Jawatan kosong terus ke email anda, daftar email anda dibawah :

Delivered by FeedBurner

JAWATAN KOSONG LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA

on 06 July 2010

LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah sebuah badan berkanun di bawah
Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia yang bertanggungjawab
memajukan pergerakan Pertubuhan Peladang di seluruh negara mempelawa
warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup
iklan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan serta berkelayakan dan
bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:


Jawatan 1: Pembantu Teknik
Gred Jawatan : J29
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Taraf Jawatan : Tetap

Jawatan 2 : Pembantu Ehwal Ekonomi
Gred Jawatan : E17
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Taraf Jawatan : Tetap

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah menggunakan ‘Borang Permohonan Pekerjaan’ yang
boleh didapati di laman web LPP mulai (30 Jun 2010 Rabu) dan disertakan
salinan sijil-sijil akademik/transkrip, kad pengenalan (yang disahkan), penama
untuk rujukan serta sekeping gambar berukuran passport dan menulis nama
jawatan yang dipohon di sebelah atas penjuru kiri sampul surat.
Permohonan dihantar terus kepada:
KETUA PENGARAH
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG
BLOK C UTARA, PUSAT BANDAR DAMANSARA
KARUNG BERKUNCI 11005
50990 KUALA LUMPUR
(u/p: Bahagian Khidmat Pengurusan)
Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan jabatan dan agensi
kerajaan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing selaras dengan peruntukan perkara peraturan 17, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penempatan Perkhidmatan) 2005.

Hanya calon yang berjaya dalam tapisan senarai pendek sahaja yang akan dipanggil
untuk ditemuduga. Permohonan yang TIDAK DIHUBUNGI dalam tempoh tiga bulan
dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Tarikh tutup permohonan
adalah pada 14 Julai 2010 (Rabu).
Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

 
© info kerjaya | jawatan kosong 2013 | All Rights Reserved
D.I.Y Themes By Belajar SEO