/ Makanan Laut/
Makanan Dingin/ Makanan Beku & Tenusu/Bakeri/ Makan Sedia Ada (RTE)/
Wanita/ Lelaki & Sukan/ Bayi & Kanak-Kanak/ Kelengkapan Rumah/ Parabot
Mudah Pasang/ Peralatan/ Bagasi/ Permainan & Alat Tulis/ Kasut/ Elektrikal/
Keperluan Rumah/ DIY

Keperluan:
· Sekurangnya 2 tahun pengalaman sebagai Ketua Jabatan/penolong
Ketua jabatan di salah sebuah Pasar Raya Besar/Pasar Raya/ Gedung
Jualan.
· Rekod prestasi terbukti dalam melaksanakan perancangan dan strategi
bagi memaksimumkan jualan dan menjalankan aktiviti-aktiviti promosi.
· Sedia bekerja mengikut syif dan pada hujung minggu serta pada hari cuti
umum.

Juruwang (Cashier)

Kelayakan:
• Sekurang-kurangnya SRP/PMR atau setaraf dengannya atau mempunyai
pengalaman sebagai juruwang dalam bidang peruncitan adalah
digalakkan untuk memohon.
• Sedia bekerja mengikut syif dan pada hujung minggu serta pada hari cuti
umum.
• Calon harus mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan dengan Kredit
dalam matapelajaran SRP/PMR-Matematik.
• Latihan Sambil Bekerja akan diberikan kepada calon-calon yang berjaya.
• Umur 16 tahun ke atas.

Pembantu Jualan (Sales Assistant)

Kelayakan:
• Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya SRP/PMR atau setaraf
dengannya atau yang berpengalaman dalam bidang peruncitan.
• Adalah digalakkan untuk memohon dan Latihan Sambil Bekerja akan
diberikan kepada mereka yang berjaya.
• Sedia bekerja mengikut syif dan pada hujung minggu serta pada hari cuti
umum.
• Umur 16 tahun ke atas.

Pengawal Keselamatan (Security Guard)

• Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya PMR.
• Calon yang mempunyai pengalaman bekerja di dalam bidang yang
berkaitan serta calon-calon bekas polis dan tentera adalah digalakkan
untuk memohon dan akan diberi keutamaan.
• Warganegara Malaysia berumur di antara 21 dan 35 tahun.
• Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
• Sedia bekerja mengikut syif dan pada hujung minggu serta pada hari cuti
umum.

CALON-CALON YANG BERMINAT SILA MOHON MELALUI PORTAL:
http://www.jobsmalaysia.gov.my
Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Post a Comment